Jungkook melangkah masuk ke mansionnya. Senyuman di bibirnya tak lekang sejak balik dari hantar jihyo pulang tadi. Tiada lagi gelisah yang selalu menetap di hati. Sebaik saja berjumpa dengan jihyo tadi, seolah olah semua masalahnya dah selesa.
" Young master kemana tadi? Selesai dah masalah cinta? "
Jungkook tertawa kecil. Jimin, Jimin nasib aku ada kau. Kalau tak, mahunya 5 tahun akan datang baru aku pergi cari jihyo tu.
" Terima kasih, Jimin. Kau banyak tolong aku. "
" Aii, small matters! "
Jimin menepuk perlahan bahu jungkook selepas itu dia beredar ke depan tv. Apa lagi, sambung layan kdrama dia tu lah.
Jungkook mula melangkah naik ke atas. Badannya penat tapi bahagia. Tidur sambil bermimpikan cinta hatinya lagi bagus.
♡ ♡ ♡
Roseanne melangkahkan kakinya ke rumah agam milik ketua Black Label itu. Anak anak buah Argus Nam itu tidak dihiraukan, dia terus berjalan ke bilik Argus Nam.
" Kau memang tak nak buat kerja yang sepatutnya kau buat ke? Aku rasa Black Label terkenal dengan mementingkan perihal adat dan salah silah vampire, heh. "
Roseanne menatap tajam ke dalam mata Argus. Tiada langsung perasaan takut yang terbit dalam hatinya.
" Aku tahu kerja yang aku patut buat, tak perlu ingatkan. Tapi kau kena ingat, orang tu milik the young jeon. Kau ingat senang senang ke aku nak buat kerja aku? Kalau kau rasa senang, kau pergi buat. "
Makin tajam pandangan Roseanne pada Argus.
" Argus Nam, vampire yang berumur lebih 1000 tahun, yang terkenal dengan kekuatan dan cara pemikiran yang sangat hebat. Takkan masalah kecil macam ni pun kau tak boleh nak selesaikan, heh. "
Malas berbicara banyak, Roseanne berjalan beredar dari bilik Argus. Sakit hatinya bercakap dengan orang tua tu. Bukan susah sangat pun kerjanya. Pergi tangkap jihyo tu dan bawa ke sini. Itu pun susah!
Argus mengepal penumbuknya. Giginya diketap kuat. Kata kata Roseanne itu terkena pada mentalnya. Otak pula sudah ligat memikirkan cara cara menangkap jihyo.
♡ ♡ ♡
Jihyo duduk di buai sambil bernyanyi kecil. Kepalanya mendongak melihat bintang dan bulan di langit. Suasana malam sentiasa menenangkan. Bibirnya tersenyum nipis. Bahagia. Ya, bahagia kerana akhirnya dia dan jungkook sudah berbaik.
Mati matian disangkanya jungkook memang tak sayangkan dia. Bayangkan, hampir dua bulan dia duduk di sini bersama Jisoo, tiada satu hari pun jungkook datang berjumpa dengannya. Cuba cakap perempuan mana tak rasa dia dah tak disayangi.
Sedang leka jihyo menatap bintang, tiba tiba telinganya menangkap bunyi tapak kaki.
" Hello! Ada sesiapa ke?! "
Jihyo berjalan ke belakang rumah. Dia takut kalau kalau ada pencuri yang datang. Bukan takutkan pencuri, tapi takutkan jisoo diapa apakan.
Tanpa jihyo sedar, ada seseorang dibelakangnya sambil memegang sepohon dahan yang sederhana besar. Tanpa sempat berbuat apa apa, kepala jihyo sudah dipukul dengan kuat.
Matanya samar samar melihat gerangan yang memukul kepalanya.
" To, Tolong. "
nak lagi tak hewhew? 🥺
SUBMISSIVE
L I S A F I C E N T
collaboration with
YOU ARE READING
Submissive
FanfictionSequel to Dominant. Sila baca dominant dulu untuk hadam jalan cerita dengan lebih baik hehehe. "you shall be my submissive and I shall be your queen" Kalau dulunya Jungkook adalah Dominant, bagaimana kalau sekarang vampire itu adalah Submissive?