PENAT mulai dirasai mahu tak mahu sahaja dia mahu membuka pintu rumahnya. Sempat jugak dia melihat jam di tangan, "aigo 10 malam baru aku sampai rumah? Ish ish memang busy betullah aku harini." Bebel Aqilah seorang diri dan sambil itu tangannya pula mengunci pagar apartmentnya. Dia kini perlu berjaga-jaga mana taknya sudah ada peminat misteri! Mana tidak takut nak-nak lagi dia seorang perempuan. Lagi-lagi duduk seorang diri.
Namun fikirannya terus teringat tentang cerita yang dianggapnya mimpi pagi tadi. "mimpi ke betul-betul memang terjadi?." Aqilah berhenti didepan ruang tamu dan dia berfikir sejenak. Bag dan failnya diletakkan diatas sofa yang berada di ruang tamu itu.
Mata pula automatik melihat sekeliling dan perlahan-lahan mata melihat kearah jam. Walaupun dia tahu sekarang sudah jam 10 malam. Cuma malam ini rasa seperti seram sejuk sahaja. Lagi-lagi apa yang terjadi awal pagi tadi dan di office pula membuatkan dia rasa ada seseorang sedang perhatikan dirinya kini. Walapun sekarang dia sedang berada dirumah sendiri. Dia sudah merasakan dia tidak selamat. Namun mahu menyedapkan hati, dia hanya fikir positif sahaja.
Mana tahu hanya mainan fikirannya sahaja. "haus pulak malam-malam ni." Kaki terus melangkah kearah dapur. Tangan mengambil gelas yang belum diguna lalu air kosong itu dituang kedalam gelas itu.
Kerusi pula ditarik lalu dia duduk diatas kerusi. Fikiran pula mulai bercelaru. Entah rasa seperti serabut rasa seperti dia hilang sesuatu yang berharga didalam memorinya. Tambah pula masalah baru lagi muncul bila dia rasakan dia sudah tidak selamat lagi, Apa lagi yang dia perlu buat kini? apartmentnya pula jauh dari rumah keluarga.
Bagaimana dia mahu larikan diri jika terjadi apa-apa kepadanya? Sudahlah perlahan jika mahu berlari. Ni kalau ada zombie dia memang serah diri sahaja. Memang hakikatnya jika dirinya ini mahu berlari rasa-rasanya budak kecik lagi laju larian mereka berbanding dia.
Sedang leka termenung telefon miliknya berbunyi yang menandakan satu pesanan masuk. Lantas dia menekan butang on pada telefon lalu terpaparlah satu pesanan dari nombor yang tidak dikenali. Erk macam pernah tengok nombor ni? Rasanya baru pagi tadi dia melihat seperti didalam Mimpinya. Argh dia pun tidak tahu sama ada itu mimpi atau realiti.
Jantung mulai bermain peranan ia berdetak terlalu laju seolah baru selesai berlari pecut. Dan nafas pula mulai tidak teratur. Pesanan tadi dibuka dan ini sangat mengejutkan Aqilah. Satu pesanan yang membuatkan dia menggigil seluruh tubuh. Allahu apa ini benar-benar terjadi?
Tangan menampar pipi sendiri. Auchh sakit! Jadi? Ini benar-benar terjadilah? Pesanan itu dibaca lagi sekali.
'Sweety kenapa kau balik jam 1o? penat ya hahaha! Kau rehat takut nanti tak larat main permainan kita'- unknow
Apa maksudnya? Permainan apa ini? Kenapa dia tahu yang aku balik jam 10? Siapa dia? Fikirannya kini sudah bermain dengan soalan sendiri. Lantas dia berlari menuju ke biliknya. Sumpah! Kini dia dalam ketakutan sudahlah keluarganya tiada disisinya kini. Apa perlu dia lakukan?. Ya allah kau tolonglah hambamu ini.
PAP!!!
Dia mendengar ada sesuatu benda yang terjadi diluar biliknya. Ya allah ini yang dia rasakan pagi tadi. Jadi betullah dia dalam bahaya kini? "papa! Mama! Adik takut." Tergetar-getar suaranya memanggil kedua orang tuanya. Airmata pula tidak henti-henti jatuh membasahi pipinya. Matan melirik kearah bawah pintu bilik, terlihat ada bayangan kaki seseorang dan dengan kuatnya tombol pintu itu dipulas kuat dari luar seolah orang itu mahu membuka namun tidak dapat kerana Aqilah terlebih dahulu sudah mengunci dari dalam dan orang itu tidak dapat membukanya.
TUK TUK TUK.
Ketukkan berkali-kali hingga kuat membuatkan Aqilah menjadi takut. "PERGIIIIII JANGAN KACAU AKU!" Jerit Aqilah kuat seolah histeria. Dan ketukkan itu terhenti. Aqilah masih lagi dengan tangisnya. Dia meraung sepuas-puasnya. Kini dia benar-benar takut kerana ada seseorang didalam apartmentnya.
membuatkan dia tidak mampu untuk melarikan diri. Jika dia melangkah sahaja keluar pasti dia akan berjumpa dengan orang itu nanti apa-apa terjadi macam mana? Dan untuk lebih selamat lagi, terpaksalah dia berkurung didalam biliknya, Takut.
PAP!!
Sekali lagi pintu dihentak dari luar membuatkan Aqilah terkejut. Tangan pula sudah menutup kedua-dua telinganya dan badannya kini memang menggigil sehabis-habisnya. Sekarang dia banyak menggunakan tenaga hingga dia menjadi lemah sedikit. "pergiiiiiii." Jerit Aqilah lagi. Seolah orang yang tidak waras pula rasannya kini. Dan bayangan kaki itu terlihat melangkah pergi. Telinga mendengar pintu utama ditutup dengan kuat. Ya Allah macam mana orang tu boleh masuk kedalam apartment miliknya?.
AQILAH masih sahaja duduk diatas katilnya dan tidak berganjak sekali pun. Apa yang terjadi tadi benar-benar buatkan dia trauma. Apa sudah jadi otak sudah tidak mampu berfikir lagi, tangan menggapai telefon dihadapanya yang tidak diusik dari tadi. Punat on ditekan dan dia melihat kini sudah menunjukkan jam 1 pagi maknanya kira-kira tiga jam sudah dia duduk dan termenung?
Patutlah rasa sakit seluruh tubuhnya. Kaki pun mulai terasa kebas sekali. lantas dia luruskan kakinya, Erm lega sedikit. Mata pula tidak mampu untuk dilelapkan. Baju tadi pun masih baju yang sama tidak ditukar dan kini pasti dia terlihat serabai dengan mata yang terasa bengkak kerana menangis dan badan pula rasa lemah.Bila teringatkan kejadian yang terjadi beberapa jam yang lepas membuatkan dia dalam ketakutan lagi dan nafas sekali lagi tidak teratur. Mata melihat kearah pintu itu Alhamdulillah tiada lagi bayangan hitam yang dia lihat beberapa jam lepas.
dia pun tidak pasti adakah itu makhluk atau benar-benar manusia? Tetapi bila dilihat clue yang dia rasa adalah manusia. Teringat pulak kata Kak Idayu di office pagi tadi 'secret admirer' dan surat-surat itu? Ada kesan darah lalu teringat lagi pesanan-pesanan dari nombor yang tidak dikenali itu.
membuatkan ketakutannya kini makin bertambah. Persoalan mulai bermain difikiran kepala pun naik pening, esok bolehkah dia pergi ke tempat kerja dengan keadaan begini? Rasa betul-betul lemah dengan tidak makan dari pagi tadi. Sungguh dia terlalu sibuk harini. Banyak pula projek baru masuk. "Aku perlu bangun jugak ni." Kata Aqilah seorang diri dan dia mencuba untuk bangun namun sekeliling kelihatan kabur dan gelap.
DIA tersenyum suka melihat riaksi itu tadi, sangat indah sekali dengan jeritan suara halus kecil gadis itu wah-wah tidak sabar mahu membawa gadis itu masuk ke syurga yang sudah siap ini. hanya tinggal mahu membawa gadis itu sahaja lagi dan pasti misinya Berjaya. Ini dendam ini juga cinta dan hutang perlu di laksanakan.
Bertahun-tahun dia rasa sakit ini dan sekarang gilirannya pula membalas rasa dijiwa. Rasa ini pernah dipijak-pijak oleh orang seseorang. Jiwa ini pernah hancur, permainan baru sahaja bermula dan dia akan pastikan Aqilah membayar hutang jiwanya yang bertahun lama hancur.Mask dibuka perlahan-lahan dan topi pula dibuang ke tepi lalu hoodie hitam yang dipakai olehnya dibuka dan dilempar ke sofa usang yang hampir rosak itu. Badan pula direbahkan keatas katil single yang terletak bersebelahan sofa tadi. Tangan membuka telefon pintarnya. Gambar Aqilah begitu banyak sekali di ambilnya.
Dia tersenyum. Sungguh indah sekali wajahnya didalam telefon apatah lagi pabila berhadapan dengan gadis itu. Itu lagi indah. Dia tersenyum melihat video Aqilah yang sedang makan di sekitar Melaka ketika itu. Video ini sudah lama tersimpan di dalam telefonnya hampir kira-kira 6 tahun lepas dan dia masih menyimpannya.Kerana itu juga telefon ini dijaga dengan rapi sungguh banyak gambar dan video Aqilah didalam ini dan dia pastikan yang dia simpan sampai bila-bila.
Wajah polos dan kebudak-budakkan Aqilah didalam video itu membuatkan dia mengukirkan senyuman. "hahaha yang awak makan jugak kenapaaa hahaha." Suara dari video itu kedengaran. Dia tersenyum namun tubir matanya terasa panas. Airmata yang keluar itu tidak diperdulikan.
"panas padan muka hahaha."suara dari video itu kedengaran lagi.
Bilalah dia mahu melihat senyum dan gelak tawa itu lagi?. Namun sekarang Rindu dan dendam sudah bercampur aduk didalam hati ini dan Hutang itu perlu dilaksanakan dan Aqilah Maisara perlu menjadi watak utama didalam cerita yang dia sudah dia karangkan.
"tunggu aku sayang." Katanya sendiri.
Dia akan pastikan Aqilah rasa apa yang dia rasakan. Ketika itu jiwa Aqilah akan rasa begitu sakit sama sepertinya 6 tahun hidup di dunia sendiri dengan jiwa yang sakit. Dia pastikan semua itu akan dirasai oleh Aqilah nanti.
BAB 5 -MLP
YOU ARE READING
MY LOVE PSYCHO
RomanceCinta atau mati? Hidup seorang yang bernama Aqilah Maisara mulai tidak aman selepas selalu diganggu oleh seseorang. "Aku sayang kau." - Lelaki Misteri "Apa benda semua ni!!." - Aqilah Maisara Hidup mulai dalam ketakutan. Yang dulunya ceria kini b...