Nah satu lagi chapter hehehe ganti yang semalam😚❤️
_________________________________________
“ jungkook? ”
Jihyo melangkah memasuki kamar Jungkook. Bibirnya menahan senyum. Yalah, nak pergi jumpa lelaki yang dia sayang, sudah pasti dia gembira.“ sini ”
Jungkook yang sedang baring diatas katil selamba memanggil. Matanya tidak lepas memerhati tubuh langsing Jihyo.“ jimin said you were expecting me? ”
Jihyo berdiri di kaki katil. Tiba tiba ada sedikit rasa gusar dengan aura Jungkook yang lain macam.“ kenapa kau buat semua ni? ”
Soal Jungkook tenang. Kedudukannya diubah. Dia tidak lagi berbaring. Dia bangun mendekati Jihyo.Dengan mudah, tubuh Jihyo dia tolak lembut sehingga gadis itu jatuh terduduk diatas katilnya.
Jihyo mentapa Jungkook dengan mata yang terkebil kebil.
“ huh? Buat apa? ”
“ change yourself to a half vampire ”
Balas Jungkook malas. Dia masih membenci kenyataan yang gadis pujaan hatinya itu bukan lagi seorang manusia.“ supaya saya boleh cari awak lah ”
Balas Jihyo polos. Otaknya masih tidak memproses situasi mereka sekarang. Mengapa Jungkook tiba tiba berlembut dengannya?“ ya lah aku tahu. tapi kenapa nak cari aku? ”
Soal Jungkook lagi. Jemarinya menyetuh juntai rambut Jihyo.Kemudian jemarinya itu bergerak menyentuh lembut wajah cantik itu. Jihyo ditinggalkan terpinga pinga lagi sekali.
“ sebab saya sayang awak— ”
“ aku tak suka ”
Jungkook memintas tenang.Wajah Jihyo sedikit berkerut.
“ tak suka? ”“ hm. aku tak suka kau yang sekarang. aku suka kau yang bermata hazel. dimana dulu mata kau seolah olah boleh bercakap, memberitahu aku apa yang kau rasa “
Sambil berkata kata, jemari jungkook membelai jelopak mata Jihyo. Kemudian jemari indahbitu turun mengusap pipi kanan Jihyo.
“ aku suka kau yang berpipi merah bila aku usik kau. bila kau malu. sebab dulu, ada darah yang mengalir disini. sekarang, sejuk, beku. tak merah lagi dah ”
Sambung Jungkook lagi.Jemarinya kemudian turun memegang leher Jihyo pula.
“ dan sekarang dah tak ada denyutan nadi— ”
Jemari vampire kacak itu turun lagi, kali ini tanpa segan silu dia menyentuh dada Jihyo. Bukan sengaja menyentuh tetapi menyentuh tempat dimana jantung Jihyo terletak.
Jihyo mengetap bibir menahan rasa. Sudah lama dia tidak disentuh Jungkook. Ada rasa gusar dalam dirinya.
Nafasnya juga terasa payah untuk disedut. Jungkook kekalkan jemarinya disitu, matanya memerhati reaksi wajah Jihyo.
Dia tahu gadis itu tidak senang duduk.
“ disini— dulu jantung ni berdetak laju, kuat, jelas bila aku sentuh kau, bila aku bagitau kau aku sayang kau. tapi sekarang, kosong. tak ada lagi detak jantung yang aku suka dengar ”
Akhirnya Jungkook menyudahkan luahan hati tulusnya. Jihyo menelan air liur payah.
“ tapi saya dah tak lemah. tapi saya dah kuat. saya sanggup hilang semua tu demi awak, Jungkook. sekarang, saya dah cukup kuat untuk tolong awak lindungi cinta kita ”
Jihyo membidas yakin. Tangan Jungkook didadanya diambil lalu jemari mereka ditautkan bersama. Erat. Mata Jungkook yang tadinya membalas tatap mata ungu Jihyo kini menatap tautan jemari mereka.
“ im aware of that. but i like the old you better ”
Masih dengan keputusannya, jungkook selamba kata begitu.Jihyo mengeluh perlahan. Dia tampak sangat kecewa. Jungkook menahan senyum melihat muka masam kesayangan nya itu.
Jemari mereka dilepaskan kemudian Jungkook menggunakan tangan nya itu untuk mendongakkan wajah jihyo agar mata mereka sekali lagi bertaut.
“ tapi tak apa— kau jadi hantu sekalipun, aku akan tetap sayang kau. senyumlah, sayang. beri aku peluang dan aku akan beri peluang pada diri aku sendiri juga ”
Kata kata Jungkook itu walaupun simple tetapi sudah mampu membuat Jihyo bahagia.
“ aku akan cuba sayang kau dengan cara yang betul kali ni, sayang ”
SUBMISSIVE
L I S A F I C E N T
collaboration with
YOU ARE READING
Submissive
FanfictionSequel to Dominant. Sila baca dominant dulu untuk hadam jalan cerita dengan lebih baik hehehe. "you shall be my submissive and I shall be your queen" Kalau dulunya Jungkook adalah Dominant, bagaimana kalau sekarang vampire itu adalah Submissive?