BAB 17

375 24 0
                                    

KINI hanya bertemankan satu lampu dan bilik itu kelihatan samar-samar namun tenang. Kini dia dan lelaki itu hanya duduk bertentangan. Kali ini baru dapat lihat dengan jelas dan lebih dekat wajah lelaki itu. Kelihatan wajahnya yang manis dan tampan. Kenapa ya dia boleh psiko sebegitu rupa. Takut.

"Now tell me! Siapa nama awak dan siapa awak." Tanya Aqilah, lelaki itu terus melihat kearahnya dan memberi riaksi tenang dan di hadiahkan satu senyuman manis.

"Bayar dulu." Gurau lelaki itu.

"Apa nak bayar pulak!." Marah Aqilah.

Ish kerek betul mamat ni. Aqilah menjeling dengan tajam.

"Bayar dengan ehem.. ni." Lelaki itu menunjukkan pipinya lalu dia menyuruh Aqilah mencium pipinya. Semakin dekat dia kearah Aqilah semakin itu Aqilah ke belakang. "Ishh apa niii." Aqilah menolak Lelaki itu jauh dari dirinya.

"Hahahaha! Takut."

Aqilah malas mahu melayan. menyampah.

"Aku benci! Kau lupa aku Aqilah! Aku benci." Luahnya secara tiba-tiba. Dia merenung anak mata Aqilah dengan tajam. Aqilah menelan air liur. Er janganlah mamat ni tiba-tiba maki hamun.

"Siapa awak sebenarnya?." Soal Aqilah lagi.
"Seseorang yang takut untuk hilang kau."
"Ish cakaplah betul-betul!."

Diam. Lelaki itu masih melihat Aqilah. Matanya kelihatan sayu, seolah ada sesuatu yang dia sembunyi kan. "Betul, sebab tu aku sanggup buat macam ni! Aku benci keluarga kau! Sebab tu aku ambik kau dari dioarang. Heh siapa suruh buat aku jadi macam ni!" Dingin sahaja suaranya. Tangan kelihatan digenggam kuat. Seolah sedang menahan geram. Rahang diketap hingga urat-urat kelihatan.

"Benci betul awak dengan diorang?." Aqilah bersuara.

"Sebab diorang tuduh aku! Diorang cakap aku bukan-bukan padahal aku sayang kau, so now aku buat benda tu betul-betul. Aku rampas hak kau. Aku buat kau terseksa! Aku jadikan kau seperti patung! Dioarang buat aku macam ni! Orang sekeliling tuduh aku disebabkan mulut bangsat abang kau!! Aku benci keluarga kau dan aku benci Khalif Megat!." Marah Lelaki itu. Nafas seolah tersekat-sekat menahan rasa dihati. Lama dia menahan rasa dan dendam. Dia yang menjaga Aqilah sebaik mungkin walau hanya dalam diam.

Tulus dan ikhlas namun satu pun tidak dihargai. Orang sekeliling yang buatkan dia begini. Dan menjadikan tekanan buat dia. Satu fitnah yang mereka lontarkan semua tidak betul. Sampaikan dia benar lakukan apa yang orang katakan.

Ya dia sudah rampas hak kesucian Aqilah namun dia benar-benar mahu berkahwin dengan Aqilah. Benar-benar mencintai wanita itu. Tiada yang boleh halang dia kini, walaupun gembira melihat keluarga Aqilah terseksa menahan rindu. Permainan masih berjalan. Semua akan musnah dan dendam akan terbalas.

"Family saya? Dan Khalif Megat! Siapa itu?." Aqilah mulai mencuba mengingati siapa Khalif Megat. Siapa dia?. Argh kenapa satu per satu orang yang tidak dikenali perlu di ingatkan kembali?.

"Khalif Megat! Orang yang kau sayang dan orang yang buat hidup aku musnah! Well dia dah mati! hahaha mati pun bangsat tu! Haih baguslah!." Lelaki itu tertawa dengan kuat hinggakan Aqilah ketakutan.

"Orang yang saya sayang?." Tidak tahu mengapa rasa kosong tapi kalau benar orang yang dia sayang maksudnya? Kekasih hatilah kan?. Tapi mengapa satu ingatan tentang lelaki itu tidak dapat di ingati?.

"Ya tapi dia tu yang hampir rosakkan kau Aqilah! Aku yang selamatkan kau!!! Tapi..."

Aqilah masih mencuba untuk fahamkan cerita, namun satu pun dia masih tidak dapat mengingati apa-apa. Benar atau tidak cerita Lelaki ini. Memang susah untuk dipercayai.

"Tapi orang tuduh aku! Yang nak rosakkan kau. Aqilah aku penat! Aku nak sayang kau tanpa orang tuduh aku ni yang buatkan kau jadi macam ni! Aku penat sayangkan kau seorang diri! Kenapa disaat-saat kau mula nak terima aku dulu! Khalif muncul dan hampir rosakkan kau? Aku tak suka orang sentuh kau!." Ujar lelaki itu tidak puas hati. Aqilah terdiam. Benarkah dia pernah mengenali lelaki ini? Habis kenapa semua ingatannya tidak muncul?.

Apa yang baru dia dengarkan memang tidak terduga. Terkejut?. Ya. seolah semua ini mimpi baginya. Apa yang lelaki ini luah semuanya seolah mimpi.

"Sakit! Aqilah! Aku terseksa! Aku yang tunggu kau bertahun-tahun! Sekarang? Apa aku dapat? Ya sekarang kau dengan aku dan akan menjadi isteri aku yang sah esok! Tapii cinta kau mana? Hilang? bodoh! Semua ni bodoh! Aku bencilah! Aku sayang kau tapi kenapa kau tak dapat terima aku hah!! Kenapaaaaa." Jeritnya sekuat hati. Aqilah tersentak dan Aqilah semakin kebelakang. Takut melihat amukkan lelaki itu. Seolah dia tidak terkawal dari emosinya.

Lihat dari luahan itu dia benar-benar kecewa dan terseksa. Tapi itu tidaklah bermaksud dia boleh buat orang lain begini!

"Saya.. saya tak ingat apa yang terjadi tapi tolong sangat-sangat jangan buat saya macam ni." Rayu Aqilah. Lelaki itu terdiam. Dia memberi senyuman sinis. "SEBAB KAU HILANG INGATAN! Kau lupa aku! Kau tak ingat aku bodohlah kau ni." Kepala Aqilah di tunjal berkali-kali.
"Awak tolong!! Tenang." Aqilah mencuba untuk mengawal emosi lelaki itu yang sekejap marah, sekejap geram, sekejap sedih. Semua bercampur hingga Aqilah takut melihatnya.

"Keluarga kau tu! Memang tak berguna sebab apa? Sebab diorang buat aku jadi macam ni. Bodohlah!."

"Hye! Saya sakit hati bila dengar awak asyik burukkan keluarga saya! Awak boleh buat apa sahaja tapi jangan pernah burukkan keluarga saya! Itu pantang saya." Marah Aqilah kembali. Dia benar-benar marah. Sakit telinga asyik mendengar orang burukkan keluarganya. Kalau benar mereka salah beritahu sahaja cerita sebenarnya jangan lah buat dia tertanya-tanya.

Lelaki itu tersenyum sinis dan rahang diketap dengan kuat. Hati mencuba untuk menahan sabar agar tidak memukul Aqilah. Benci kenapa Aqilah perlu berpihak kepada keluarganya padahal Aqilah miliknya.

"Ingat aku ni kesah sangat ke dengan keluarga kau tu? Hah! Pemusnah harapan aku! Aku benci diorang aku taknak kau balik dengan diorang! Enam tahun bukan masa yang singkat buat aku lupa apa yang diorang buat dekat aku Aqilah!." Marah Lelaki itu. Aqilah merasakan sesak didada. Luluh hati seorang anak pabila mendengar orang buruk-burukkan keluarga sendiri.

"Tapi aku tak sangka yang kau sekarang dengan aku. Pelik kenapa polis tak dapat cari kau? Hmm kesiankan dekat diorang lari sana lari sini cari kau hahahaha." Semakin kuat lelaki itu tertawa seolah apa yang dikatakan nya tadi benda yang kelakar. Namun Aqilah masih merenung dengan wajah yang geram dan sakit. Mahu menangis? Sudah tidak dapat. Airmata sudah tidak mampu untuk mengalir lagi. Mahu pukul dia? Silakan mahu pijak dia silakan. Dia berjanji yang kali ini takkan berulang lagi!. 

"Sweety. Aku sayang kau jangan pergi okey?." Pujuk Lelaki itu lembut. Rambut Aqilah dipegang dengan lembut sebelum dia menarik kuat rambut Aqilah hingga terdorong kebelakang.

   "Auchh sakit!." Ngadu Aqilah, tanganya mencuba untuk menolak tangan Lelaki itu namun tidak berjaya.

"Sakit lagi jiwa aku ni!." Marah Lelaki itu lagi.
  "Awak lepaslah!!."

Aqilah meronta-ronta ingin dilepaskan. Sungguh lelaki ini menyusahkan hidupnya dan dia tersangat bernasib baik kerana tidak mengenali lagi lelaki ini. Kalau benar masa lalu dapat diputar kembali dia pasti akan menjauhi lelaki ini hingga dia tidak dapat bertemu kembali.

Makin disuruh berhenti makin itu lelaki itu menarik rambut Aqilah. "Siapa suruh buat aku macam ni! Kau lawan aku! Kau tak layan aku masa bercerita." Makin itu Aqilah geram dengan lelaki ini. Kenapalah di dipertemukan lelaki seperti ini? Yang menyusahkan hidup yang sudah seperti apa.

"Siapa nama awak sebenarnya?." Jerit Aqilah.

"Aku Tengku Rayyan Mikael Wilson!."

DONE BAB 17! Jeng-jeng-jeng dah taukan nama Lelaki misteri ni!! Heheh jgn lupa vote 🫶🏻

MY LOVE PSYCHOWhere stories live. Discover now