24

382 50 27
                                    

Jihyo tersengguk sengguk menahan mengantuknya. tangan dan kaki masih diikat, tak dilepaskan lagi sejak dia diculik. Namjoon hanya mampu memerhati, dia jugak tak dapat berbuat apa apa.

Ktakk

Pintu bilik mereka diculik itu dibuka. Argus Nam, siapa lagi. Argus tersenyum. Girang rasa hatinya melihat jihyo tersengguk sengguk begitu.

" Namjoon, namjoon, kenapa lah kau ni bodoh sangat. Semata mata perempuan ni saja kau sanggup langgar peraturan kita. Kau juga tahu kan, kita tak dibenarkan menukar manusia menjadi salah seorang dari kita. "

Namjoon memandang lantai. Ya, salah dia. Dia langsung tak berfikir panjang. Hanya kerana Jihyo jagaan jungkook, dia sanggup langgar peraturan mereka sebagai vampire.

" Hukumannya jugak kau tahu kan, kau dan dia perlu dihapuskan. Tapi, biarlah kau dan dia terseksa dulu. Aku nak young jeon yang kau orang sanjung sanjungkan tu datang jumpa aku. Alang alang tu, boleh lah aku hapuskan dia sekali, heh. "

Namjoon mengangkat kepalanya. Bibirnya mengukir satu senyuman sinis.

" Hapuskan dia? Kau main main? Kau pun kenal dia siapa, orang macam kau, hapuskan dia? Kau bergurau atau apa? "

Mendengarkan kata kata lelaki itu, Argus mengamuk. Tangannya mencengkam leher Namjoon. Dia tak suka dibandingkan dengan budak mentah jeon itu. Dia yakin dia lebih kuat. ya, dia pasti.

Namjoon yang dicekik itu sudah lemah. Tanpa Argus sedar, jihyo di belakang sudah bangun dari lenanya. Mata ungu gadis itu menyala terang. Anginnya naik sampai ke kepala melihat Namjoon diperlakukan seperti itu.

Entah datang dari mana kudratnya, tali yang mengikat tangan jihyo terputus. Ya, dia marah. Belum sempat Argus buat apa apa, Jihyo sudah mara ke hadapan, merempuh kuat Argus.

" Kalau kau nak sakitkan sesiapa yang aku sayang, langkah mayat aku dulu. "

Mata Argus membulat. Mungkin dia lupa, jihyo masih tak dapat mengawal kuasanya. Bila bila masa sahaja gadis itu boleh meletus.

Argus bangun perlahan lahan, bersedia untuk menyerang. Panahan mata ungu jihyo dibalas tajam.

Dia meluru ke arah jihyo, dengan niat ingin mencekik leher gadis itu pula. Namun jihyo lebih pantas, jihyo menghilang dari pandangan Argus dan dia menyerang dari belakang.

Sebatang besi tajam di sisi dinding jihyo capai. Tanpa rasa takut jihyo meluru ke arah Argus.

srett

" Arghhhjhh! "

Malas pedulikan Argus, jihyo terus ke namjoon. Namjoon dilepaskan.

" Kau silap cari pasal dengan aku Argus. Aku bukan jihyo yang dulu. Aku tak perlu bergantung pada orang lain. "

Tapak tangan Argus, jihyo pijak.

Jihyo dan namjoon berjalan keluar dari bilik itu.


aik jungkook tak selamatkan jihyo🥺

SUBMISSIVE

L I S A F I C E N T

collaboration with

herlalice

Submissive Where stories live. Discover now