BAB 4

570 36 0
                                    

2016

Sazzy melihat Aqilah menyimpan surat-surat itu kedalam satu kotak lalu diletaknya dibawah katil. "Eh surat semalam kau dah baca ke?." Soal Sazzy ingin tahu. Aqilah menoleh kearah sazzy yang sedang mengeringkan rambutnya menggunakan tuala. "Tak!." Jawab Aqilah ringkas. Sazzy mengerutkan dahinya "erkk tak baca? Meh sini aku baca." Ujar Sazzy yang sudah melangkah kearah Aqilah sambil tangannya dihulur kearah Aqilah seolah-olah dia mahu surat itu. Lantas Aqilah menepis tangan Sazzy. Amboi nak baca surat orang pulak!.

"Eh takyah biar saja surat tu, aku dah ada khalif buat apa nak baca surat dari lelaki lain?." Kata Aqilah jujur. Iyalah sudahnya dia ada boyfriend buat apa mahu membaca surat-surat dari lelaki lain. Sudahlah dia setia pada yang satu.

"Ish kedekut!." Sazzy muncungkan mulutnya.

"Eh cepatlahh nak kelas ni! Kemas lama-lama lak. tadi aku dah cakap bangun lagi kau tu tak bangun-bangun!." Bebel Aqilah panjang lebar. Geram aku! Tadi dah aku cakap suruh bangun boleh pulak dia sambung tidur balik. Sekarang tengok dah lambat nak pergi kelas. Sudahlah madam Zahara tu garang nak mampus. Mahunya kena bebel masuk kelas nanti buat malu sahaja.

"Hehe yeeeeee ish tak cantik aku pagi ni." Sempat Sazzy  bergurau.
"Kau aku lempang kang!." Marah Aqilah sambil matanya menjeling kearah Sazzy yang tersengih.

Tanpa melengahkan masa lagi Aqilah laju mengambil bag yang berisikan buku-buku untuk dibawa ke kelas sekejap lagi. Kaki terus menuju kearah pintu keluar. "Aku tunggu luar lama tinggal." Pesan Aqilah. Buatkan Sazzy kelam-kabut  mengambil barang-barangnya lalu berjalan mengiikut jejak langkah Aqilah. "Sabarlah weh!." Jerit Sazzy. Ish tak sabar betul budak ni. Harap tak kena bebel dengan madam nanti.

ARAF tersenyum melihat kawannya. Ada sesuatu yang dia lihat seorang gadis yang diminati oleh sahabatnya yang sorang ini. "Mika! Tu!." Sambil bibirnya muncungkan kearah Aqilah dan Sazzy yang sedang masuk kedalam kelas. "Erm asal?." Soalnya seolah pura-pura tidak tahu. Sebenarnya dia tahu dia lihat Aqilah gadis yang disukainya sejak dulu lagi. Aqilah ialah junior mereka disini dan dia pula senior di uni ini.

Kawan-kawannya sudah tahu yang dia meminati Aqilah Maisara itu. Disuruh untuk meluah? Memang tidaklah nanti dululah. Ini soal hati. Cuma dia mahu selamatkan Aqilah daripada lelaki bernama Khalif itu.

Ada sesuatu yang Aqilah tidak tahu tentang Khalif. Lelaki yang bertopengkan syaitan itu wajib diajar.
Entah mengapa panas pula hatinya bila teringat perbuatan Khalif itu.

"Elelel buat taktahu pulak, si jantung hati sudah ada didepan mata buat-buat tak nampak pulak dia." Sindir Araf. Mika hanya tertawa sahaja. Ada-ada sahaja Araf ini.

"Kau an sengaja nak aku tak senang duduk!." Kata Mika sambil tertawa.

Dia perasan Aqilah memandangnya dengan jelingan maut. Tahulah dia semalam bergaduh dengan Khalif tapi nampak comel pula wajah sombong marah gadis pujaan hatinya itu.

"Dahlah kita kena gerak balik bilik ni." Ajak Mika. Araf hanya angguk sahaja dan mereka berdua pun melangkah pergi dari situ.

SEDANG sazzy fokus melihat Madam Zahara mengajar. Aqilah memanggilnya seakan berbisik. Laju matanya beralih kearah Aqilah. "Apa?." Soal Sazzy. "Benci aku tengok mamat tadi tu!." Kata Aqilah. Dari tadi  hatinya rasa mahu meletus sahaja bila dia bertembung mata dengan lelaki semalam itu yang dikatakan senior oleh Sazzy. Sudahlah tersengih-sengih seorang diri memang minta penampar free dari dia. "Lah dia tak kacau kau pun Qilah." Jawab Sazzy ringkas. Aqilah menjeling sahabat baiknya itu. Ish dia ni tak faham ke aku menyampah dengan mamat tu. Nak saja aku bagi penampar free dekat dia tu!.

      "Ye memang tapi aku ni dah naik menyampah tengok dia tadi! Teringat semalam dia berlawan mulut dengan Khalif." Ngadu Aqilah. Panas hatinya.

"Ehemm!." seseorang berdehem. Lalu melihat kearah mereka berdua. Aqilah melihat orang tu dan seolah mulutnya berkata 'apa' dan sazzy pula hanya tersengih dan seolah berkata 'maaf' ish Aqilah ni nak bercakap pun slowlah sikit, tengok orang dah tengok. "Ish dahlah kita tengah kelas ni." marah Sazzy. Apa bendalah budak ni nak ajak membawang pun bukan sekarang! Ni kalau madam Zahara perasan mahunya kena bebel depan-depan pelajar lain. Jatuh maruah i you!.

Aqilah muncungkan mulut lalu dia melihat kembali ke depan. nafas ditarik sedalam-dalamnya. Fikiran pula cuba ditenangkan hingga dia kembali fokus apa yang diajar.

    MIKA termenung melihat kearah luar tingkap biliknya. Sekarang didalam bilik ini hanya dia seorang sahaja. Araf pula entah hilang  pergi ke mana katanya mahu keluar sekejap sempat jugalah Araf mahu membawa dia tadi cumanya dia tidak mahu pergi berjalan pada malam ini. Otaknya mulai memikirkan nasib Aqilah, bagaimanakah Aqilah nanti? Dia sudah masak dengan perangai Khalif yang suka mempermainkan perempuan. Siapa sahaja tidak kenal Khalif megat itu! Yang suka membuat masalah. Sekarang ini Aqilah pula menjadi mangsa Khalif.

     Mentang-mentang Aqilah junior disini, Khalif senang-senang sahaja memperdayakan Aqilah dengan wajah tampannya itu. Heh nak dibandingkan dengan dia. Dia lagi tampan. Bukan mahu puji diri sendiri tetapi pelajar-pelajar yang lain yang cakap. Ada dimana dia dan Khalif terpaksa menjadi satu team bola sepak dan rata-rata mulut orang asyik memuji dia sahaja sehingga Khalif naik angin. Heh nampaknya Khalif masih jauh dibelakang berbanding dia. Dan dia pun tidak tahu mengapa Aqilah boleh mencintai Khalif padahal Aqilah masih belum kenal siapa Khalif sebenarnya.

     Mika tersenyum sinis. Dia tahulah apa perlu lakukan untuk pisahkan Khalif dengan Aqilah. Bukan saja-saja dia mahu ganggu jodoh orang cumanya Aqilah dalam bahaya bila bersama Khalif dan dia tidak mahu melihat orang yang dia sayang rosak kerana perangai tidak baik Khalif itu.

Sedang dia termenung pintu bilik dibuka perlahan-lahan oleh seseorang dari luar membuat Mika terhenti daripada termenung. Hm ni mesti si Araf lah ni. Sempat matanya melirik kearah jam dan jam menunjukkan pukul 11 malam dalam masa beberapa minit sahaja lagi akan masuk angka 12 malam. "lewat kau balik." Tegur Mika sambil matanya melihat Araf yang baru sahaja masuk.

"Aku lepak dekat kafe sekejap tadi jumpa member." Jawab Araf. Dan Mika hanya mengangguk faham sahaja. "tadi aku ajak kau taknak ikut." Mika menggelengkan kepalanya menanda tidak mahu. "taknak ah! Aku malas." Ujar Mika lagi namun Araf sudah faham pasti Mika masih memikirkan tentang Aqilah yang tengah hangat katakan bercinta dengan Khalif Megat.

    Mananya tak kecewa Mika kerana cinta pertamanya sudah dikebas dek buaya jantan ops! terlepas cakap pulak. Araf menarik nafas sedalam-dalamnya dan dia duduk dibersebelahan Mika.

"Fikirkan Aqilah ke? Alah kau ni. Kalau dia cuba apa-apakan si Aqilah tu pandai-pandailah kita kerjakan mamat tu." Araf memberi cadangan kepada Mika. Cuba sahaja dia ganggu Aqilah ha Khalif belum kenal lagi Duo gangster dekat Uni ini kang kecut perut dia. Araf tersenyum sendiri. Adeh gangster la sangat. "Bukan takat aku usik macam tu saja si Khalif tu kalau kacau Aqilah, memang mati aku kerjakan dia." Mika memberi sedikit Amaran dan Araf pula hanya menelan Air liurnya.

   Bukan dia tidak kenal sahabatnya itu jika "Ya" yang dia katakan maka "Ya" lah jawabnya. Siapa berani nak berlawan memang matilah jawabnya. Pernah dulu di sekolah menengah, Hampir separuh mati jugaklah budak tu dikerjakan si Mika ni. Disebabkan budak itu menuduh Mika mencuri barang di stor sekolah. Masa itu dia pun naik angin jugak kerana nama mereka berdua dipetik.
   Disebabkan budak itu terlalu dengki dengan Mika kerana Mika selalu dapat pujian dari mana-mana Cikgu membuatkan Mika hampir dibenci oleh geng budak itu. Dan disebabkan itu jugak dia tidak mahu Mika marah atau orang buat  Mika marah.

Sumpah nanti dia takleh nak tenangkan lelaki itu kecuali lelaki itu lepaskan geramnnya dengan menumbuk sesuatu. Dan sebagai seorang kawan memang tidaklah mahu melihat kawannya cederakan diri sendiri disebabkan benda begitu. "Kau tu taknak confess awal tengok orang lain dah dapat si Aqilah." Sindir Araf sambil tersengeh-sengeh. Hehe bawa mati gurau macam ni. "Ey! Dahlah aku nak tido." Mika terus berlalu pergi dari tempat duduknya lantas tubuhnya dibaringkan ke atas tilam.

Araf membuat muka. Ish baru sampai member terus nak tidur. "Weh lek ah layan bola lah dulu esok cuti kot!." Kata Araf sedikit kuat. "Malas! Aku nak tido penat." Kata Mika. entah tiba-tiba pula moodnya tidak baik bila cerita tentang si Khalif tadi. Naik turun pula nafasnya! Hati mulai panas mahu sahaja dia pergi berjumpa Khalif lalu bagi penumbuk sulung!. Ish dahlah buat penat sahaja asyik fikirkan benda itu.
        Kini Araf pula sudah tidak bersuara. Matanya  mulai layu ingin dibuai mimpi, kerana terlalu penat juga harini tadi. Harap jugak esok ada hari indah untuk dia.

BAB 4 - MLP

MY LOVE PSYCHOWhere stories live. Discover now