15

901 115 3
                                    

Tangan kecil yang menggenggam leher jimin itu terlepas. Kali ini tangan itu pula digenggam.

" Walaupun kau gadis kesayangan aku, itu tak bermakna kau boleh senang senang sakiti orang orang aku."

Mata ungu jihyo memandang tajam jungkook yang menggenggam erat tangannya.

" Jadi, awak nak pertahankan dia yang sengaja cari pasal dengan saya? Awak lebihkan dia daripada saya? "

Jihyo merentap pergelangan tangannya. Matanya masih tidak lari dari bertentang dengan mata merah menyala jungkook.

" Dia tak ada sentuh kau pun jihyo, dia cuma berlawan kata dengan kau. Jadi tak perlulah sampai nak mencekik. Aku lebihkan dia, ya. Dia yang ada dengan aku selama bertahun tahun aku sorang sorang. "

Mendengarkan tutur bicara jungkook itu, jihyo tergelak sinis.

" Kalau kau, tak tinggalkan aku dengan yoongi, aku pun ada sentiasa ada dengan kau la! "

" Jihyo , jaga tutur kata kau. "

Sekali lagi terlepas ketawa jihyo.

" Jadi, engkau boleh beraku kau dengan aku. Dan aku langsung tak dibenarkan guna aku kau dengan engkau? Menyesal lah aku datang sini semula. Sepatutnya aku duduk je dengan yoongi. Lagi bagus. Dia layan aku baik. "

" Then, go."

Jihyo terkedu mendengar arahan jungkook. Jungkook kata begitu lepas dia beritahu yang dia akan cuba untuk perbaiki hubungan ini?

Baru semalam mereka bermesra. Bermanja dan berkasih sayang. Dan hari ini, lelaki itu seolah menghalau.

" Awak cabar saya, jungkook?"

" Its better you go if you're here and hurting my friend. Aku tak paksa kau pergi. Tapi kalau kau nak sakiti kawan aku, lebih baik pergi."

♡ ♡ ♡

Mendengarkan kata kata jungkook itu, ada seseorang di balik dinding itu tersenyum gembira.

Tak lama lagi, porak peranda la kebahagiaan jihyo dan jungkook. Biar masa saja yang menentukan.

Biar dia jalankan perancangan ini seorang diri. Diminta bersekutu, tak mahu. Lihatlah nanti, dia yang paling berkuasa. Bila saja jihyo jatuh pada tangan dia, semua pasti melutut pada dia.

Bibir sudah mengukir senyuman mengenangkan angan angan yang terlampau menggembirakan itu.

♡ ♡ ♡

Jungkook termenung memikirkan masalah yang ada. Jihyo merajuk, roseanne yang baru muncul semula. Semuanya menyerabutkan.

Dia ingat lagi bagaimana jatuhnya dia akibat roseanne. Perempuan itu licik. Terlampau licik. Akibat terleka swdikit saja, dia tewas dengan perempuan.

Flashback.

" Jungkook."

Aku memandang tajam figura di hadapan.
Hati sudah tidak senang dengan kedatangannya.

" Saya tahu awak mesti penat. Marilah, saya bantu hilangkan penat tu."

" Aku tak perlukan bantuan kau."

Roseanne mara ke hadaoan tanpa pedulikan kata kata jungkook. Tangannya naik menghinggap di bahu jungkook. Tangan itu mengusap perlahan lahan.

" Im yours. And youre mine. "

Entah mengapa, bayangan roseanne kelihatan seperti jihyo. Tanpa dia sedar dia mengikut segala rentak perempuan itu.

Dan mereka berakhir di. Ha tau tau je la.

Dan kerana kejadian itu, roseanne akan sentiasa mengugutnya.

Kejadian itu memudahkan segalanya. Dan dia tahu, itu silapnya.

Andai dia tidak terleka. Pasti semuanya baik baik saja.

SUBMISSIVE

L I S A F I C E N T

collaboration with

herlalice

Submissive Where stories live. Discover now