Jungkook melangkahkan kaki ke dalam mansionnya. Sebaik sahaja masuk ke dalam, mulutnya terbuka kecil. Matanya membulat. Keadaan mansion itu seperti telah diceroboh. Dengan sofa yang salah kedudukannya.
Kusyen kusyen yang berselerak di atas lantai seolah olah sengaja dicampak begitu.
" Agak agak la nak ceroboh rumah orang. Lain kali kerja buat elok elok."
Mulut lelaki itu mula membebel. Hatinya sudah panas. Gila ke tak panas. Rumah yang selalunya bersih dan kemas tiba tiba berselerak macam apa je!
*Prangg*
Bunyi kaca yang pecah dari bahagian atas itu menarik perhatian. Jungkook pantas membawa diri menaiki tangga. Dia yakin bunyi itu datang dari biliknya.
Pintu bilik yang terbuka luas itu meyakinkan yang ada manusia memecah masuk ke dalam mansionnya.
" Kalau miskin sangat, kau boleh duduk depan mansion ni and tunggu aku balik. Aku ni baik hati jadi aku akan bagi kau derma. Tak perlu masuk ke dalam dan buat semuanya jadi berantakan."
Tangan yang sedang menyelongkar itu mula berhenti. Dari belakang, jungkook tahu itu perempuan. Bentuk badannya yang ramping itu cukup menggoda. Dengan rambut panjang yang disanggul tinggi. Leher putih yang terdedah itu menarik perhatian jungkook.
Jungkook itu vampire. Bukannya manusia. Leher yang putih begitu nampak menyelerakan. Ingin sahaja dia membenamkan taringnya kesitu. Tapi dia tak lupa tujuannya. Gadis itu harus diberi pengajaran.
♡ ♡ ♡
Jihyo pusingkan badannya kebelakang. Suara yang menegurnya tadi kedengaran tegas. Namun, dia rindukan suara itu. Mahu saja dia berlari dan mendakap tubuh itu.
Sebaik sahaja pusing kebelakang. Jihyo tersenyum lebar. Sungguh, dia rindukan jejaka ini. Malangnya lelaki itu tak mampu melihat senyumannya. Mask hitam yang dia pakai menjadi penghalang buat lelaki itu.
" Apa yang kau mahukan?"
Jihyo berdehem. Tangannya memegang sebuah frame. Frame gambarnya. Tak disangka, lelaki itu masih mengingatinya.
" Im searching for you, my love."
Jari jihyo mengusap gamba itu. Gelak tawa sinis yang kedengaran itu membuatkan jihyo menaikkan pandangan pada jungkook.
" Kau tak cukup istimewa untuk panggil aku dengan panggilan itu. Dan tolong, larikan tangan engkau dari frame tu. Sebab dia, yang paling istimewa untuk aku. Jangan rosakkan gamba dia dengan tangan kotor engkau."
Kali ini giliran jihyo pula untuk tertawa sinis. Bicara lelaki itu sungguh melucukan. Tidak tahukah dia, jihyo sedang memegang gambarnya sendiri .
" And how about this"
Serentak dengan itu, tangan kanan jihyo menjatuhkan mask hitam di wajahnya. Terpamer seukir senyuman di bibir munggil itu. Lelaki di hadapannya kelihatan terkedu.
" What the f..."
Jihyo melangkah mendekati jungkook. Tangannya ingin menggapai jungkook. Namun lelaki itu kebelakang. Lelaki itu seolah olah tidak gembira berjumpa dengan dia.
" Kenapa? Jijik sangat ke saya sampai saya tak boleh pegang awak? Kotor sangat ke saya ni? Sebab tu awak tinggalkan saya?"
" Kau bukan dia."
Cukup dengan ayat itu, hati jihyo teguris. Apa salah dia? Bukan dia?
" milik aku tiada mata ungu. Milik aku tiada taring. Jadi, pergi dari mansion aku. "
SUBMISSIVE
L I S A F I C E N T
collaboration with
YOU ARE READING
Submissive
FanfictionSequel to Dominant. Sila baca dominant dulu untuk hadam jalan cerita dengan lebih baik hehehe. "you shall be my submissive and I shall be your queen" Kalau dulunya Jungkook adalah Dominant, bagaimana kalau sekarang vampire itu adalah Submissive?