Jungkook dan Jihyo berjalan berpegangan tangan di taman bunga itu. Kedua dua mereka tersenyum bahagia.
" Lepas ni aku teman kau balik, kemas barang dan ikut aku ke rumah aku ya, sayang? "
Jihyo tak mengangguk, dia seperti berfikir sesuatu.
" Jungkook , kalau saya tak ikut awak balik , takpe kan ? "
Jungkook mengerutkan dahinya, tujuan dia pergi kepada jihyo untuk bawa dia balik dengan dia semula, jadi keselamatan gadisnya itu lebih terjamin.
" Saya ada kawan, nama dia jisoo . Takkan saya nak tinggalkan dia macam tu je kan? Selama ni dia yang tolong saya, teman saya . Takkan tiba tiba saya nak ikut awak macam tu je. "
" Tinggal je lah, sebelum kau jumpa dia pun, dia sorang sorang jugak kan. Bukannya kau jumpa dia dah berdekad lamanya, baru berapa bulan. "
Jihyo pusing badannya menghadap jungkook. Tangan kanannya dibawa ke pipi jungkook. Pipi itu dielus perlahan.
" Awak, tak baik buat macam tu, tak kira lah berapa lama pun saya tinggal dengan dia. Dia dah tolong saya. Kalau tak ada dia, awak mungkin tak jumpa dah saya lepas kita bergaduh haritu. "
Jungkook mengeluh perlahan.
" Kenapa pulak tak jumpa dah? "
Jihyo hanya tersenyum tipis, tak rasa hendak bercerita. Mereka berjalan perlahan ke rumah jihyo. Bukannya tak boleh sampai lebih awal, saja je melambat lambatkan langkah. Nak dating lebih masa ceh.
Tanpa mereka sedar ada mata yang memerhati. Mata yang penuh dengan kebencian.
♡ ♡ ♡
Roseanne melangkah masuk ke mansionnya. Pintu besar itu dihempasnya kuat. Sebaik sahaja sampai di depan tangga, secara tiba tjba dia menjerit sekuat hati.
" ARGHHHHHHHHH ! "
Kaki rampingnya itu menendang barang yang ada di sekitarnya. Belum sempat tangannya ingin mencapai lampu di sebelah tangganya itu, ada tangan lain yang menggenggam tangannya.
" Yah, gila ke apa, kau kenapa terjerit terpekik terlolong macam hilang anak? "
Roseanne tak menjawab pertanyaan itu. Matanya naik mencerlung memandang ke mata lelaki itu. Berani beraninya dia menegur.
" Woah woah woah, tajam betul pandangan mata tu, kalah tajam taring aku ni. Cuba cerita kenapa. "
Tangan lelaki itu naik mengelus lembut rambut Roseanne. Saja, mana tahu dapat salurkan ketenangan.
" Jungkook, berbaik semula dengan perempuan tu. "
Malas bercakap banyak, Roseanne melangkah menaiki tangga. Lelaki di belakangnya mengikut.
" And kau tak dapat takluki the young jeon sekali lagi, ahahaha. Seriously, Roseanne Park kalah dengan ---"
Tak sempat lelaki itu menyambung kata katanya, dia sudah terpelanting ke bawah.
" Senyap sebelum aku koyakkan mulut kau. "
Roseanne masuk ke biliknya, sekali lagi pintu dihempasnya kuat. Panggilan memujuk lelaki itu dibelakangnya dibiarkan. Hatinya menggelegak teruk. Kalau boleh nak dipicit picit saja lelaki itu. Berani beraninya dia mengata orang macam tu.
Ada lagi ke yang baca cerita ni😭
SUBMISSIVE
L I S A F I C E N T
collaboration with
YOU ARE READING
Submissive
FanfictionSequel to Dominant. Sila baca dominant dulu untuk hadam jalan cerita dengan lebih baik hehehe. "you shall be my submissive and I shall be your queen" Kalau dulunya Jungkook adalah Dominant, bagaimana kalau sekarang vampire itu adalah Submissive?