2016
Tidak sabar mahu bertemu buah hatinya. mereka sudah berjanji mahu bertemu di kafe sebentar nanti, Hati pula sudah berbunga-bunga namun ada debarnya. "Hmm tak sabarnyaa!!!." Suasana tengah hari itu cukup indah seperti apa yang dia rasakan sekarang ini, iaitu cukup indah! kerana tidak lama lagi dia akan bertemu dengan kekasih hatinya. "Excited aaa." Terus kaki melangkah menuju ke arah kafe . Buku ditangan dipegang dengan kemas. maklumlah baru sahaja balik daripada kelas langsung pergi ke kafe hinggakan Sazzy pun dia tak kisah dah, kesian member baru mahu makan bersama namun dia terpaksa menolak disebabkan kekasih hatinya.
Sesampai di Kafe mata terus melihat disekeliling untuk mencari Kekasih hati. Sudahlah ramai pelajar beratur mahu masuk ke dalam kafe. Ada yang sudah duduk dimeja masing-masing bersama kawan-kawan. Gelak tawa meriahkan suasana disitu.
Sedang dia mencari buah hatinya tiba-tiba sahaja bahunya dilanggar tanpa sengaja membuatkan dia hampir sahaja jatuh namun sempat dipegang oleh seseorang. "Ish tak nampak orang ke? Buta ke apa?." Pekik Aqilah kuat hinggakan semua mata pelajar disitu melihat kearah dia dan seorang lelaki yang melanggarnya tadi. "You okey?." Soal lelaki itu cemas sambil tangan masih memengang lengan Aqilah kemas.
"You tanya i okey? Hello kalau i jatuh lepastu terkena meja ni macam mana?." Kata Aqilah sedikit over. Siapa sahaja yang tidak kenal Aqilah Maisara anak Encik Faizal yang sedikit belagak dan sombong itu. Pelajar disitu membuat muka, satu kata diberi iaitu menyampah.
Ada yang berkata "over betul perempuan tu." Dia mendengar namun dibiarkan kata-kata pelajar yang dengki dengan dirinya. Biasalah budak famous macam dia memang ada yang dengki punya.
Lelaki itu hanya tersenyum sahaja melihat bebelan Aqilah, makin panaslah hati Aqilah apabila dia melihat lelaki itu hanya tersenyum sahaja. "You cute lah bila membebel macam ni." Kata lelaki itu spontan sambil tertawa, senyuman lelaki itu sungguh manis dan terlihat ada lesung pipit di pipi kanan dan kirinya. Namun semua itu tidak menarik minat Aqilah sekalipun."Gila ke apa?." Marah Aqilah, kalau boleh buku yang berada ditanganya kini mahu sahaja dia hentak dikepala lelaki dihadapannya kini.
"Tak gila! but ya you look so cute bila you marah." Puji lelaki itu lagi sambil tersenyum bak gula yang terlalu manis. Naik geram Aqilah mahu muntah pabila lelaki itu memujinya.
"Hyee sayang kenapa ni?." Soal Lelaki yang baru sahaja datang kearah mereka berdua dan terus memeluk Aqilah lalu menghadap kearah lelaki yang berhadapan dengan Aqilah.
"Who?." Soal Khalif dengan wajah yang tegang. Heh nasib kaulah bertemu dengan Khalif!
"I'm sorry, bro. aku terlanggar dia but yeaa Maisara nampak comel pulak bila marah." Puji lelaki itu berani mati. Terbeliak mata Khalif pabila lelaki itu memuji kekasihnya. Siapa saja tidak marah jika ada yang lelaki lain puji kekasih hati kita, sudahlah memanggil Aqilah dengan nama "Maisara" dia pun tidak pernah memanggil Aqilah dengan nama itu.
"You siapa nak panggil nama i Maisara?? Kenal pun tidak." Marah Aqilah, suka hati mak bapak dia je panggil aku Maisara!. Ada kena hempuk kejap lagi kang! Nasib Ada Khalif buah hatinya. "I memang bukan siapa-siapa tapi i rasa suatu hari nanti i boleh jadi orang yang paling penting untuk you hahaha." Sempat lelaki itu membuat lawak bodohnya, lalu kenyitkan matanya kearah Aqilah dan bertukar senyuman sinis kearah Khalif! Makin itu membuatkan Khalif semakin geram dengan tingkah laku berani mati lelaki itu."Kau kenapa hah!." Marah Khalif kolar baju lelaki itu dipegang dengan kuat. Geram sungguh pabila lelaki itu seakan mahu mengorat Aqilah. Macam dia kayu pulak depan ni. "Waa chill bro.. kau tak cukup tinggilah nak pegang kolar baju aku ni." Sindir Lelaki itu. Tangan Khalif ditepis dengan kuat. Orang ramai sudah memerhati pergaduhan antara Khalif dan lelaki itu. Aqilah ada sedikit risau dan ada juga rasa geram dengan lelaki itu.
![](https://img.wattpad.com/cover/271221769-288-k248937.jpg)
YOU ARE READING
MY LOVE PSYCHO
RomansaCinta atau mati? Hidup seorang yang bernama Aqilah Maisara mulai tidak aman selepas selalu diganggu oleh seseorang. "Aku sayang kau." - Lelaki Misteri "Apa benda semua ni!!." - Aqilah Maisara Hidup mulai dalam ketakutan. Yang dulunya ceria kini b...