PERJALANAN yang mengambil masa dari tengah hari hingga ke lewat malam. Aqilah mengeluh lelah.
"Dah macam pelarian!." Dengus Aqilah. Penat asyik kesana dan kesini. Haih mana pulak lelaki ni tadi? Bukan main cakap tunggu sekejap tapi batang hidung pun tak nampak.Mereka yang baru sahaja tiba di malaysi tadi terus menyambung lagi perjalanan dan semestinya perjalanan mereka mengambil masa yang lama. Mata pula semakin mengantuk. Haih kemana sebenarnya mereka mahu pergi ini?.
Kawasan ini agak jauh dari pada bandar. Dia pun tidak tahu kemana sebenarnya mereka harus pergi, Aqilah merenung kearah kedai kecil yang hanya kedai itu sahaja buka pada jam 10 malam. Ish dekat mana sebenarnya mereka ni?.
Sedang leka melihat kearah kedai itu tanpa sedar pintu kereta disebelah pemandu dibuka oleh Rayyan. "Nah makan!." Huluran plastik diberi kepada Aqilah. "Hm terima kasih." Aqilah malas mahu bermain kata baik dia terima sahaja nanti tidak pasal-pasal gaduh malam-malam ni.
"Kita nak kemana?." Soal Aqilah berani. Bukan apa dia bertanya kerana kawasan ini bukan tempat dimana dia dikurung dulu. Ish bila teringat kembali kawasan hutan itu Aqilah rasa seperti mimpi ngeri! Tidak mahu dia kembali lagi kesana terseksa jiwa!. Hari-hari tertekan dengan sikap Lelaki Misteri ini merangkap suaminya yang sah!.
Cerita pasal itu tidak sangka lelaki ini memang benar sudah sah menjadi suaminya! Mahh tak mahu kena terima, semua keputusan di tangannya dahulu. Mahu melawan atau menolak nanti di ugut mati. Bagaimana mahu hidup dengan senang jika setiap hari jiwanya ditekan dengan sikap Psiko lelaki itu.
"Pergi rumah kita." Singkat sahaja jawapan Rayyan. Aqilah hanya anggukkan sahaja.
Lelaki ini mampukah menyara hidupnya selepas ini?. Kalau dia anak Aunty Aishah merangkap ibu mentua dia tapi betul ke anak Aunty Aishah? Atau hanya wajah sahaja kebetulan sama? "Owh." Aqilah terus mendiamkan diri."kau sabarlah! Tak lama lagi sampai aku tahu kau penat. Takpa nanti kita berdua tidur ya Sweety!." Kata-kata itu membuatkan suasana menjadi seram. Argh. Apa pula dia mahu buat?.
"Asal takut? Heh aku ni suami kau Aqilah now kita bernikah!. so Halal Mood lah!. Tak payahlah nak jijik sangat. Tubuh kau tu aku dah rasa." Ejek Rayyan dia tersenyum puas. Aqilah tetap mendiamkan diri.
Namun hatinya terguris kerana kata-kata itu seolah menikamnya. Lelaki itu yang buatkan dia merasakan jijik. Lelaki itu sentuh dia tanpa ikatan yang sah pada masa itu dan dalam paksaan, Apa yang dia mampu lakukan dengan keadaan yang lemah.
Jika masa boleh di putarkan kembali pasti dia mahu betulkan kembali. Ya dia tahu di tidak sempurna dari segi agama tapi dia masih tahu halal dan haram dalam islam dan dia tidak bodoh untuk semua itu.
Allah, betapa berdosanya dirinya."Saya nak tidur dulu, nanti awak kejutkan saya." Kata Aqilah. Malas dia mahu melayan perangai kurang ajar suaminya itu. Mata dipejam namun pipi merasakan panas. Dia tahu dia sedang menahan rasa sakit yang sedang dia alami. Betapa perihnya rasa untuk ditelan. Mengapa semua terjadi?.
Aqilah biarkan airmatanya jatuh namun mata tetap dipejam. Pergilah jangan biarkan rasa sakit ini terus berterusan. Tolong pergi.
HARI demi hari Aqilah selalu bertemu dengan Aunty Aishah. Mereka bertukar cerita malah selalu juga Aqilah pergi ke rumah Aunty Aishah. Keluarga mereka melayan Aqilah dengan baik sekali.
Hari ini Aqilah menemani Aunty Aishah di rumah memandangkan semua orang pergi ke kerja dan dia pula tiada apa mahu dilakukan. Kebetulan juga Aunty Aishah menyuruhnya ke rumah.Maka dia pun terus meminta izin dengan orang tuanya lalu pergi ke rumah Aunty Aishah. Harini dia belajar memasak dengan Aunty Aishah. Makanan kegemaran anak sulungnya. Aqilah pun tidak tahu siapa anak sulung Aunty Aishah. Sering kali ditanya namun Aunty Aishah tetap berkata "Nanti Aqilah akan tahu siapa dia." lama kelamaan dia malas lagi mahu bertanya.
Nanti ada saja orang cakap dia mahu tergila-gilakan anak orang kaya. Heh dia pun tidak hingin!. "Wah dah pandai ya masak makanan kegemaran anak Aunty!. Nanti mesti dia suka sangat." Puji Aunty Aishah. Mahunya tersipu malu dia mendengar pujian dari Aunty Aishah. Haih kembang hidung!.
"Eh biasa sahaja Aunty. Ni pun Aunty yang ajarkan Qilah, kita ikut sahaja hehehe." Balas Aqilah. Sememangnya dia tidak tahu sangat bab memasak ni semenjak mengenali Aunty Aishah. Selalu dia ke dapur, Ada baiknya jugak dapatlah belajar mana tahu sudah berkahwin nanti tidaklah suami makan diluar. Ehh.
" Mama!." Panggil seseorang lantas kedua-dua mereka melihat kearah orang punya suara. Aqilah melihat wajah lelaki itu. Dan mengukirkan senyuman yang cukup manis. Jadi ini anak Aunty Aishah?. "Hi my son!." Jawab Aunty Aishah. Dia memeluk tubuh lelaki itu dan seolah bertanya kepada ibunya siapa dia.
"Owh ni Aqilah, yang mama selalu cerita dekat Adyan tu." Kenal Aunty Aishah. Semakin malu Aqilah rasakan pabila Aunty Aishah kenalkan dia kepada anak bujangnya. Bapak hensem! Amboi sempat kau Aqilah!.
"Owh Hi saya Adyan Mikael." Ujar lelaki itu ramah.
"Aqilah Maisara. Panggil Qilah." Balas Aqilah kembali lalu dia tundukkan wajahnya kebawah.Malu! Kacak sungguh anak Aunty Aishah ini namun matanya tidak pula berwarna biru seperti Aunty Aishah tetapi wajahnya cukup tampan. lebih kepada melayu tapi wajahnya tidak payah cakap tetap nampak kacak.
"Ni anak bongsu Aunty!." Kata Aunty Aishah lagi. Faham maknanya bukan lelaki ini lah yang dia ingin tahu itu? Tidak mengapalah tetap jugak kacak anak Aunty Aishah!. Malu.
"Mama i selalu cerita tentang you dekat kitaorang." Adyan membuka bicara. Aqilah merasakan pipinya seperti membahang. Selalu cerita? Maknanya semua tentang dia satu keluarga ini tahu?. Ish malulah!.
"Dia cakap you cantik. And yah you memang cantik!." Puji Adyan. Dia tidak menafikan yang Aqilah sememangnya cantik dari mukanya yang nampak ayu manis. Walaupun muka melayu tetapi wajahnya sedap mata memandang.
"Eh malu pulak." Aqilah tersengih sendiri."Memang betul you cantik! Kan mama."
Aunty Aishah terus mengangguk tanda setuju. Makinlah membuatkan Aqilah tersipu malu.
Boleh cair dia kalau duduk lama-lama dekat dalam rumah ni. Anak dengan mak sama sahaja suka memuji dia. Tapi kenapa hati ini ingin tahu siapa anak sulung Aunty Aishah?. Pasti kacak juga kan?."See my mom pun cakap benda sama. Er sorrylah i lebih-lebih pulak!." Kata Adyan. Takut sekiranya Aqilah kata dia melebihan pulak. Niatnya hanya mengatakan yang benar.
"Eh takpa! Saya okey sahaja." Balas Aqilah. Dia menunjukkan riaksi yang dia tidak apa-apa."Kalau macam tu lega i dengar. Eh Ma, Aqilah. Ad pergi naik atas dulu nak mandi nanti kita jumpa lagi ya." Pamit Adyan sambil tersenyum. Mereka berdua hanya membalas dengan mengangguk sahaja.
Adyan membawa diri ke tingkat atas tidak selesa pula bila tidak membersihkan diri. Perkenalan dengan Aqilah tadi buatkan dia tersenyum melihat tingkah laku dia.
Langkah laju menuju kearah biliknya namun tiba-tiba ada seseorang sedang melihat kearahnya dengan wajah yang masam dan dingin. Adyan tersentak.
"Tak payah nak senyum sangat Ad! Aku tak suka."
Adyan melihat kearah suara yang dingin dan tidak puas hati datang dari lelaki itu. anak matanya menusuk tepat kedalam matanya.
"Aku dengar apa yang kau cakap dekat bawah tadi! Tak payah nak puji dia sangat!." Marahnya. Mereka
masih melihat antara satu sama lain. Adyan tertawa. Haih perangai cemburu buta lelaki ini tidak pernah berubah."Ke tepi aku nak masuk bilik. By the way! Kau punya girlfriend tu ada dekat bawah! Pergilah." Balas Adyan sambil menunjukkan senyuman sinis kearah abangnya. Lelaki itu sering kali mencari gaduh dengannya. Sudahlah gila!. Ada hati mahu mencintai seorang wanita yang normal.
Menyusahkan adalah!
"Jangan main api dengan aku Adyan Mikael!!!!."
JANGAN LUPA VOTE!. Maaf kalau ada sebarang ayat yg tidak betul ejaan ke apa. InshaAllah akan dibetulkan nanti.
YOU ARE READING
MY LOVE PSYCHO
RomansaCinta atau mati? Hidup seorang yang bernama Aqilah Maisara mulai tidak aman selepas selalu diganggu oleh seseorang. "Aku sayang kau." - Lelaki Misteri "Apa benda semua ni!!." - Aqilah Maisara Hidup mulai dalam ketakutan. Yang dulunya ceria kini b...