Entah mengapa jungkook seolah olah tak mampu bergerak. Matanya hanya memandang dua gadis itu pergi. Hatinya meronta ronta ingin berlari memeluk gadis itu. Namun apa yang dia mampu buat cuma memandang pemergian gadis itu.
" Jungkook "
jungkook tersentak apabila ada yang memanggilnya. Badannya pusing kebelakang. Kakinya melangkah ingin beredar dari situ. Tak perlu dilayan suara yang memanggilnya. Dengar suara yang gedik macam ulat beluncas itu pun sudah dapat agak siapa.
" Yah jungkookie! Saya panggil ni!"
Jungkook berhenti menapak. Roseanne yang sedang menahan marah itu dipandangnya.
" Aku tak rasa macam nak bercakap dengan kau. So please, get out of my sight! "
Tanpa menunggu lagi, jungkook terus beredar meninggalkan roseanne yang terkedu akibat dijerkah itu.
♡ ♡ ♡
"Yah jihyo, sampai bila kau nak sembunyi macam ni?"
" Sampai mereka berhenti cari aku mungkin. Sampai mereka lupa aku. Ah lebih baik aku mati jisoo. Aku hidup pun untuk apa. Dulu aku jadi half vampire untuk jumpa jungkook. "
jisoo memandang jihyo yang sedang ralit melihat ke luar tingkap.
" Jadi, kenapa kau lari dari dia pula? Kau tak pernah cerita kenapa kau lari. Kenapa perlu sembunyi. Siapa mereka yang mati matian nak cari kau? "
jihyo mengeluh kecil. Semua terlampau susah untuk dia.
"Jungkook halau aku. Keturunan vpire tak benarkan half vampire. Mereka dah tahu yang aku half vampire. Mereka sedang cari aku. Mungkin untuk lesapkan aku. Entahlah jisoo. Aku rasa penat dengan semua ni."
" Apa kata kau pergi jumpa jungkook. Mungkin dia tak ada niat nak halau kau."
Mendengarkan itu, terus terletus tawa kecil jihyo.
" Hahaha tak ada niat? Terang terang dia maksudkan apa yang dia katakan, jisoo. Mungkin dia dah bahagia dengan Roseanne. Tak perlu la aku kacau dia. "
Jisoo mengeluh. Jihyo memang degil! Tak pernah dengar cakap orang!
" Ikut kau la jihyo. Dah la, jom teman aku siram pokok bunga dekat luar tu. "
♡ ♡ ♡
Namjoon duduk di atas sepohon pokok tinggi berdekatan dengan rumah jisoo dan jihyo. Matanya ralit memerhati jihyo di yang merenung bulan di tingkat atas.
Ikutkan hati mahu saja dia pergi beritahu jungkook yang jihyo berada di mana. Tapi dia sudah dilarang.
" Namjoon! "
Namjoon menoleh ke arah jihyo. Ah kantoi pulak
" Buat apa atas pokok tu? "
Namjoon tersengih kecil.
" Saja datang nak pastikan awak dalam keadaan baik saja. Ye lah takut juga dibuatnya anak buah Argus tahu awak dekat sini. Tak ke naya. "
Jihyo hanya mendengar kata kata Namjoon.
" Kalau saya ditangkap Argus pun, saya tak peduli. Buang masa saya jadi half vampire. Kalau saya tahu ini yang akan berlaku, baik saya keluar bandar dan berfoya foya dengan manusia lain. "
SUBMISSIVE
L I S A F I C E N T
collaboration with
YOU ARE READING
Submissive
FanfictionSequel to Dominant. Sila baca dominant dulu untuk hadam jalan cerita dengan lebih baik hehehe. "you shall be my submissive and I shall be your queen" Kalau dulunya Jungkook adalah Dominant, bagaimana kalau sekarang vampire itu adalah Submissive?