BAB 1

1.5K 92 13
                                    

"NOTE"
-Pembaca matang"
-

"Hanya kita berdua"

Aqilah duduk diruang tamu dengan kerja yang masih banyak yang belum disiap kan. ini semua papa punya hal lah! boleh pulak papa kasi kerja last minit, kata papa dia mahu aku belajar buat semua ni dalam masa dua hari. buatkan aku gelabah nak buat semua kerja ni. Nasib baik jugak hampir siap! "Penatnyaa!!." Ujar Aqilah, mata pula mulai mengantuk sekali seperti tidak dapat lagi untuk dibuka, mana tidaknya jam sudah menunjukkan 4 pagi.

Dan dia masih lagi belum tidur betapa penatnya dia untuk uruskan semua ini. kalau diikutkan dia tidak mahu duduk di office, itu bukanlah bidang yang dia minat. Tetapi disebabkan abang ngah lah dia terpaksa duduk di kerusi Felda holding itu! Heh

     Ini bukanlah bidangnya! Bidang nya nun di bakery! Cita-citanya dari dulu untuk mempunyai bakery sendiri. tapi tidak mengapa tinggal beberapa bulan sahaja lagi impian itu akan tercapai dimana dia akan membuka bakery yang diberi nama "Maisara Bakery" aaa tidak sabarnya.

memanglah dia mendapat keputusan cemerlang dalam spm dan university dapat sahaja dia mengambil bidang yang layak untuknya namun disebabkan bidang yang dia minat adalah membuat kek maka dia akan ke bidang itu juga nanti.  "Sabar Aqilah! Dua bulan saja lagi abang ngah akan balik dan kau akan kejar cita-cita kau untuk bukak bakery! Alah bukan aku tak mampu. Duit yang aku kumpul pun sudah cukup untuk buka satu bakery!." Ujarnya sedikit riak disitu. Penat mana pun dia, dia tetap akan fokus kerja yang diberi dan akan selesaikan dengan cepat. Sebab itulah juga papa selalu memujinya. Naik kembang jugalah hidung ni.

    Sememangnya dia layak untuk duduk di kerusi CEO Felda Holding sehinggalah papa hampir tidak bersetuju untuk dia mengejar cita -cita mempunyai bakery sendiri tetapi nasiblah ada mama, mama lah yang sentiasa setuju apa yang anak bongsunya mahukan.
    Sedang leka melihat setiap kertas yang mahu diberi esok kepada papa. Terdengar loceng rumah berkali-kali ditekan dari luar. "Erk sapa pulak tu?." Hati mulai tidak senang. Mana tidaknya sudahlah awal pagi lagitu! Siapa saja mahu datang ke rumah orang diawal pagi.

berdebar juga mahu membuka pintu kerana dia sekarang di apartment bukan di rumah keluarga. Sejak berumur 20 tahun lagi dia sudah belajar duduk sendiri disini. Biasalah mahu berdikari! Tidak mahu menyusahkan Keluarga.

TING TONG
bunyi loceng ditekan berkali-kali. Mulanya dia mahu abaikan sahaja tetapi disebabkan bunyi loceng itu merimaskan membuatkan Aqilah beranikan diri sahaja untuk membuka pintu. sebelum dia membuka pintu. sempat tangan mengambil satu kayu khas untuk apa-apa berlaku, contohnya pencuri atau orang jahat mahu menculik. kayu itu memang sudah disediakan. Pelahan-lahan Aqilah membuka tombol pintu dan terbukalah pintu utama rumahnya. Namun tiada sesiapa pun diluar rumahnya.


"Erk siapa pulak main loceng rumah aku ni!!." Kata Aqilah sedikit marah namun bila dia diam. dia teringat pula jirannya pernah berkata yang kejadian beberapa bulan lepas hantu bermain loceng!! Seram sejuk pula bila teringat kembali kisah itu. Err siapa ya kacau aku pagi-pagi buta ni. mata Aqilah melihat setiap kawasan luar apartmentnya.

Manalah tahu ada perompak mahu masuk kedalam rumahnya. Memang kenalah dengan kayu aku ni. baru sahaja ingin melangkah masuk kedalam, Aqilah terlihat ada sepucuk surat berada dibawah pagar rumahnya.

Kelihatan ada kesan merah-merah disampul surat itu. Lantas tangan laju mengambilnya, sekali lagi Aqilah melihat ke kiri dan ke kanan. Terasa bulu roma berdiri kerana merasa seram sejuk pada pagi itu. Laju-laju dia berlari masuk kedalam rumahnya.
   
Surat apa pulak ni? Err busuk betul!. Tanpa melengahkan masa lagi terus sahaja Aqilah membuka surat itu pelahan-lahan, "bismillah." Dan tangan lantas membuka surat itu dan dikeluarkan dari sampul surat yang sedikit kotor seperti darah dan bau busuk! Hampir sahaja dia mahu muntah mencium bau sampul surat itu.

"Apa ni bau betul!!." Bebel Aqilah sendiri walaupun rasa seperti seram sejuk sekarang. Semua bulu romanya naik. Mata Aqilah laju melihat isi didalam sampul itu. Dan ada sepucuk surat yang membuatkan Aqilah terkejut. Hati mulai berdebar-debar apabila membaca apa yang ditulis didalam kertas itu.

  "Tidurlah Sweety... Jangan penatkan diri kau buat kerja semua tu."
(Cinta hati)

Terus Aqilah menoleh ke kiri dan ke kanan dia seakan diperhatikan. Dan hati mulai berdebar-debar dan seram sejuk pada pagi itu, surat ditanganya terus dibuang ke atas lantai laju kaki berlari menuju ke biliknya. Ya allah sungguh aku rasa terlalu takut sekarang.
     Aqilah membaringkan diri diatas katilnya lalu menarik selimut untuk menutup seluruh tubuhnya. Cemas dan takut yang kini dia rasakan.hanya allah sahaja tahu debar didada yang dari tadi tidak berhenti berdegup.

Pap!!

Bunyi barang jatuh dari pada luar biliknya kedengaran, sumpah dia tidak berani mahu bergerak, peluh menitis membasahi pipi, sekali lagi Aqilah terkejut kerana mendengar beberap barang jatuh.

"Ya allah... lindungilah hambamu ini." Kata Aqilah perlahan. Didalam fikirannya sekarang siapa yang meletakkan surat dihadapan rumahnya. Dan bagaimana orang itu tahu akan gerak-gerinya di rumah? Adakah dia perompak? yang ingin merompak rumahnya? Allahu.
Bunyi bising tiada lagi kedengaran namun terdengar bunyi pintu ditutup dengan kuat sekali.
Pintu? Macam mana dia boleh masuk? Siapa dia. Aqilah sekarang dalam keadaan yang tidak selamat. Ting!! Bunyi mesej dari telefon miliknya berbunyi dan terlihat sms dari no yang tidak dikenali masuk.

"You look so sexy my Sweety."

Makin itu membuatkan Aqilah takut, bagaimana orang yang menghantar mesej ini tahu yang dia sedang berpakaian yang sedikit tidak sopan. Iyalah hanya dia seorang sahaja dirumah memang dia akan berpakaian tidak sopan, bukan ada orang melihat pun namun kini?

"With Red colour pajamas hmm i like it!."

Argh!! Ingin sahaja Aqilah menangis sekuat-kuatnya sekarang kerana apa yang dikatakan orang itu sesungguhnya betul.

"I want you.. but not now okey my Sweety."

Setiap sms yang dihantar membuatkan Aqilah ketakutan yang terlampau, hinggalah dia melihat sekeliling kabur. dan gelap.

Cahaya diawal pagi membuatkan Aqilah tersedar dari lenanya, kepala terasa pening sekali, fikiranya kembali lagi mengingatkan kejadian yang membuatkan dia keliru adakah itu mimpi atau realiti. Namun pagi ini dia melihat kearah langsir tingkap yang sudah terbuka seperti biasa. "Erk bukan ke aku tutup semalam?." Kata Aqilah sendiri, entah dia sedikit blur diawal pagi ini dan fikirannya sungguh berserabut sekarang, kerana dia masih memikirkan kejadian yang dia rasa baru sahaja berlaku, adakah itu mimpi atau realiti?.

Telefon yang berada disebelahnya dilihat laju sahaja dia menekan sms. Namun satu mesej pun tiada, Aqilah menarik nafas sedalam-dalamnya. "Ya allah mimpi rupanya." Sesungguhnya dia mengingatkan itu adalah benar Alhamdulillah tidak!. Dia benar-benar rasa takut kerana itu seolah tidak seperti mimpi. Ianya seram dan menakutkan.

Melihat jam sudah mahu masuk ke angka lapan pagi terus matanya segar seperti biasa. Nampaknya dia lambat pula pagi ini dengan segera dia mencari nama kak idayu iaitu PA nya di office. Lantas nama itu didailnya. "Hello cik Aqilah." Jawab si pemanggil. " hello kak, saya lewat sikit tau masuk office sebab saya nak uruskan hal dulu." Tipu Aqilah, alah bukan selalu tipu sunat!

"Worait jumpa nanti." Terus panggilan ditamatkan. Kepala masih lagi pening, sekali lagi fikiran fikir kearah mimpi yang menyeramkan tadi. Perasaan takut masih lagi ada didalam diri ini, mana tidak apa yang di rasakan dimimpi itu masih segar dalam ingatan, dimana ada seseorang menganggu hidupnya kini. Namun dia tidak tahu siapa itu dan dia bernasih baik itu adalah mimpi. Benarkah mimpi?

Sungguh dia tidak mahu lagi bermimpi seperti itu, ia menyeramkan. Tanpa melengahkan masa lagi Aqilah terus bangun dari katilnya dan pergi ke bilik air untuk mandi. Nanti kalau lambat sangat ada papa marah pulak. Baik dia pergi mandi dan berkemas cepat, dia malas mahu mendengar papa membebel. "Itulah buat kerja sampai nak cerah dunia lepastu dapat mimpi yang bukan-bukan. Haih kau ni Qilah." Marahnya kepada diri sendiri. Dia melepaskan tawa dan kaki terus dibawa masuk kedalam bilik mandi.

-BAB 1 MLP-

MY LOVE PSYCHOWhere stories live. Discover now