BAB 15

403 22 0
                                    

AQILAH membuka matanya perlahan-lahan, lantas digosok sedikit lalu dia melihat ke sebelah kanan cermin kereta. Sepanjang perjalanan yang mengambil masa berjam-jam sempat juga dia tidur untuk beberapa kali. Kesejukkan mulai dirasa kerana hujan di luar sangat lebat. Mata tidak teralih pun dari melihat keluar. Hati yang gundah terasa sedikit tenang.

   Apa yang perlu dia lakukan sekarang? Antara mati atau cinta lelaki itu terhadapnya?. Dia tidak mahu sesiapa terlibat biarlah diri sendiri di seksa. Tetapi bukan keluarganya. Perasaan rindu dan sakit dirasai. Dia benci perasaan ini dimana dia sedang berjauhan dari keluarga.

Bukan kerana berjauhan sedang bercuti tetapi kerana dia sedang diculik oleh seorang Lelaki Misteri yang mencintai dia. Argh benarkah keputusan itu? apa sedang dia lakukan sekarang?. Benar-benar sedang membunuh diri sendiri.

"Sweety! Kau lapar ke? kita ada sejam lagi nak sampai, aku ada bawa roti untuk kau." Suara orang sebelah memecahkan suasana sepi itu. Kepala Aqilah melihat kearah Lelaki yang berada di sebelahnya. Satu huluran sebungkus roti yang diambil dari belakang diberi kepada Aqilah. Namun pandangan yang diberi Aqilah hanya kosong.

Diam.

Anak mata berwarna biru lelaki itu ditenung dengan pandangan yang kosong dan tiada perasaan. Dia mahu tahu siapa lelaki disebalik mask itu. Kadang-kala lelaki itu hanya menggunakan mask kadang-kala menggunakan topeng kain. Argh tidak faham. Kenapa lelaki itu perlu berselindung disebalik semua itu. Lelaki itu sudah pun dapat menculik dia hingga...

Mata dipejam dapat dia terbayang kejadian tempoh hari. Terasa jijik dengan diri sendiri dan bila melihat wajah lelaki itu semakin jijik dan bertambah benci.

Kesucian seorang wanita yang dijaga hanya untuk seorang suami yang sah. Musnah kerana lelaki yang berada di sebelahnya kini.  "Makan nah, aku kan dah janji. Sekiranya nanti kau sah akan menjadi isteri aku. Aku jaga kau macam bidadari. Kecuali kau buat kerja gila. Itu baru aku menjadi gila." Terselit amaran yang diberi. Aqilah menelan air liur terasa pahit ingin ditelan. Kata-kata keluar dari mulut lelaki durjana seperti itu memang tidak layak untuk didengari.

Huluran yang lama dibiar lalu disambut laju oleh Aqilah. Cap hoodie diturunkan kebelakang. Rambut yang sedikit serabai, di atur hingga kemas lalu plastik roti tadi dibuka dengan kemas. Dan dia menyuapkan kedalam mulut. namun mata melihat lelaki yang berada di sebelahnya itu.

"Awak nak ke?." Soal Aqilah tiada perasaan, saja mahu bertanya. Lelaki itu tertawa.

"Kau nak tengok muka aku sebenarnya kan?." Usik Lelaki Misteri itu sambil tersisa tawa. Aqilah membuat muka menyampah.

"Tak kuasa saya."

"Kau jangan risau bakal suami kau ni dah tercukup
Kacak untuk menjadi suami kau nanti." Ucapnya dengan bangga. Aqilah pula semakin menyampah. Hanya kosong yang dia rasakan.

Kacak mana pun kalau perangai seperti durjana memang layak di pejak. Mata dijuling ke atas. Namun lelaki itu menurunkan masknya dan melihat kearah Aqilah.

Aqilah tergamam. hidung yang tinggi elok, mancung. mata yang membiru cantik. Senyuman yang manis dihadiahkan. Wajah tidak kearah melayu. Siapa lelaki ini? Kenapa hati mulai berdegup kuat?.

"Nak sikit boleh?." Mintanya hingga melepaskan tawa sedikit.

Ingatan mulai terimbas. Kenapa wajah lelaki ini seakan pernah dia lihat?. Siapa dia?.

"Hmm nakkk." Rengeknya. Aqilah masih terdiam ke dalam dunia sendiri. Secara tiba-tiba jari lelaki itu mencuit hidungnya. Aqilah memukul tangan lelaki itu. "Jangan risau. Anak kita nanti kacak-kacak macam aku. Dan cantik-cantik macam engkau." Ujarnya dengan nada gurau. Aqilah malas mahu melayan orang 'gila' di sebelahnya. Laju mata ditutupkan.

Persoalannya siapa Lelaki Misteri ini? Kenapa baru sekarang mahu menunjukkan wajahnya?. Fikiran semakin mahu tahu siapa lelaki di sebelahnya. Adakah lelaki itu sememangnya pernah wujud di hidupnya masa lampau?. Hati bermain peranan semakin lama dia berdiam semakin rancak berdebar-debar. Apa sudah jadi!.

HARI berganti hari Aqilah hanya merasakan kekosongan di dalam hidup. Yang kini hanya terduduk di atas katil. wayar disana sini. Setiap sejam pasti akan ada doctor masuk untuk melihat keadaannya yang kini semakin hari semakin pulih namun satu sahaja. Ingatan nya masih belum kembali. Kali terakhir yang dia ingat adalah dua tahun yang lalu bangun sahaja dari koma yang dikatakan oleh keluargnya. Dia sudah tidak mengingati apa-apa. Bila di tanya sekarang tahun berapa. Mereka lantas berkata tahun 2016.

Maknanya memori lepas dia sudah tidak lagi ingat dan hanya memori dua tahun kebelakang sahaja dia ingat. Ada juga sesuatu perkara dia tidak ingat dan ada juga ambil masa untuk ingat sedikit.
Namun dia pelik kenapa pihak polis datang kepadanya tempoh hari dan menyoalkan beberapa perkara yang dia sendiri tidak tahu. Kejadian apa yang telah berlaku?.

"Apa sudah jadi ni?." Soal Aqilah sendiri.

Mata dipejam dan nafas di ambil lalu perlahan-lahan di lepaskan. Jiwa kembali kosong dan satu ingatan pun dia tidak dapat ingat. Sememangnya dia lost memory dan tidak tahu bila akan semuanya ingat kembali.

Seperti ada sesuatu yang dia mahu ingatkan kembali namun tidak ada satu pun terlintas. Cuma ada beberapa kali dia termimpi benda yang sama. Dimana dia sedang duduk disebelah seseorang dan mereka kemalangan dengan begitu teruk.
Argh mimpi apa itu?. Adakah kejadian itu yang membuatkan dia menjadi begini?

Pintu bilik Aqilah dibuka oleh seorang wanita tua yang tidak dia kenali. Wajahnya cantik tidak seperti orang melayu. Hidung yang mancung, mata yang membiru dan kulit pula sememangnya putih dan senyuman manis diukir menambahkan lagi manis di wajah orang tua itu.

"Assalamualaikum, Aqilah Maisara." Sapaan sopan wanita tua itu membuatkan Aqilah tersentak sedikit. Bagaimana wanita itu tahu siapa dia?.

"Waalaikumusalam, maaf Aunty siapa?." Soal Aqilah kembali. Wanita itu berjalan menghampiri katilnya dan dia melihat kearah kerusi kosong yang berada disebelah katil Aqilah. Dia memberi isyarat seolah dia meminta untuk duduk disitu dan Aqilah mengangguk tanda ya. Lantas wanita itu menarik kerusinya dan duduk di samping Aqilah.

"Dulu kamu kenal siapa Aunty, tidak mengapa. Aunty faham keadaan kamu sekarang." Kata-kata Aunty itu membuatkan Aqilah semakin pening mahu memikirkan. Apa yang dia sedang kata kan?. Satu memori tentang wanita tua ini pun dia tidak ingat. "Aunty, Aishah Guaztinez wilson. Panggil sahaja Aunty Aishah." Tutur wanita tua itu dengan sopan. Dia tersenyum manis.

Aqilah memandang sepi dia hanya mampu membalas senyuman itu sahaja. Ada rasa kesal. Kerana tidak dapat mengingati sesiapa pun buat masa kini. Siapa pula wanita tua ini?. gaya dari segi nama, pasti orangnya ada kacukan dengan wajah tidak kearah melayu.
    "Aunty datang kerana seseorang. Dia mintak tolong Aunty bagi ni." Satu bag kertas diberi kepada Aqilah. Dengan teragak-agak Aqilah untuk mengambil, Apa pula ini?. Soalnya didalam hati.

Kotak kecil itu dilihat, cantik. Dengan terhias corakkan bunga disekitar kotak yang berwarna keemasan. Dia membuka untuk melihat isi didalam. Aqilah tergamam. Dia memandang wanita tua di sebelahnya itu. "Ambillah. Seseorang tu yang bagi." Lembut tuturnya. Dan Aqilah mengeluarkan seutas gelang yang cantik terhias dengan namanya. 'Maisara' kelihatan gelang itu agak mahal dengan dihias batu-batu mutiara yang kecil disekellingnya. Dan dia pasti tahu harga itu memecah ribuan ringgit.

"Mahal ni Aunty. Kenapa orang tu nak bagi dekat Aqilah?, Nah Aqilah tak kenal dia dan Aqilah taknak." Aqilah menolak pemberian hadiah yang diberi oleh seseorang itu. Namun lantas kotak itu di tolak kearah nya kembali. "Ambil sayang, jangan biarkan dia kecewa bila dapat tahu tentang ni, dia kenal Aqilah dan dulu pun Aqilah kenal dia. Maka ambillah." Pujuk Aunty Aishah. Satu per satu persoalan muncul kembali membuatkan Aqilah tidak faham apa yang terjadi.

"Siapa orang ni Aunty? Dan siapa pulak Aunty?."

Wanita tua itu tersenyum. Tangan Aqilah dipegang dengan lembut, dapat dirasakan perasaan mulai sesuatu yang tidak dapat dia katakan.

"Dia cakap, suatu hari nanti dia akan muncul balik dan betulkan semua yang telah terjadi. Aqilah tunggu ya saat itu tiba."

MY LOVE PSYCHOWhere stories live. Discover now