BAB 16

370 18 0
                                    

AKHIRNYA mereka sampai pun di destinasi yang mahu mereka tuju. Kali ini mereka perlu menaiki kapal sendiri untuk ke negara seberang. Ini dinamakan masuk secara jalan tikus!. Aqilah tidak faham apa sedang berlaku. Adakah benar keputusan dia sekarang?. Lelaki Misteri itu kelihatan dari jauh sedang bercakap dengan seseorang. Heh pekerja dia kot. Aqilah hanya mendiamkan diri dan tidak membuat hal.

Melarikan diri pun tidak dapat semuanya dikawal dengan ketat! "Sweety, jom masuk dan jangan risau ni kapal aku!. Kita pergi sana hanya untuk berkahwin selepas itu terus balik sini!." Tangan Aqilah dipegang dan terus dia membawa Aqilah masuk kedalam Kapal yang tidaklah besar dan tidaklah kecil. Hanya muat satu keluarga yang kecil sahaja.

Katanya tadi ini kapal milik dia?, benar atau tidak. Dia pun tidak tahu. Siapa lelaki ini sebenarnya kenapa dia tidak tahu kerja lelaki itu apa. Asal dari mana. Argh satu pun dia tidak tahu. Bagaimana mahu berkahwin dengan lelaki yang semuanya tidak tahu?.

"Nanti aku akan bagitahu siapa aku, jangan risau!." Katanya dengan nada suara yang tenang namun dalam keadaan serius. Suasana didalam kapal itu sungguh menarik Minatnya. Cantik. Lengkap perbagai. Ada dapur dan ada bilik rehat dan ada beberapa kerusi untuk penumpang. Sah ini kapal khas untuk satu keluarga.

"Aku selalu naik kapal ni, kalau nak pergi thailand. Cuma dengan kau ni agak susah sikit! sebab tu aku terpaksa bawak kau pergi sana malam. Well pihak berkuasa masih tak dapat jumpa kau." Kata lelaki itu dengan lagaknya yang sombong. Dia menoleh melihat Aqilah.

"Saya kahwin dengan awak sebab nak selamatkan keluarga saya dari kena bunuh dengan lelaki orang macam awak ni!." Dingin sahaja suara Aqilah. Benci, Geram, marah. Itu yang dia rasakan. Lelaki disebelahnya hanya tertawa.
"Itu yang patut aku lakukan sebab apa? Sebab dioarang buat aku jadi macam ni! Geram aku." Suara sedikit ditekan menandakan dia sedang marah dan geram.

"Apa keluarga saya dah buat?." Marah Aqilah.
"Diorang larang aku dulu untuk jumpa kau!."

Aqilah terdiam.

Lelaki itu pejamkan mata dan dia membawa jarinya ke arah mulut seakan membuat isyarat untuk diam. penat dia memandu dari jauh hingga kesini dan biarlah dia mahu rehat sebentar dan soalan Aqilah dibiarkan sahaja pergi begitu sahaja.

SEDANG menunggu diluar ruang bilik pesakit dengan tangan yang masih terluka sana sini. Sudah dia katakan tadi kepada doctor jangan rawat dia dulu tetapi rawat sahaja orang yang dia sayang terlebih dahulu. Tangan menggigil. Takut. Mahu menangis. Apa sudah terjadi tadi sungguh tidak sengaja nasib juga dia sudah lakukan yang terbaik untuk mereka tidak terbabas jatuh ke bawah.
Cuma tempat duduk sebelah pemandu yang teruk terkena hinggakan Aqilah tidak sedarkan diri lagi.

Semuanya terjadi secara tiba-tiba, datangnya hanya untuk selamatkan gadis itu daripada diperkosa oleh Seseorang ! Tapi selepas selamatkan Aqilah tadi. Terus dia membawa Aqilah pergi namun tidak tahu mengapa kereta yang dipandu hilang kawalan hinggakan  sekelip mata mereka sudah terbabas dengan teruk. Dia tidak ada apa-apa hanya cedera ringan, cumanya Aqilah yang teruk kena.

Fikiran semakin buntu semakin takut. Apa yang terjadi tadi dia sudah terangkan semuanya kepada pihak berkuasa dan kes mereka masih dalam siasatan. Harap semunya baik-baik sahaja.

Bagaimana kalau Aqilah mati kerana dia? Bagaimana keluarganya nanti? Apa akan jadi dengan dirinya? Argh tolong jangan bising!.

Kepala semakin sakit. Jiwa semakin meronta-ronta ingin menjerit! Geram dengan diri sendiri kerana tidak mampu menjaga Aqilah dengan baik.

"Kau buat apa dengan anak aku!." Sergah Encik Faizal dengan dingin. Dia dapat panggilan dari Sazzy yang mengatakan yang Aqilah hampir diperkosa oleh seseorang namun selepas itu kelibat Aqilah tidak kelihatan. Dapat lagi panggilan yang Aqilah kemalangan membuatkan jiwa seorang ibu dan ayah rapuh. Satu per satu muncul.

MY LOVE PSYCHOWhere stories live. Discover now