BAB 6

647 38 0
                                    

HINGGA ke pagi dia hanya duduk sahaja diatas katil. Cahaya dari luar tingkap biliknya sudah terlihat disebalik langsir tertutup itu. Tubuh terasa lemah tersangat-sangat lemah. Mahu berjalan pun tidak larat dengan tidak makan lagi dan berjaga satu malam, disebabkan kejadian itu hidupnya mulai rasa dalam ketakutan. Apa perlu dia lakukan sekarang.
   
Jam ditelefon dilihat dan sekarang jam
menunjukkan 8 pagi.  Mesej dari Kak Idayu pun hanya dilihat sahaja, Nombor telefon Kak Idayu dicari dan dia terus mendail nombor tersebut.

"Hello Assalamualaikum kak. Aqilah masuk dalam jam 2 macam tu ya dan tolong cancel kan semua jadual Aqilah pagi ni." Pesan Aqilah kepada Kak Idayu. "Saya pening kepala sangat ni! Nak rest sekejap." Ujarnnya lagi lalu panggilan terus ditamatkan.
       Apa dah jadi sebenarnya ini? Kenapa dia terima ugutan ini? Apa salahnya?

Aqilah mencuba untuk bangun namun gagal. Kepalanya terasa berat sekali kerana semalam-malaman tidak tidur dan hanya duduk sahaja. Mata pula mulai kabur semua dilhat hanya samar-samar dan secara tiba-tiba pintu bilik tidurnya dibuka perlahan-lahan oleh seseorang.
   Aqilah mulai berdebar-debar, jangalah benda semalam terjadi lagi ketika dia sudah tidak berdaya untuk melarikan diri.

Selangkah orang itu pergi ke katil milik Aqilah. Namun Aqilah masih tidak menoleh dan hinggalah seseorang itu berdiri didepan Aqilah. Sama juga Aqilah tidak mendongak untuk melihat siapa itu. Aqilah menitiskan Air mata dan berharap itu along atau angah. Kerana lihat dari sisi bawah itu seperti lelaki dan bunyi nafas seseorang itu pun didengarnya.

    Aqilah mencuba untuk pergi namun dia gagal. Kerana sekarang badannya terlalu lemah dan dia tidak mampu untuk berdiri buat masa ini. Namun secara tiba-tiba seseorang itu menundukkan badannya hingga mata Aqilah dan seseorang itu bertentangan. Aqilah terjerit sedikit.

"Nak aku tolong ke sweety?." Dan dalam masa itu mata mereka memandang antara satu sama lain. " Aaaaaaaaa." Jeritnya sekuat hati namun lelaki itu pantas menutup mulut Aqilah menggunakan kain.

"Hye my sweety hahahahah." Aqilah meronta-ronta ingin dilepaskan namun tenaga lelaki itu lebih kuat berbanding dia hinggalah dunia terlihat GELAP.

JAM sudah menunjukkan jam 2 petang namun kelibat Cik Aqilah belum kelihatan Lagi. Sudahlah Cik Aqilah akan berjumpa dengan beberapa client petang ini. Semua jadual pagi tadi ditukarkan ke petang ini. Kak Idayu mencuba lagi mendail number Telefon bosnya. Namun hampa hampir 20 kali asyik Missed call sahaja. Aduh macam mana ni?
   Kamal yang melihat Kak Idayu yang kelihatan gelisah itu. lantas pergi  mendekati Kak Idayu.

"Asal kak ayu?." Soal Kamal.
"Cik Aqilah belum sampai lagi dari tadi aku call asyik masuk voice mail sahaja." Luah Kak Idayu.

  "Maybe phone habis battery kot. Tunggu sahajalah nanti." Ujar Kamal dan Kak Idayu hanya angguk sahaja.

  "Mal pergi buat kerja dulu la kak."

"Ya mal." Dan Kamal pun berlalu pergi. Namun Kak Idayu mengharapkan tiada apa-apa berlaku kerana pagi tadi Cik Aqilah memberi tahunya yang dia kurang sihat.

  PERLAHAN-LAHAN mata terbuka namun hanya samar-samar sahaja. Tangan diangkat menutup sedikit lampu yang tertumpu kearahnya.
    Dekat mana aku ni? kenapa ni macam bukan rumah aku?. 

Kepala pula semakin pening dan tenaga didalam badan memang tidak dapat dikatakan lagi sungguh lemah. mata melihat sekitar bilik  kosong ini yang bertemankan satu lampu. Itu pun kelihatan malap sekali.

MY LOVE PSYCHOWhere stories live. Discover now