Bab7:Fatum amethyst

106 42 16
                                    

Warga kota euthoria kelihatan sibuk di atas sana, memudahkan perjalanan jeneral sawyer ke istana euthoria. Tidak jauh dari posisinya, terlihat susuk tubuh makhluk yang dikenali sebagai tane mahuta, berdiri di sisi pintu istana euthoria sambil memegang tombak besar yang berteraskan kayu. Pada tombak tersebut terukir sebuah lambang, iaitu lambang kerajaan euthoria.

Terdapat juga beberapa tentera berzirah hijau, memegang tombak saiznya sedikit kecil daripada tombak tane mahuta. Mereka berdiri tidak jauh dari pintu gerbang, memeriksa pekerja istana Yang hendak masuk ke dalam.

Sawyer ditahan, tentera elf disitu datang menghampiri. Dia melihat lambang di bahu kiri jeneral Sawyer sebelum memandang tepat ke mata jeneral itu.

"Jeneral kerajaan Pandora. Apa tujuan tuan datang ke istana Euthoria?" Soal tentera itu dengan hormat, tetapi tegas.

Sawyer tersenyum. Kemudian dia mengeluarkan sepucuk Surat bewarna biru pastel, lalu dihulurkan kepada tentera itu.

Tentera berkenaan mengambil sebelum membelek surat yang terdapat lambang kerajaan Pandora. Isi dalamnya tidak diperiksa kerana dia sudah tahu seawal melihat luarannya, kertas yang mahal ditambah lagi dengan cop diraja kerajaan pandora. Surat ini hanya untuk golongan tertentu seperti permaisuri dan raja dari kerajaan lain. Tiada bau bau penipuan, surat itu dikembalikan.

Tentera berkenaan memandang anak anak buahnya yang menghalang jalan ke pintu gerbang, seraya mengangguk. Lalu mereka membuka jalan.

Tentera tersebut menunduk hormat, jeneral sawyer diminta untuk meninggalkan kuda di luar.

Arahan tentera dari euthoria itu dilaksanakan dengan kerjasama yang penuh, dia kemudiannya berjalan menghampiri pintu gerbang istana yang diperbuat daripada kayu. Perlahan-lahan pintu terbuka, sekaligus mendedahkan pekerja pekerja dan dayang yang sedang melakukan tugas masing-masing. Walau sibuk macam mana pun, mereka tetap memberikan penghormatan kepada tetamu yang datang dari kerajaan pandora itu.

Salah seorang dayang membawa jeneral sawyer ke lif.

Sejak melangkah masuk ke istana kayu itu, sawyer seakan terpukau. Terpukau dengan keindahan istana yang megah dan cantik, walaupun diperbuat daripada kayu, istana euthoria tidak boleh dipandang rendah. Apa yang raja kieran dan para pembesar kata selama ini, ternyata salah.

Mereka di bawa oleh sebuah kaca yang berbentuk sinder. Lantainya berteraskan kayu. Alat ini membawa mereka dengan laju ke tingkat atas, di mana tingkat yang terletaknya balai menghadap. Sekali lagi jeneral sawyer terpegun, pertama kali dalam hidupnya, melihat alat sebigini. Ternyata raja kieran terlalu memandang rendah terhadap kerajaan ini.

Pintu terbuka bersama bunyi desiran halus, kelihatan ruang balai menghadap. Di hadapan dan atas sedikit, terdapat singgah sana yang diduduki pemerintah kerajaan ini.

Senyuman manis muncul di bibir permaisuri virago, dia sedia maklum bahawa jeneral dari kerajaan pandora, hadir untuk menyampaikan sesuatu.

Jeneral sawyer berjalan menghadap permaisuri virago, lalu dia melutut dengan sebelah kaki. Kedua belah tangan diletakkan di atas lutut yang berdiri sebelum kepala ditundukkan.

"Ampun tuanku permaisuri, patik jeneral sawyer hadir menghadap tuanku atas arahan raja kieran" jeneral sawyer berbicara. Riak wajahnya tenang.

"Kamu boleh bangun jeneral. Apa tujuan kamu datang ke istana beta?" Soal permaisuri virago, tenang. Lenggok suaranya tidak ubah seperti suara ibu sedang berbicara dengan anaknya. Tidak pelik mengapa permaisuri kerajaan euthoria disayangi isi istana serta rakyat jelata.

Pandora (Ongoing)Where stories live. Discover now