BAB 23

337 21 2
                                    

MATA perlahan-lahan dibuka terasa wajahnya sedang ditiup oleh seseorang. "Morning My Sweety." Ucap seseorang dengan suara yang serak-serak basah. "Aaaaaa." Tidak tahu mengapa Aqilah memilih untuk menjerit dan tanpa sengaja dia telah menolak tubuh suaminya.
"Kau apahal!!!." Soal Rayyan tidak puas hati. Wajahnya yang manis tadi bertukar dingin. Dia menjeling tajam kearah Aqilah.

"Apa awak dah buat hah?." Soal Aqilah kembali dan terus melihat pada tubuhnya. Err apa sedang berlaku? jangan-jangan. Arghhhh.
"Kau isteri aku suami! Dah bangun mandi, lepastu kita solat subuh sama-sama." Kata Rayyan yang sudah lengkap dengan pakaian. Aqilah tersentak.

'Solat sama? tahu pulak bab macam ni.' Kata Aqilah didalam hati. Tetapi dia merasakan senang. Sudah lama dia tinggalkan solat. Alhamdulillah sekarang dia dapat juga tunaikan kewajiban itu.

"Asal kau ingat aku ni ahli neraka? Yang tak reti nak solat? Cepat bangun! Nanti ada yang tak solat subuh ni nanti." Ujarnya dingin tetapi dalam dinginnya tetap tidak lari dari usikkan.
"Saya tak cakap macam tu ya! err." Aqilah tidak tahu mahu cakap bagaimana dengan suaminya ini. Pipi merasa membahang. "Awak keluar sekejap boleh?." Suruh Aqilah dia tersengih sedikit.

"Aku suami kau! Tak payah malu sangatlah!." Makin kuat usikkan Rayyan buatkan Aqilah menahan geram. "Cepat saya nak mandi nak solat ni." Arah Aqilah lagi. Geram pulak dapat suami yang separuh normal separuh gila ni!.

"Thanks untuk semalam bye aku tunggu dekat luar." Makin membulat mata Aqilah memandang suaminya yang selamba badak keluar dari bilik mereka. "Malunyaaaaaa." Kata Aqilah dan dengn laju dia terus berlari anak kearah tandas mereka.

SELESAI menunaikan solat subuh Aqilah tanpa sedar mengalirkan airmatanya. Dia benar-benar rindukan keluarganya, apalah yang mereka lakukan sekarang ya?. "Sweety!. Kau jangan menangis kan aku benci tengok kau menangis!." Tegur Rayyan lembut dan air mata isterinya di lap menggunakan tangan. "Saya rindu keluarga saya." Luah Aqilah semakin deras airmatanya mengalir.

"Hmm, Kau tak pernah faham aku kan?." Aqilah terdiam dia tidak mengerti apa dimaksudkan suaminya. "Aku jadi macam ni sebab keluarga kau! diorang tuduh aku buat kau macam ni! Padahal orang lain yang dalang sebenarnya." Suara nya tidak dingin tidak juga lembut hanya kedengaran seperti lelah dengan segala yang terjadi.

"Kau beri aku semangat? Biar aku dapat hadap semuanya. Janji dengan aku yang kau akan sentiasa dengan aku walaupun suatu hari nanti aku takda dengan kau?." Kata Rayyan secara tiba-tiba dan jiwa Aqilah dipermainkan lagi dengan banyak kekeliruan dan persoalan. Bagaimana dia mahu memberi semangat kepada lelaki yang sudah menculik dia dan menyeksa dia seperti tiada hari esok.

"Saya tak faham." Keluh Aqilah.
"Janji dengan aku." Pinta Rayyan lagi.
"Arr aa yaa yaa janji-janji." Aqilah lantas menjawab walaupun dia tidak mengerti dari kata-kata Rayyan itu. "Good! Jom buat breakfast! Aku nak tunjuk dapur kita dekat kau." Ajak Rayyan kembali ceria. Aqilah pula terpinga-pinga melihat perangai suaminya yang berubah dari side evil.

Aqilah terus membuka telekung yang tersarung di badannya dan sejadah dilipat ketepi. "Arr sekejap." Aqilah terus mengiikut langkah suaminya.

"Kau pandai masak kan? Aku nak kau masak makanan yang aku suka." Pinta Rayyan.
"Eh saya tak tahu makanan apa yang awak suka." Jawab Aqilah. Masak itu tidaklah pandai sangat tetapi bolehlah untuk diri sendiri tetapi kali ini pula untuk suami?. Nak masak apa? sudahlah mahu masak makanan kesukaan dia! Manalah tahu dia suka apa!.

"Auchh!." Tanpa sedar dia telah melanggar belakang badan suaminya.
"Lain kali kalau jalan tu tengok depan." Sindir suaminya sinis. "Ish yang awak tu berhenti tiba-tiba kenapa?." Soal Aqilah geram.

MY LOVE PSYCHOWhere stories live. Discover now