BAB 3

623 37 2
                                    

Tangan perlahan-lahan membuka tombol pintu biliknya, dia sendiri masih rasa takut adakah itu tadi mimpi atau realiti. terbuka sahaja pintu biliknya langsung dia melihat ke kiri dan ke kanan untuk melihat diruang tamunya, apakah ada orang atau tiada. Dan semua diruang tamu itu terlihat elok dan kemas seperti biasa. Dan ini membuatkan dia yakin dengan semua itu, yang itu adalah hanya mainan tidurnya. Kemungkinan dia terlalu penat akan kerja dan dia pun bermimpi buruk.

    Bagaimana pun mimpi itu dia sememangnya rasa seperti mimpi itu benar-benar terjadi awal pagi tadi. "Mimpi je Qilah takyah fikir." Kata Aqilah sendiri. Dia melangkah pula ke dapur. untuk melihat situasi didapur dan sama juga tiada barang yang jatuh tetap sama seperti semalam. Masih kemas.

"Erm elok je tersusun." Katanya. Terlalu leka melihat sekitar rumah Aqilah terus memandang jam ditangannya. "Wehh lambat dah!!." Teriaknya. Laju saja tangan mengambil bag kerja yang berada diatas meja. Kelam kabut pula dia pagi ini. Sudahlah ada meeting jam sepuluh pagi ini dan dia pun belum sempat breakfast lagi. Kelam kabut sungguh Aqilah pagi ini dengan mata yang serupa panda kerana tidak cukup tidur.

kepala pula mulai pening. Ish tak senonoh betul aku pagi ni! Nasib lawa. Aiseh Aqilah!!. Pintu rumah ditutup dan Aqilah berlari anak kearah lift sambil mata melihat kearah jam ditangan. "Ish nak dekat jam sembilan aaaa lambattt!!." Katanya.

Dari jauh ada seseorang sedang tersenyum melihat tingkah laku Aqilah, comel. Argh sungguh indah sekali dari segi wajahnya yang begitu menawan. Hati pula tidak sabar menanti hari dimana dia dan orang yang dia sayang akan bersama. Hanya mereka berdua. Senyuman manis bertukar menjadi serius, langkah kaki laju mengiikut gerak-geri si dia. "Baru mula ni Sweety" ujarnya sambil tertawa. Mask ditarik keatas menutup mulut dan cap diatur kebawah sedikit hingga wajah tidak terlihat sama sekali. Laju kaki Terus mengiikut langkah si dia.

Jam menunjukkan tepat 9:30 pagi dimana dia benar-benar telah lewat untuk masuk ke office dan ada baki 30 minit lagi untuk dia prepare dokumen untuk meeting bersama client jam 10 nanti. Masuk sahaja office dia terus mencari PA nya terlebih dahulu iaitu kak Idayu. Sedikit kelam kabut dia pada pagi ini. Staff-staffnya pun sudah mulai membuat kerja. "Eee lewat dah huaa." Ngadu Aqilah. Kaki terus dibawa menuju ke bilik PA nya.

"Morning Cik Aqilah." Sapa Kak idayu sopan.
"Morning akakkk ya allah Qilah dah lambat giler nii." Ngadu Aqilah manja. Kak idayu sungguh faham perangai bosnya ini yang tersangatlah manja dan dia pun sudah anggap yang Bosnya seperti adiknya sendiri.

"Taklah! Lambat sikitttt je hahaha Cik Aqilah jangan risau Akak dah siapkan semua dokumen nak dibawa meeting nanti, now Cik Aqilah pergi breakfast dulu." Aww ni sayang sangat-sangat dekat PA aku ni. Baik sungguh. Tahu-tahu saja aku tak breakfast lagi.

Baru sahaja ingin melangkah pergi. Lantas tangasnya ditarik oleh Kak Idayu. Dia memandang Kak Idayu pelik, hah sudah apa pula Kak Idayu ni? Dia tak cantik ke hari ni?.

  Kak Idayu tersenyum. "Kenapa kak?." Soal Aqilah curiga. "Nah! Surat dari secret admirer awak bagi." Sepucuk surat yang diikat dengan tali itu diambil. Hm cantik ala vintage. "Siapa bagi?." Soal Aqilah ingin tahu. Kening diangkat sedikit lalu surat itu lihat berkali-kali.

"Dah namanya secret admirer Cik Aqilah oii mana boleh bagitahu! Yang penting mata dia tadi lawa! But! Jangan tanya siapa bagi atau nama pemberi tu sebab akak memang tak kenal." Ujar Kak Idayu terang dan kemas. Ish baru nak tanya siapa bagi, kak Idayu pulak taktahu siapa yang memberi surat ini.

"Dah takyah buat muka pergi breakfast awak tu dah lambat tau Cik Aqilah." Tegur Kak Idayu  lembut, Aqilah yang asyik memikirkan siapa pemberi itu terus tersedar. "Aaa yee Aqilah pergi pantry kejap." Aqilah berlalu pergi bersama surat itu. Laju kaki melangkah ke arah Pantry. Hati pula tidak henti-henti berdebar kerana surat ini sahaja.

Tangan menarik kerusi lantas dia duduk diatas kerusi itu. Tali ikatan surat itu dibuka perlahan-lahan. Erm siapa yang bagi ni?
Hati makin kian berdebar. Takut sahaja santau kah apa kah yang dibagi orang. Kita tidak tahu isi hati manusia zaman sekarang. Yang mereka tahu adalah untuk membalas dendam sahaja.

  Mata Aqilah sedikit terbeliak melihat isi yang ditulis dan kertas itu penuh dengan kesan darah seseorang membuatkan Aqilah mual melihat kerana terlalu bau darah pekat. Seperti baru sahaja diletak atas kertas ini. Kertas itu dijauhkan sedikit dari dirinya. Mata melihat tulisan tangan yang sungguh cantik namun isi di tulis mampu membuatkan Aqilah telan air liur. Arghh creepy!

'"Sweety.. ni baru bermula, jaga diri dulu aku sayang kau."
R.

Apa yang dilihatnya kini seperti merasakan mimpi yang dialami nya pagi tadi. Adakah benar itu memang itu realiti dan bukan mimpi?
tapak kaki kedengaran dari ruang menuju pantry miliknya. Laju tangan mengemas semula kertas diberi oleh "secret admirer" bak kata Kak Idayu tadi. Sungguh takut sekali jika ada seseorang meminati dia seperti ini. Apa yang dia ada? Dia rasakan tiada apa-apa dan perlukah seseorang meminati dia? rasanya tidak perlu kerana dia hanya sebentar sahaja memengang Syarikat ini.

"Aku perlu buang surat ni." Kertas itu dironyok hingga menjadi bulat lalu dia angkat dari kerusinya dan terus surat itu di lempar masuk kedalam tong sampah yang sudah tersedia ada. selesai sahaja membuang. Aqilah sengaja seperti tengah mencuci gelas. Padahal dia belum lagi minum atau makan-makanan untuk alas perut. "Cik Aqilah?." Panggil Kak Idayu. Aqilah menoleh kebelakang melihat Kak Idayu seperti tiada apa-apa berlaku.
  "Ye kak?." Soal Aqilah. Wajah Kak Idayu berkerut memandangnya.

"Cik Aqilah baik-baik sahaja kan? Muka nampak pucat." Tegur Kak Idayu.
Aqilah senyum paksa.
"Eh ok jelah haha. jom meeting lambat dah ni." Aqilah langsung menarik tangan Kak Idayu namun wanita itu terpinga-pinga melihat Aqilah.

Wajah dicermin dilihat dia tertawa seketika dengan sekelip mata wajah yang tersenyum tadi berubah menjadi  serius. "Sweety, Sweety. Tunggu aku ya! Sabar sikit sahaja lagi, ni baru permulaan buat Sweety." Kata lelaki itu dihadapan cermin. Bibir terus ukirkan senyuman sinis.  Dia perlu mengemas sedikit tempat ini agar nanti Aqilah Maisara datang tidaklah buruk sangat. Dia tertawa sendiri.

Bagaimanalah nanti Gadis itu yang dilayan manja oleh keluargnya dengan begitu penuh kasih sayang akan duduk ditempat rumah usang yang buruk dan tiada apa-apa ini,

Dia suka melihat itu. Aqilah dalam ketakutan nampak seperti budak.
   Heh terlalu manja tu sayang nanti kau duduk sini, aku layan manja kau.

Dia masih lagi dengan riak sengihnya itu. Tidak sabar mahu bawa masuk puteri cantik itu ke dalam syurga, syurga indah untuk mereka berdua dan hanya mereka berdua. Dia berjalan kearah gambar yang tergantung pada didinding itu. Semuanya gambar Aqilah sejak sekolah sampai ke uni dan kini. Wajah polos Aqilah tidak pernah berubah-ubah. Hanya wajah sedikit matang namun tetap sama.

"Dendam dan cinta akan bermain nanti sayang. Ni syurga kita! Hahahaha." Dia tertawa dengan kuat sehingga laju pisau ditangan tusuk satu gambar milik gadis itu dan maka terkoyaklah gambar itu. Puas hatinya melihat gambar itu terkoyak. Dia berlalu pergi dari situ. Ada sesuatu perlu dia lakukan sekarang.

- MLP

MY LOVE PSYCHOWhere stories live. Discover now