BAB 19

385 22 0
                                    

"AKU Terima nikahnya Aqilah Maisara Binti Faizal dengan mas kahwin 200 ringgit tunai." Dengar sahaja air mata tidak henti jatuh membasahi pipi. Sakit dan perit yang dirasakan. Katakan sahaja ini mimpi. Ini adalah mimpi!.

"Sah?."
"Sah."

Seolah mimpi ngeri yang sememangnya ngeri untuk di hadapi!. Perasaan takut dan benci yang dirasakan. Dia sudah sah menjadi isteri seseorang. Dan orang itu adalah Tengku Rayyan Mikael Wilson. Lelaki yang dia tidak kenali dan lelaki yang psiko. Dia benci melihat lelaki itu!. 

Lelaki itu melihat kearah Aqilah. Dia tersenyum namun terlihat sinis. Elok. Berpakaian baju melayu yang lengkap berwarna putih. Seolah dia lelaki yang baik. Tapi sebenarnya tidak!. Dan dari pandangan orang disini mereka berdua seolah kekasih yang dihalang oleh orang tua dan berkahwin disini.
  Benci. Dia haramkan untuk rasa cinta untuk lelaki yang sah bergelar suaminya.

Selesai sahaja akad nikah lelaki itu solat sunat terlebih dahulu barulah dia menyarung cincin ke jemarinya. Perasaan melihat lelaki itu kosong!. Benar-benar kosong. Heh benci.

"Assalamualaikum Sweety!." Kata-kata itu ingin sahaja Aqilah ketawa. Tidak tahu mengapa merasakan lucu sahaja. Bagaimana lelaki ini boleh berubah sebegini rupa? Heh Sedangkan sebenarnya bertopengkan syaitan!.
"Puas dah? Hah." Soal Aqilah dingin namun tangis tidak henti-henti membasahi pipi. Rasa ini terlalu benci. Sesak dan ingin pergi!. Ya dia mimpikan untuk berkahwin tetapi dengan orang yang dia cintai dan bukan berkahwin dengan cara begini.

"Tak! Sebab permainannya baru bermula sekarang." Sinis kata yang diberi kepada Aqilah dan dia mencium lembut pipi Aqilah.

"Saya takkan anggap awak suami saya!." kata Aqilah lagi. Mata masih melihat wajah suami yang tidak dia inginkan itu.
"Sayangg.. please, jangan buat hal dekat sini. Ini masjid jangan buat aku marah. Jom kita perlu balik sekarang! Aku taknak orang bodoh kacau hari bahagia kita!." Tegas arahan itu diberi dan tangan Aqilah ditarik dengan kuat hingga Aqilah terpaksa lajukan langkahnya.

Begini mahu dijadikan suami? Lelaki yang panas baran lelaki yang psiko ini! Heh memang tidak layak untuk dia.

Aqilah ditolak masuk kedalam kereta dan mereka perlu lekas pulang ke malaysia. Dan dia tidak mahu terlalu lama berada disini. Malas mahu bermain dengan pihak berkuasa. Sekarang ini Aqilah sudah menjadi isterinya dan tiada sesiapa pun dapat mengambilnya. Sentuh sahaja mati jawabnya.

"Sakit tahu tak!." Marah Aqilah.
"Nampak muka aku kesah ke?." Jawab lelaki itu.
"Tolongggg sangat-sangat Aqilah! Jangan buat hal kalau kau buat hal! Aku tinggalkan kau dekat rumah dekat hutan tu berminggu-minggu kau nak?. Atau kau buat baik dengan aku dan kita duduk dekat istana mewah kita!." Ujarnya kepada Aqilah.

Aqilah menelan air liur dan dia dapat bayangkan situasi dimana dia akan di tinggalkan berminggu-minggu mungkin tanpa makan dan minum. Arghh benci!!!. "Okey fine." Malas mahu bertekak dengan lelaki itu Aqilah hanya diamkan diri. Makin dilayan makin dia seperti orang bodoh!.

Lelaki itu tersenyum. "Macam tulah isteri aku!." Ujarnya selepas itu dia mengusap lembut rambut Aqilah. Rasa bahagia.

Aqilah melihat lelaki itu dengan jelingan tajam. Oh tolonglah jangan berangan yang dia mahu aku benar menjadi isterinya. Hati ini tiada pada lelaki itu.

Mereka mulaikan perjalanan pergi ke tempat semalam dimana mereka datang dengan jalan yang dikira haram!. Dan kata Lelaki itu tadi mereka akan segera pulang ke malaysia. Namun mampukah dia jalani hidupnya di rumah hutan itu nanti?.

PUAN Aminah melihat kearah suaminya yang leka membaca surat khabar. "Abang." Tegur Puan Aminah dia berjalan kearah suaminya sambil itu dia membawa dulang air ditangan. Biasanya tengah hari begini mereka berdua akan duduk di ruang tamu. Kalau dulu setiap hari ahad pasti Aqilah bersama mereka. Rindu waktu itu.

MY LOVE PSYCHOWhere stories live. Discover now