4

1.2K 174 19
                                    

Gadis cantik itu terjaga dari tidurnya. Dia kelihatan lebih cantik dari sebelumnya. Mata yang dahulunya hitam,kini sudah berubah ke warna ungu.

" Awak dah bangun?"

Namjoon tersenyum kecil, entah benar atau tidak apa yang dilakukannya sekarang. Kalau hal ini sampai di telinga jeon jungkook, pasti lelaki itu mengamuk.

" Jadi, ini rasanya jadi vampire ?"

Jihyo tersenyum kecil. Hatinya meronta ronta ingin mencari lelaki yang meninggalkan dia seorang diri.

" Boleh saya keluar cari jungkook?"

" Tak! Awak tak boleh cari jeon jungkook selagi awak tak mahir dengan kehidupan baru awak. "

Jihyo menunduk. Tangannya saling meramas antara satu sama lain. Entah mengapa, dia mahukan jungkook. Sangat sangat.

" Oh, jadi, apa yang saya perlu biasakan? Apa yang perlu dimahirkan? Benamkan taring ke dalam leher manusia? Atau haiwan? Oh! Mungkin tumbuhan? Boleh juga jadi vampire yang mengamalkan gaya hidup sihat! Vegetarian!"

Namjoon mengurut perlahan pelipisnya. Rasanya dia cuma ubah gadis ini menjadi separuh manusia bukannya separuh gila.

" Yah, Song jihyo! Awak mengarut apa ni haish! Sudah, mari kita keluar. "

♡ ♡ ♡

Jungkook merenung hutan yang indah itu. Fikirannya teringatkan gadis miliknya. Benar kata namjoon, dia langsung tak memahami jihyo. Dari awal pertemuan mereka, jungkook hanya tahu menyakiti.

Dan sehinggalah pertemuan terakhir mereka empat tahun lepas, jungkook masih lagi menyakiti gadis itu.

" Young master."

Jungkook pantas tersedar dari lamunannya. Badannya dipusingkan menghadap suara itu.

" Tak perlu fikirkan dia. Namjoon ada untuk jagakan dia. Dia takkan apa apa."

Jungkook tersenyum nipis.

" Jimin, aku--kejam kan? Dari dulu, sampai sekarang, aku cuma tahu menyakiti dia. Aku langsung tak fikirkan kesakitan yang dia alami. Aku tinggalkan dia tanpa khabar berita. Biarkan dia hidup dengan tanda tanya. "

Jungkook kembali berpusing menghadap tingkap. Matanya kembali menikmati pandangan hutan itu.

" Tak, kau tak kejam. Kadangkala, kita perlu jadi kejam supaya semuanya berjalan lancar. Kalau kau tak tinggalkan dia, mustahil kau mampu bina empayar kau sendiri. Kau akan sentiasa diburu dengan Tuan Jeon. Kau tak rasa, kekejaman kau, membawa faedah?"

Jungkook tersenyum tipis. Ada betulnya juga kata jimin.

" Aku nak sangat jumpa dia, jimin. "

Jimin menepuk perlahan bahu jungkook. Tak selalu jungkook jadi begini. Jungkook bukanlah jenis yang suka merenung masa silam. Tapi, disebabkan gadis itu, jungkook bukan lagi jungkook yang dulu.

" Dia akan datang jumpa kau tak lama lagi, jangan risau. "

♡ ♡ ♡

Sepasang mata ungu itu ralik melihat persekitaran hutan. Matanya tertumpu kepada seekor rusa yang sedang bersiar siar itu. Jelas kelihatan senyuman sinis di bibirnya.

Taring yang tajam sudah keluar. Wajah yang cantik itu berubah seram. Perlahan lahan dia menapak ke arah rusa itu. Tangannya mula bertindak memegang leher rusa itu.

" Bertenang, aku tak sakitkan engkau. Cuma, mahu rasa apa rasa darah."

Perlahan lahan taringnya dibawa mendekati leher rusa itu. Kuku panjang dan tajam itu sudah menembus badan binatang malang itu.

Dan, dia, gadis itu,





















Sudah mulakan hidup sebagai vampire  .











SUBMISSIVE

L I S A F I C E N T

collaboration with

herlalice

Submissive Where stories live. Discover now