BAB 13

465 19 0
                                    

SUASANA yang sunyi hanya didengari suara tangis seorang gadis. Gelap masa depan kerana suatu perkara yang dia tidak mahu terjadi. Kini dia jijik dengan diri sendiri, perbuatan kotor lelaki itu terbayang setiap ruangan kotak fikiran. Berkali-kali dia memukul kepala sendiri. Kini semua sudah hancur kerana lelaki yang syaitan itu!.

Lelaki Misteri itu hanya melihat sahaja Aqilah yang terduduk sedang menyakitkan diri sendiri. Keluluhan kecil dilepaskan. Siapa suruh gadis itu mencabar kesabaran seorang lelaki seperti dia?. Mahu apa lagi cinta sudah diberi dan semuanya dijaga dengan rapi namun Aqilah masih tidak mahukan dia. Dia bukan kejam dia hanya mencintai gadis itu dengan sepenuh jiwanya.

"Sweety! Please stop! Takyah sakitkan diri sendiri." Tegas suara dia memberi amaran. Pantang betul melihat Aqilah menyakitkan diri sendiri.
"Kauu diam syaitan! Aku jadi macam ni sebab kauuuu!! Kau mulakan dulu aku benci kauuuuu!!." Bentak Aqilah kuat hingga bergema bilik ini kerana jeritan Aqilah. Lelaki itu menarik nafasnya lalu dia pergi melangkah kearah Aqilah.

Namun terlebih dahulu Aqilah menjauhkan diri dari lelaki itu. Dia jjik dengan Lelaki Misteri ini. Namun laju tangan lelaki itu memengang bahu Aqilah. Anak mata bertikam kearah mata sayu Aqilah.

"Listen.. shhh.. aku akan bertanggung jawab dan berkahwin dengan kau! Semua sudah aku settle kan tinggal nak bawak kau dan kita bernikah." Ujar lelaki itu tenang namun tangan Aqilah ingin menampar wajah lelaki itu biar topeng diwajah lelaki itu terbuka! tetapi lantas tangan kecilnya dipegang erat dengan kuat.

"Shhh.. aku janji aku akan bersama dengan kau sampai hujung nyawa aku." Bisiknya.

Aqilah meronta-ronta. Benci dan dendam yang ada didalam diri kini.

"Aku taknak berlaki kan lelaki macam kauuuuu!."

namun riaksi lelaki itu hanya memberi senyuman yang sinis. Benar-benar gadis ini menolaknya dengan begitu kejam. Tapi tidak mengapa siapa yang mampu melawan dia? Tiada siapa. Aqilah sudah masuk dalam duninya. Maka gadis itu perlu dengannya hingga akhir nafas.

"No Sweety! Kau perlu jadi isteri aku! Dan kenali aku lagi sekali Aqilah!." Selesai berkata demikian dia bangkit dari tempat duduknya dan tangan Aqilah dilepaskan lalu dia pergi menghilang dari bilik itu. Kini hanya tinggal Aqilah seorang diri yang terkaku dan sepi. Apa maksud lelaki itu dia tidak mengerti.

Setiap hari setiap masa pasti persoalan bermain dengan soalan. Bagaimana dia mahu teruskan hidup begini? Dia benar-benar rindu akan keluarga di rumah, bagaimana mereka? Baik-baik sahaja kah? Paling yang dirindui mamanya. Puan Aminah. Dia paling rapat dengan Mamanya. Argh hati dihentak dengan rindu. Sakit. Pedih.

UWAIS dan Sazzy melangkah kearah sahabatnya. Dia sudah berjanji dengan Yan yang dia akan bertemu lelaki itu tetapi kali ini dia tidak bersendiri. Dia membawa Sazzy sekali kerana selepas sahaja berjumpa dengan Yan mereka berdua mahu membeli barang. Ini bukan dia mengada-ngada mahu membawa gadis ini tetapi disebabkan mama yang memaksanya pagi tadi. Kebetulan pula Sazzy datang dan terus dia dibawa.

Haih menyusahkan betul. Kalau tidak di sebabkan Sazzy sahabat Aqilah. adiknya dan merangkap Adik angkat dia. Terpaksalah dia membawa gadis ini sekali.

Sampai di meja makan mereka berdua terus mengambil tempat duduk dihadapan Yan. Lelaki itu menurunkan cermin mata hitamnya. Sazzy memandang lelaki itu. Sungguh indah. Dari elok matanya hingga ke hidung dan bibir yang menawan.
Boleh cair Sazzy melihat lelaki dihadapan ini. Tetapi wajahnya seperti pernah dilihat? Kenapa fikiran tiba-tiba tidak boleh mengingati siapa lelaki ini?.

"Takyah pandang macam tu boleh? Aku korek biji mata kau kang!." Tegas Amaran Uwais yang separuh berbisik hanya dia dan Sazzy sahaja mendengar.

Yan hanya tersenyum. Pasti Sazzy sudah terpikat kerana wajah tampannya. Namun riak Uwais pula jelas kelihatan cemburu. Dan sebaliknya.

MY LOVE PSYCHOWhere stories live. Discover now