3

1.2K 173 4
                                    

tok tok tok

" Masuk."

" Young master , saya diberitahu yang Namjoon berjumpa dengan dia "

Jungkook mengepal tangannya. Matanya yang sedia merah itu tampak menyeramkan. Mata itu seolah olah sedang menunjukkan kemarahannya.

" Panggil Namjoon, suruh dia jumpa dengan aku."

Datar sahaja suara lelaki itu.

" Baik."

" Kenapa kau perlu jumpa vampire lain, sayang?"

* * * * *

" Kenapa kau nak jumpa aku?"

Sengaja vampire itu bertanya, wahlah dia sudah tahu apa puncanya dipanggil. Dia tahu dia sudah melakukan kesilapan. Dan kesilapan itu ialah menegur hak milik lelaki berkuasa itu.

" Aku rasa tak perlu lah aku beritahu engkau apa sebabnya kau dipanggil. Aku rasa kau pun dah tahu tentang itu."

Jungkook tersenyum sinis. Matanya tajam melihat ke arah Namjoon.

" Apa yang kau buat dengan milik aku?"

Tak mahu berdalih, jungkook tanya secara terus terusan. Hatinya tak dapat menunggu. Lebih lama menunggu, lebih membara hati nya.

" Aku rasa tak perlu lah engkau tahu. Kau yang tinggalkan dia bertahun tahun. Kau biar dia survive seorang diri. Kau tak takut vampire lain akan gunakan dia untuk lawan kau? Nasib dia jumpa aku haritu."

" Aku pula rasa kau patut tahu yang tiada vampire lain yang berani menentang young master."

Satu suara menyampuk dari belakang jungkook dan Namjoon. Dan tak lain tak bukan, suara itu, dari jimin. Orang kanan vampire terhandal itu.

" Tak selamanya kau akan menang jeon , kau pun tahu yang kau pernah tewas. Tewas itu tak mustahil terjadi sekali lagi. Jangan terlalu gembira dengan hidup kau. Masa mula mula aku jumpa milik kau , aku perasan ada vampire yang perhatikan dia. Tapi, aku tak ada kuasa untuk tahu dia siapa. Memandangkan dia cepat saja beredar lepas nampak aku. Jaga milik kau tu elok elok jeon . Dengan hanya perhatikan dari jauh, langsung tak memadai. "

Jungkook mengetap bibirnya. Wajahnya kelihatan marah.

" Jangan bercakap seolah olah kau dh kenal dia lama dari aku, namjoon. Aku lebih arif tentang dia. Aku lebih tahu banyak perkara. "

Namjoon tertawa kecil. Geli hati dengan perangai ketuanya yang seorang ini. Masih dengan perangai yang sama. Tetap juga hendakkan kemenangan.

" Ya, memang tak dinafikan aku baru kenal dia. Tapi, jangka masa perkenalan tak membawa maksud yang kau lebih kenal dia dari aku. Ya, mungkin kau lebih kenal dia. Tapi aku yang lebih memahami dia."

Balasan dari namjoon membuatkan jungkook senyap. Mungkin dia sedar, dia salah. Mengenali dengan memahami adalah benda yang berbeza. Cukup berbeza.

" Jeon, ingat, dia manusia. Dia bukan macam kita. Dia rasakan kesedihan. Dia rasakan kekecewaan. Dia lemah. Mahupun dari segi mental ataupun fizikal. Dia lemah. Tambahan pula, dia perempuan. Dia perlukan kau sebab kau lah yang dia paling sayang. Jangan buat dia sedih, jangan buat dia penat dengan kau, jeon. Walaupun 4 tahun kau tinggalkan dia dengan serigala tu, dia tetap tunggu kau. Jadikan penungguan dia tu, sesuatu yang berharga. Kau tak patut hampakan dia, jeon. "

* * * * *

Kata kata yang keluar dari mulut namjoon itu sering berlegar legar dalam otaknya. Dia buntu. Dia mahu jumpa gadis itu, tapi, dia bersalah. Sebab dia, gadis itu tak sedarkan diri. Sebab dia telan hampir semua darah gadis itu!

Dia malu dengan perangai dia yang suka suki je tiduri anak gadis. Dia malu. Dia takut andai jihyo benci pada dia.

SUBMISSIVE

L I S A F I C E N T

collaboration with

herlalice

Submissive Where stories live. Discover now