BAB 9

411 22 0
                                    

Ps : mintak izin pinjam gambar untuk jadikan sebagai gambaran.
Credit gambar : pinterest 🫶🏻

-

Uwais melihat jam di tangannya. Berapa lama lagi masa harus dia ambil untuk menunggu seorang perempuan?. Lama betul sudahlah hampir jam 5 petang nanti jika hanya mereka berdua sahaja di rumah Aqilah lain pula jadi. Bukan tidak mahu pergi pagi tadi cuma kerana kesibukkan mengurus syarikat keluarga mereka. Kesedihan kehilangan seseorang Adik perempuan sangat terkesan hingga hampir tidak fokus dengan kerja. Semua benda harus di lakukan sendiri.

Banyak benda dia perlu uruskan, waktu pagi mengurus syarikat dan tengah hari pula mengiikut pihak polis mencari Adiknya. Usaha seorang abang tidak pernah putus-putus. Qayyum pula sibuk mengurus beberapa kerja yang tertangguh bersama Encik Faizal. Dan Puan Aminah masih lagi menunggu khabar berita yang baik mengenai anak perempuannya.

Ini kalau bukan kerana mahu bersama-sama mengemas rumah Adiknya. Memang tidaklah dia mahu menjemput kawan kepada Aqilah itu. Ini pun di sebabkan mama yang menyuruh membawa Sazzy sekali. Katanya Qayyum tidak dapat mengiikut dia kesana. Kerana tidak mahu membuat mama semakin bersedih dia terpaksa berkata "Ya"

Setelah beberapa minit matanya melihat figura  seorang gadis yang berlari laju menuju kearah keretanya. Pintu dibuka dan Sazzy mengambil tempat duduk disebelah Uwais. Perasaan bersalah pula muncul. Kerana membiarkan Lelaki itu menunggunya lama.

"Asal kau lama?." Soal Uwais dingin. Sazzy menelan air liur. "Abang hm abang tak cakap nak bawa saya! Saya baru sahaja habis kemas rumah." Jawab Sazzy tergagap-gagap.
Mahunya tidak seperti pelarian dia pergi bersiap. Tiada khabar tahu-tahu lelaki itu sudah ada di depan rumahnya.

"Alasan! Sekarang kau kena ikut aku! Aku nak pergi rumah Aqilah."

Tidak memberi alasan salah diberi alasan salah. Itulah Uwais!.

"Ya." Jawabnya ringkas, Malas mahu bertengkar.

Hati pula asyik memikirkan Aqilah sahabat baiknya. Ke manalah dia menghilang satu kesan pun tiada dijumpai. Kehilangannya semakin menjadi misteri.

Kereta dipandu oleh Uwais laju bergerak atas jalan raya dan kini mereka sedang menuju ke jalan rumah Aqilah. Mereka mahu melihat keadaan dirumah terus membersih rumah itu dan juga mahu melihat  barang-barang penting Aqilah masih ada atau tidak. Sudah hampir sebulan tiada khabar tentang adiknya. Polis masih lagi jalankan tugas mereka. hanya doa yang di pohon agar adiknya sentiasa baik-baik sahaja.

AQILAH berjalan ke kiri dan ke kanan dan masih memikirkan cara untuk pergi dari sini. Semakin lama semakin kejam perbuatan lelaki Misteri itu semakin dia melawan semakin itu lelaki itu menyeksa dirinya. Sekarang dia sedang bermain permainan dimana dia perlu ikut sahaja kata Lelaki Misteri itu agar dia dapat pergi dari neraka jahanam ini.

"Aqilah?." Soal Lelaki Misteri itu yang dari tadi melihat Aqilah yang tidak senang duduk.
"Er oh hye." Tegur Aqilah. Beranikan diri Aqilah kau dapat mainkan Lelaki ini.

Aqilah masih dengan riak tenang, dia tidak perlu menangis selalu dia perlu kuat untuk menghadapi segala yang terjadi. Hanya diri sendiri kekuatan yang dia ada sekarang.

Lelaki itu menghampiri Aqilah dan satu plastik di baling kearah Aqilah. "Aku nak kau mandi! Aku tahu kau tak selesa." Ujar nya baik. Aqilah membuat muka tidak percaya. Plastik di campak tadi diambil. Didalam plastik itu legkap segala yang ada. Aqilah tersenyum.

Baik jugak mamat ni. "Kau mandi aku teman." Senyuman Aqilah mati. Dia tidak kisah jika diberi mandi tapi perlukah Lelaki Misteri itu teman kan dia mandi?. "Asal kau takut ke? Hm." Suaranya bertukar tone satu langkah dia ke depan satu langkah Aqilah kebelakang.

MY LOVE PSYCHOWhere stories live. Discover now