BAB 10

454 18 1
                                    

2016

Aqilah mengambil makanan lalu mencari tempat duduk untuk menjamah makanan. Maklumlah hari ini adalah hari dimana dia meluangkan masa diluar University. Seperti biasa hari ini dia akan keluar bersama Khalif, mujur juga Sazzy faham yang dia mahu keluar bersama teman lelaki nya. Cuma pagi tadi ada sedikit sesi memujuk.

Mana tidaknya Sazzy awal-awal sudah memberi tahu yang dia mahu keluar bersama tetapi boleh pula Khalif menyuruhnya membatalkan niat untuk keluar bersama Sazzy. Dan bernasib baik Sazzy faham.

Jam di telefon pintar dilihat sekarang sudah pun menunjukkan pada pukul dua belas tengah hari. Haih kalau tidak lewat untuk datang memang tidak sah. Itulah Khalif Megat. Kekasihnya yang selalu ada bersama. Masih ingat lagi dia tidak sengaja mengambil air Khalif ketika ingin laju berjumpa dengan Sazzy dari situ mereka mulai berkenalan dan tidak menyangka mereka satu tempat belajar. Sungguh itu dinamakan jodoh!.

Sedang leka menghirup air coffee yang baru sahaja dia orderkan tadi. Kedengaran kerusi dihadapan ditarik oleh seseorang. Wajah Aqilah masih lagi menunduk dan dia sekarang sedang dalam keadaan geram kerana Khalif sudah lewat untuk datang temu janji mereka,

Nafas diambil dalam-dalam lalu dihembus perlahan-lahan dan kepala yang dari tadi menunduk kini terangkat namun baru sahaja bibir mahu memarahi orang didepan. Tiba-tiba bibir jadi kelu. Aqilah melihat sekeliling namun kelibat kekasihnya tiada cuma wajah orang lain di hadapannya sambil tersenyum manis. "Oh god! You lelaki yang langgar i haritu tu kan!." Tone suara Aqilah bertukar menjadi geram dan marah.

Ingatannya masih kuat lagi dimana lelaki inilah yang melanggar dia tempoh hari hingga membuatkan kekecohan. Dan dia sangat geram dengan lelaki yang berada di hadapannya. Sudah lah tersengih sendiri dan paling tidak menyangka lelaki itu dengan selamba memakan makanan yang berada di atas mejanya.

"Hye Maisara!." Tegur lelaki itu lembut dan menggoda. Kebetulan juga dia terlihat Aqilah Maisara sedang seorang diri di sebabkan itu dia terus duduk dihadapan gadis ini.

"Pergilah! I rimas dengan you! Dan jangan sesekali nak panggil i dengan gelaran MAISARA!." Marah Aqilah namun kata-kata itu hanya seperti angin yang berlalu lelaki itu masih duduk dan merenung kearahnya. Argh seram!. Menakutkan pandangan lelaki itu. Iya tidak dinafikan lelaki itu memang kacak tetapi perasaan takut sentiasa ada.

Sesiapa sahaja akan berasa ketakutan apabila seorang lelaki yang tidak dikenali tiba-tiba tahu namanya san duduk dengan nya. "Please stay away from me!!." Tegas amaran yang diberi namun masih juga lelaki itu diam dan tersenyum nakal.

"Cute!."bibirnya menghadiahkan senyuman manis. Terpesona?. Ya. Tapi perasaan itu dijauh-jauhkan. Bayangkan dia semakin melayan selepas itu Khalif datang pasti teman lelaki nya akan marah. Dia perlu halau lelaki ini sekiranya tidak jalan. Dia sendiri akan pergi.

"Apa yang you merepek ni?." Marah Aqilah. Sumpah dia semakin geram dengan tindakan selamba lelaki itu! Sumpah creepy. Namun perasaan takut itu perlu dibuang jauh-jauh agar lelaki dihadapnnya ini tidak menyangka yang dia lemah. Heh Aqilah Maisara ini. Jangan sesekali mahu mencabar ego nya.

"Nampak menakutkan tapi Khalif lagi perlu untuk you berhati-hati." Ujarnya, Aqilah tidak faham sikit pun dengan apa yang dikatakan oleh lelaki itu. Apa maksudnya? Kenapa perlu berhati-hati. Oh! Adakah lelaki ini yang menghantar sepucuk surat yang bersampul hitam itu? Kerana kata-katanya hampir sama dengan surat itu! Maksudnya lelaki ini sedang memendam perasaan kepadanya dalam masa yang sama mahu dia dan Khalif berpisah.

Sungguh menakutkan! Dia benci surat itu dan di benci lelaki yang selamba badak duduk dihadapan dengan memakan sepotong kek yang baru sahaja di order. Ingat apa? Dia beli untuk diberi kepada lelaki dihadapan ini? Oh jawapannya tidak sama sekali. Lelaki ini yang tiba-tiba datang dengan lagak selamba. Situasi kini orang ramai memang anggap mereka seperti pasangan yang sedang bergaduh kerana dari tadi hanya dia memarahi lelaki itu.

Buntu tidak tahu mahu menjawab apa yang difikir sekarang bagaimana jikalau Khalif melihat dia dan lelaki ini duduk bersama? Nanti pasti ada kekecohan lagi. Dan sudah tentu dia tidak mahu benda itu berulang kembali.

"Tolong per." Belum sempat dia menghabiskan kata telefon pintarnya berbunyi menunjukkan ada satu panggilan perlu dia jawab. Telefon itu diambil tertera nama si pemanggil "My boo <3". Ini satu dari tadi tidak muncul-muncul sudah hampir setengah jam dia tunggu. Yang datang bukan dia tetapi makluk yang tidak diundang. Menyampah!

Laju panggilan itu diangkat dan sudah pasti si pemanggil meminta maaf kerana tidak dapat untuk berjumpa dengannya. Ini lah yang membuatkan dia semakin geram dengan Khalif Badri! Sudah cantik-cantik berhias khas untuk dia tetapi lelaki itu tidak jadi untuk keluar bersamanya.

"You dah janji kan?." Keluh Aqilah. Tampak wajahnya muram dan marah. Itu tandanya dia sedang merajuk. Mahu merajuk pun bukan ada Khalif dihadapan nya kini yang ada pun mamat gila!. Ergh geram benci.

"Hm bye!." Terus panggilan dimatikan. Sekarang perasaannya sedang marah emosi tidak stabil ingin menangis tidak dapat cuma dia mahu bersendirian. Mata menatap susun tubuh lelaki yang berada di depannya kini. Lelaki itu masih tersenyum dan kali ini lebar senyumannya.

Argh menyampah, kerana malas mahu menatap wajah lelaki tidak di kenalinya itu laju bag tangan diambil dan kaki dibawa melangkah pergi. Tetapi laju tangan seseorang menahan dirinya dari pergi.

"Lepaslah!!."
"Wait maisara!."

Ujar mereka serentak. Argh semakin geram Aqilah dengan lelaki dihadapannya kini yang sedang menghalang dia untuk pergi. Apa kemaruk sangat lelaki ini? Seperti tiada gadis lain di dalam university mereka. Nasib baik sekarang di luar kalau dia dalam uni! Bagaimana pasti ada warga-warga hang menyibuk tentang hal nya.

"Please let me go!!." Tegas suara Aqilah.
Lelaki itu tersenyum sinis.

"No! I know you takda mood but please jalan dengan i!." Ajak lelaki itu selamba.

Aqilah mengetap giginya. Arghh rimas dengan lelaki itu dengan selamba mengajak dia keluar bersama sudah tentu jawapannya tidak kerana dia tidak mahu curang dengan kekasihnya dan lagi satu dia tidak mengenal siapa lelaki ini.

"Kepala hotak engkau!! Tolong jangan kacau aku boleh tak!." Kali ini tutur bahasa Aqilah menjadi kasar kerana tidak tahan dengan sikap lelaki itu.
"I still nak keluar dengan you! By the way my name is Mikael! Just call me Mika." Kenal lelaki itu mesra. Aqilah memberi pandangan sinis.

"Kau tengok muka aku ni? Nak berkenalan dengan kau ke?." Jari telunjuknya ditunding kearah wajahnya.

"Muka you nampak cute and beautiful! Comel bila you sedang marah." Puji lelaki yang bernama mikael tadi. "Malas aku!." Langkah diambil namun lelaki itu laju mengejarnya. Dia akan pastikan Aqilah Maisara akan bahagia hari ini. Dia tahu gadis itu dalam keadaan tidak baik. Heh ada khalif pun gadis ini tidak dijaga.

Sedang Aqilah Maisara terluka, Khalif Megat pula? Tidak perlu dia katakan nanti akan Aqilah Maisara tahu sendiri. Ini peluang nya untuk membawa Aqilah Maisara berjalan-jalan. Dan dia akan pastikan marah Aqilah Maisara tadi akan bertukar menjadi keseronokkan. Itu janjinya.

-

Done! Jangan lupa vote sekiranya ada salah ejaan atau typo maaf sekali lagi. Thanks 🫶🏻

MY LOVE PSYCHOWhere stories live. Discover now