" whats wrong little girl? Monyok je?"
Namjoon hairan melihat gadis itu yang dari masuk rumah bibir memuncung. Siap boleh sangkut hanger dah haa.
" That guy lah! Your young jeon tu! Dia kata saya bukan jihyo! Dah tu saya siapa?! Babi hutan?! Lepastu suka suki je dia halau keluar! "
Namjoon tersengih kecil. Patutlah gadis itu marah tak tentu pasal. Tentang ini rupanya.
" Mungkin dia terkejut. Cuba tengok cermin. Mata tu kan warna lain. Tu kat mulut tu. Dulu kan tak ada taring. Dia salah faham je. Jangan lah marah. "
Jihyo mendengus.
" Ya ya ya, dia kan young jeon. Mesti menangkan dia. Hyo ni siapa je kan. Huh."
Gadis itu terus bangkit dari sofa dan masuk ke bilik. Namjoon sudah tergeleng geleng kepala. Perempuan perempuan.
Tanpa menunggu lama, namjoon segera keluar dari rumah kecilnya itu. Dia dimaklumkan yang jungkook mahu berjumpa dengannya. Tak perlu beritahu tentang apa pun dia tahu pasti tentang jihyo.
♡ ♡ ♡
" Young master, namjoon ada disini."
Jungkook yang tadinya sibuk merenung jendela mula melabuhkan punggungnya di kerusi. Tangannya ditongkatkan di atas meja menjadi alas kepada dagunya untuk berlabuh. Apa lah yang aku terangkan ni HAHAHAHA
" Panggil dia masuk."
Namjoon masuk ke dalam bilik itu tanpa rasa gerun. Walaupun hakikatnya, dia buat silap besar. Pandai pandai atok nenek dia je nak ubah jihyo jadi half vampire.
" Apa yang kau dah buat dengan milik aku ?"
Namjoon menatap wajah ketuanya dengan bersahaja. Satu senyuman nipis terukir di wajah lelaki itu.
" Aku tak buat apa apa pun. Dia suruh aku ubah dia jadi half vampire. Katanya nak membalas dendam. Jadi, aku fikir, kalau aku tak tolong dia, mungkin kau akan marah aku. Sebab bukan ke kau ada cakap kalau mana mana vampire nampak milik kau tu dalam kesusahan, mereka kena bantu. So, yeah. "
Tanpa sempat berbuat apa apa, sebilah pisau bergerak laju ke sebelah pipi namjoon.
" Bukan pertolongan ini yang aku suruh kau tolong! Takkan kau bodoh?! Kau ubah dia jadi lain! Kau ubah dia jadi separuh dari kita! "
Namjoon tersengih. Ya dia tahu dia salah. Tapi apa dia boleh buat. Susah untuk menolak permintaan gadis itu. Kalaulah namjoon tak mahu tolong jihyo pasti jihyo mencari vampire lain. At the end, dia tetap jadi half vampire.
" Cuba kau cari pangkalnya dulu. Selidik betul betul salah siapa."
Jungkook yang tadinya memandang ke liar tingkap, perlahan lahan pusing menghadap namjoon.
" Kau nak kata aku salah? Ya, memang aku salah. Aku yang tinggal dia. Dan engkau pun ada salah. Kalau perkara ni sampai pada mak ayah engkau, kau rasa apa jadi? Kita tak pernah diajar untuk mengubah manusia jadi sebahagian dari kita."
Mendengarkan ayat terakhir dari ketuanya itu, namjoon tersenyum nipis. Dia sedar dia juga salah.
SUBMISSIVE
L I S A F I C E N T
collaboration with
YOU ARE READING
Submissive
FanfictionSequel to Dominant. Sila baca dominant dulu untuk hadam jalan cerita dengan lebih baik hehehe. "you shall be my submissive and I shall be your queen" Kalau dulunya Jungkook adalah Dominant, bagaimana kalau sekarang vampire itu adalah Submissive?