11

969 132 6
                                    

“ aku ada dengar khabar tentang seorang half blood baru dikalangan kita? ”
Argus Nam, ketua Black Label bersuara tenang.

Black Label adalah keturunan vampire yang sangat mementingkan perihal adat dan salah silah vampire. Mereka yang mengawal undang undang dalam kalangan vampire.

Mereka ini dianggap ketua dan ditakuti kebanyakkan vampire kerana kuasa ahli mereka yang hebat hebat semuanya.

Argus Nam itu pula ketuanya. Seekor vampire yang sudah berumur 1000 tahun, kekuatan dan cara dia berfikir sangat hebat. Malah, dia yang paling kejam diantara mereka semua.

“ ya, tuan ”
Wonho, orang kanannya membalas.

“ macam mana semua ni boleh berlaku? half blood adalah satu kesalahan pada asalnya. dah lama kes macam ni tak ada ”
Tambah argus lagi.

Taring tajamnya kelihatan ngeri.

“ kami tak tahu tuan, berita ni pun baru aje tersebar, tuan ”
Balas Moonbin pula. Vampire itu adalah kembar Wonho. Namun kuasa mereka berdua berbeza.

Yang seorang mampu mengawal bayang sehingga menjerat tuan empunya bayang dan seorang lagi mampu memanipulasi minda seseorang hingga seseorang itu membunuh diri.

Kedua duanya bahaya.

“ dibawah jagaan siapa half blood tu sekarang? ”
Soal argus lagi. Bukunya ditutup. Kini mata bewarna hijau nya menikam Wonho dan Woobin silih berganti.

“ The Jeons. Half blood tu kekasih hati young master Jeon ”
Balas wonho teragak agak.

Mereka sedia maklum yang Argus itu mempunyai sedikit rasa benci terhadap Jungkook. Semua kerana dia tidak mampu memiliki kuasa luar biasa Jeon Jungkook.

Jungkook menolak untuk menyertai Black Label.

“ Roseanne Park ”
Saat nama itu disebut oleh Argus, Wonho dan Woobin kedua duanya tahu, seseorang yang digelar ‘half blood’ itu pasti dilanda malapetaka besar.



• • •



“ Young master! bahaya ni! ”
Jimin menerjah masuk kedalam bilik bacaan Jungkook.

Vampire kacak itu mengangkat wajah. Dahinya berkerut.

“ mana jihyo aku? ”
Soal Jungkook terus. Dia sedia maklum yang sebentar tadi Jihyo keluar bersama Jimin. Tapi si jimin ni pulang seorang pula.

“ dia dibilik dia. mandi lah tu— eh aku ada benda penting nak cakap ni! ”
Jimin kembali cemas.

Makin berkerut wajah kacak Jungkook melihat wajah gusar Jimin itu.

“ apa dia? ”

“ black label! mereka... tahu... tentang Jihyo ”
Teragak agak Jimin memberitahu. Air muka Jungkook bertambah keruh.

Ya, dia sebagai seorang ketua vampire yang mempunyai puak sendiri sangat arif tentang golongan yang digelar ‘half blood’ seperti Jihyo ini.

Dimana manusia ditukarkan kepada separuh vampire. Pada peraturannya, perbuatan itu salah.

“ Argus beri arahan dah? ”
Soal Jungkook. Suasana diantara dia dan Jimin berubah tegang.

Kalau betullah Argus dan Black Label sudah mengetahui tentang Jihyo, gadis pujaan hatinya itu sememangnya dalam bahaya besar.

“ Wonho nampak Jihyo gunakan kuasa dia tanpa sengaja. tak mustahil lah dia tak beritahu argus dan hasut argus. aku pasti ada yang bakal terjadi, young master. we need to prepare ”
Jimin memberi pandangannya.

Kepala Jungkook terangguk angguk.

“ whatever it takes, I’ll make sure Argus can never touch my woman ”
Kata kata itu dilontarkan Jungkook dengan hati yang semakin gusar.

SUBMISSIVE

L I S A F I C E N T

collaboration with

herlalice

Submissive Where stories live. Discover now