25

496 55 12
                                    

Jihyo menampung berat badan namjoon. Tangan kanan lelaki itu disangkut di lehernya, tangan kiri jihyo pula memeluk erat sisi pinggangnya menahan namjoon dari terjatuh.

Tangan kanan jihyo memulas tombol pintu mansion itu. Namjoon diletakkan di atas sofa. Dia sedih, kalau bukan kerana dia, kalau bukan kerana dia yang minta dijadikan vampire, namjoon tak akan hadap semua ini.

Jihyo melangkah naik ke atas. Hatinya menggelegak panas. Sebagai ketua, jungkook sepatutnya ambil perhatian tentang anak anak buahnya. Sia sia jadi ketua, tapi cuma fikirkan diri sendiri.

Belum sempat jihyo ingin membuka pintu bilik lelaki itu, pintu itu sudah pun terbuka dari dalam.

Mata ungu gelap jihyo menikam tajam wajah Jimin.

" Mana Jungkook? "

" Ma-macam mana kau boleh ada di sini? "

" Aku tak ada masa nak berbual. "

Jihyo menolak kasar jimin. Kakinya melangkah masuk bilik itu. Matanya terpandang susuk tubuh lelaki terbaring di atas katil. Dahi gadis itu berkerut.

" Kenapa dengan dia? "

" Roseanne perangkap dia. "

♡ ♡ ♡

" Benda kecil macam itu pun kau tak mampu buat, Roseanne Park. Aku tak patut minta bantuan kau. Langsung tak membantu ! "

Roseanne menatap tajam lelaki dihadapannya. Bongkak!

" Kau pun dua kali lima Argus, sekurang kurangnya aku berdepan dengan lelaki, wajarlah perempuan kalah pada lelaki. Engkau? Kalah dengan perempuan? What a shame, man."

Argus mengetap kuat giginya.

Tangan kanan Argus naik membelai pipi mulus gadis itu. Bibir merah jambu itu ditekap perlahan. Belaiannya turun pada leher. Membelai lembut menyebabkan kelekaan.

" Kau cuma perempuan lemah yang tak sedar diri, kau patut berjaga jaga dengan kata kata kau, Roseanne Park. "

Kuku tajam Argus membenam bahu gadis itu. Tangan kirinya pula naik mencakar belakang bahu Roseanne. Tangan kanannya yang tadi mencucuk bahu Roseanne naik ke kepala, mengusap perhalan rambut cantik itu.

Tak lama mengusap , rambut itu ditarik sekuat hati. Terdongak Roseanne akibat tarikan itu.

" Hormat aku macam mana kau hormat the young jeon kau tu! Tak lama lagi kau dibawah aku! "

♡ ♡ ♡

Argus duduk merenung ke luar tingkap. Otaknya ligat memikirkan cara menjatuhkan musuh ketatnya. Puas berfikir, beribu cara dia fikir, satu pun tak nampak berkesan.

Dia akui, jungkook memang hebat. Ya, dia tak mampu melawan. Tapi lelaki itu sudah membelakangkan puak vampire!

Fikirkan, jika ketua mereka sendiri mudah mudah ubah manusia menjadi segolongan mereka. Apa jadi pada puak puak mereka? Yang tiada kuasa, yang hanya orang bawahan mereka, sudah pasti mereka akan cuba mempertikaikannya.

Menjadi ketua bukan tiket untuk buat sesuka hati. Jungkook telah buktikan, dia tak layak untuk menjadi ketua.

Hanya kerana seorang gadis manusia yang dia cintai, dia sanggup melanggar semuanya. Tak usah kata dia, ayah jungkook, Tuan Jeon juga tidak berkenan dengan cara jungkook.

Masih segar peristiwa jungkook menentang ayahnya dulu, hanya kerana seorang gadis manusia.

Ya, seorang gadis manusia, yang kininya bukan lagi manusia.

Bibir Argus naik menguntum senyuman.

" Ahh kenapa aku baru terfikir rancangan satu ni. "

Otakknya ligat melakar pelan melaksanakan rancangannya.


SUBMISSIVE

L I S A F I C E N T

collaboration with

herlalice

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 14, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Submissive Where stories live. Discover now