14

833 101 11
                                    

Tangan diangkat menutup sinaran matahari yang memancar itu. Jungkook melihat ke sebelahnya. Kosong. Selalu, jihyo tidak pernah lupa bangunkan dia sekali.

Tanpa ambil kesah, dia bangun nak menuju ke bilik air. Jihyo? Adalah tu dapur mungkin.

Keluar saja dari bilik mandi, segera dia berlalu ke dapur. Dengan tujuan mahu bermesra bermanja dan menggedik dengan jihyo. Namun, semuanya terbatal.

Mata merahnya itu merenung tajam jihyo dan taehyung yang sedang bergelak ketawa bersama. Sejak bila taehyung baik dengan jihyo? Setahunya taehyung lah yang paling anti dengan gadisnya itu.

" Jungkook."

Jungkook mengalihkan pandangan ke sebelah.

" Wae?"

" Asal tak gerak pergi dapur lagi?"

Mata jimin melilau memandang ke depan. Melihat ke arah dapur. Secara tiba tiba bibirnya mengukir senyuman sinis.

" Kenapa pulak tiba tiba jantan tu baik dengan buah hati kau? Ada benda benda yang dia rancang atau apa?"

Jungkook hanya melihat dua gerangan yang masih enak bersuka ria dan masih tidak perasan tentang kewujudan dia dan jimin.

Benar juga kata jimin. Entah apa yang taehyung rancangkan. Jika tidak, masakan taehyung boleh bergurau senda dengan manusia yang paling dia benci?

Jungkook yang pada asalnya mahu sarapan, menjadi hilang selera. Dia cemburu, dia marah, dia buntu, dia takut, dia gusar. Semuanya dia rasa! Tak tahulah apa yang sebenarnya perasaan dia tika ini.

Pantas saja kaki dibawa masuk ke dalam bilik kembali. Malas mahukan layan perasaan cemburunya.

♡ ♡ ♡

"Jihyo, mana jungkook?"

Jihyo yang sedang ketawa itu terus terhenti. Matanya memandang jimin yang bertanya. Keningnya berkerut.

" Aik, dia tak bangun lagi? Masih dalam bilik rasanya."

Jimin bergeram ke aras peti sejuk. Tangannya mencapai sepeket darah merah.

" Jadi, kau tinggalkan jungkook dan kau pula ketawa dengan gembiranya dekat sini?"

Tanpa menunggu balasan jihyo, jimin terus saja meneguk cecair merah itu.

" Salah ke saya nak ketawa dekat dapur ni?"

Jimin tersenyum sinis. Mengapa jihyo kelihatan lain?

" Tak salah. Tapi ianya jadi salah bila kau lupakan jungkook. "

" Dah kalau dia masih tidur, apa saya kena buat? Apa awak fikir saya kena duduk je dalam bilik tu dan tunggu sampai dia bangun? "

Jimin lupa, jihyo masih tak pandai uruskan kuasanya. Jimin lupa, jihyo mudah hilang kawalan. Buktinya, jimin masih lagi berlawan mulut dengan jihyo.

Tanpa dia sedar, urat urat hijau jihyo mula timbul. Mata ungu gadis itu sudah makin menyala. Tangan kecil itu pula sudah mula menggenggam menjadi penumbuk.

" Aku rasa, selalunya bila kau bangun, kau akan kejut dia. Kenapa kau tak kejut dia hari ni? Dan macam mana kau yakin sangat dia masih tidur? K--

Tanpa sempat mulut jimin berkata kata lagi, jihyo sudah bangun menerpanya. Leher lelaki itu sudah selamat dicekik oleh jihyo.

Tangan jimin naik memegang tangan jihyo. Meminta agar dilepaskan.

"Kau jangan lupa, kau bukan tandingan aku, jadi jangan berani mahu timbulkan pergaduhan dengan aku. Kalau pun ya jungkook dah bangun, jadi apa kena mengena dengan kau, sial!"

Jihyo mengetatkan lagi cengkaman pada leher putih jimin itu. Jimin sudah terbatuk batuk. Betul lah, kudrat gadis ini jauh lebih kuat daripadanya. Mata jimin sudah mula layu. Lehernya terasa begitu memeritkan.

Dan akhirnya,

SUBMISSIVE

L I S A F I C E N T

collaboration with

herlalice

Submissive Where stories live. Discover now