16

1.1K 116 8
                                    

“Saya tak percaya betul dia cakap macam tu pada saya, joon! padahal jimin yang salah!”
Jihyo mentempiaskan marahnya kepada Namjoon.

Mereka kini berada tidak jauh dari mansion Jungkook, tempat dimana Namjoon sering menghabiskan masa lapangnya.

Masih didalam hutan tetapi pemandangan dihadapan mereka amat mengagumkan. Kerana dihadapan mereka terletaknya kota besar Seoul.

Dimana manusia huni.

“Saya tahu awak marah hyo tapi rileks lah. awak macam baru kenal je jungkook tu”
Balas Namjoon selamba.

Dia faham, sukar bagi half blood vampire seperti Jihyo mahu mengawal kemarahan, kesedihan dan nafsu terhadap darah manusia.

Dah itu memang sifat semula jadi half blood. Sepatutnya jungkook lebih faham. Ini tidak, lagi dimarah pula gadisnya itu.

“Saya geram! Jimin is something fishy. Something is wrong with Jimin”
Jihyo membuat andai sendiri secara tiba tiba.

“Awak tak boleh cakap macam tu hyo. Jimin tu dah bertahun ada dengan Jungkook. Walau apa pun, jungkook akan percaya Jimin. Sebelum ni, Jimin dan Taehyung tetapi lepas apa yang Taehyung buat sebelum ni, dia kurang percaya Taehyung dan sekarang kepercayaan Jungkook seratus peratus pada Jimin. Awak pun kenalah faham Jimin tu. Dia hanya nak yang terbaik untuk Jungkook”

Bebelan panjang Namjoon itu entah mengapa mendatangkan rasa menyampah dan benci dalam diri Jihyo.

Dalam Jihyo tidak sedar, taring tajamnya dikeluarkan kerana menahan pelbagai rasa.



***



“Jungkook”
Jungkook yang leka membaca buku itu mengangkat kepala.

Satu keluhan berat terlepas dari bibirnya saat melihatkan wajah Roseanne dihadapannya.

“Apa kau nak?”
Soal Jungkook dingin. Dia betul betul malas nak bercakap dengan Roseanne.

Dan dia sedang serabut kerana dengan tidak sengaja dia telah mencetuskan pergaduhan diantara dia dan Jihyo pada pagi tadi.

“Mana your fiancee tu?”
Soal Roseanne memerli. Tanpa segan silu dia duduk diatas meja kerja Jungkook.

Memandang vampire kacak itu dengan pandangan menggoda.

Jungkook menjeling Roseanne tajam. Tidak, dia tidak akan termasuk kedalam jerat wanita gila itu buat kali kedua.

“Keluar, Roseanne”
Arah Jungkook, nadanya sama dingin dengan nadanya yang sebelum ini.

“Keluar? You dont wanna have some fun?”
Soal Roseanne manja. Jemari runcingnya menyentuh bibir Jungkook.

Jungkook merengus kasar.

“I wont fall for your trap again, roseanne. Dulu tu hanya satu kesilapan. Aku ingatkan kau Jihyo kalau tak, aku takkan pernah sentuh kau”

Mata merah Jungkook berubah gelap dan kelam dek kerana rasa marahnya terhadap Roseanne pada saat itu.

Roseanne tersengih sinis.

“Sebab kejadian dulu tulah awak patutnya berhati hati. Bayangkan, apa reaksi tunang awak tu bila dapat tahu pasal ni?”
Roseanne mengugut perlahan.

“Dont you dare!”
Jerkahan Jungkook yang kuat itu tanpa sengaja telah menolak Roseanne kuat sehingga badannya terhentak pada dinding bilik membaca itu.

“Auch—”
Roseanne memgerang menahan sakit. Mungkin dia lupa, yang sedang dia cabar itu adalah Jeon Jungkook, vampire yang kekuatannya tiada tandingan.


SUBMISSIVE

L I S A F I C E N T

collaboration with

herlalice

Submissive Where stories live. Discover now