Roseanne mengetap kuat bibirnya. Hatinya benar benar panas dengan butir bicara jungkook sebentar tadi. Mahu saja diterkamnya perempuan sebelah jungkook itu.
" Ouh, jadi dia lah yang sekarang tengah hangat dibicarakan. Mana mana pergi, dengar semuanya bercakap tentang dia. Perempuan murahan, tak sedar diri."
Jihyo yang mendengar kata kata roseanne itu menahan amarah dalam hati. Sejak dia bukan sepenuhnya manusia ni, makin susah dikawal amarahnya.
Tangan kasar jungkook menggenggam lembut tangan jihyo. Dengan harapan dapat menyalurkan kekuatan.
" Roseanne, mind your word. Dia tak murah dan dia sedar diri. Yang tak sedar diri itu, engkau. Datang mansion aku tak diundang."
Roseanne tersenyum sinis mendengarkan itu.
" Heh, jungkook, you better watch out! Jangan nanti di kemudian hari, kau menangis tak berlagu. Kau juga tahu apa yang aku mampu buat. "
Serentak dengan itu, gadis cantik itu hilang dari pandangan mereka.
♡ ♡ ♡
" Jadi, apa rancangan kau? Jungkook nampaknya betul betul lindungi perempuan tu. "
Jari runcing itu sibuk mengacau straw di dalam gelas itu. Wajahnya penuh dengan kemarahan dan dendam.
" Aku perlukan seseorang yang boleh bawa perempuan tu jauh dari pandangan jungkook. "
Mendengarkan itu, lelaki di hadapannya tersenyum sinis.
" Nah, kau jumpa seseorang itu. Aku boleh uruskan."
Sekali lagi terpamer senyuman sinis di bibir mereka berdua. Darah di dalam gelas disedut sehingga licin tanpa meninggalkan setitik pun. Tanpa sebarang ucapan selamat tinggal, lelaki itu meninggalkan gadis itu berseorangan.
Otak gadis itu ligat memikirkan rancangan lain.
Pemandangan yang melihatkan jihyo diseksa, dibaham oleh lelaki beramai ramai, ditendang, ditumbuk dan bermacam lagi. Pemandangan yang bermain dalam otaknya itu menghasilkan sebuah senyuman yang cukup menggerikan.
Cakap sahaja dia kejam. Tapi, kalau dia tak dapat jungkook, yang lain pun tak perlu berangan angan!
" Kau patut tahu jungkook, kau berdepan dengan aku, dengan aku yang pernah menewaskan engkau. Hanya kerana nafsu, kau jatuh. Kau memang lelaki yang mudah untuk ditewaskan."
♡ ♡ ♡
" Sayang."
Jihyo yang sedang membasuh pinggan itu tersentak. Jungkook pula sudah melingkarkan tangan sasanya pada pinggang ramping itu. Kepala pula sudah selesa mendarat di bahu gadis kesayangannya itu.
" Kenapa termenung jauh sangat ni? Nak kata fikir masa depan, saya rasa masa depan awak dah ada dekat awak."
Dahi jihyo berkerut.
" Masa depan saya ada dekat saya? Apa tu?"
Jungkook tersenyum gatal. Jihyo kelihatan betul betul comel pada pandangan matanya!
" Saya lah masa depan awak tu! "
Serentak dengan itu, pelukan di pinggang gadis itu makin diketatkan. Wajah tampan jungkook dibenamkan ke ceruk leher jihyo. Seolah olah tidak mahu melepaskan gadis itu selama lamanya.
" You know what, I love you so much, sayang."
Jungkook menggeselkan hidungnya ke leher jihyo.
" Yah yah jungkook geli lah! Yahhhhhh!"
Habis hilang semua yang jihyo fikirkan tadi. Kegedikkan jungkook betul betul mampu membahagiakan hidup jihyo.
Tanpa mereka sedar ada sepasang mata yang merenung tajam aksi manis mereka. Mata itu penuh dengan kemarahan. Penuh dengan dendam.
SUBMISSIVE
L I S A F I C E N T
collaboration with
YOU ARE READING
Submissive
FanfictionSequel to Dominant. Sila baca dominant dulu untuk hadam jalan cerita dengan lebih baik hehehe. "you shall be my submissive and I shall be your queen" Kalau dulunya Jungkook adalah Dominant, bagaimana kalau sekarang vampire itu adalah Submissive?