BAB 14

392 20 2
                                    

"JANGAN sentuh keluarga aku!."
Sebaik mendengar itu dan diam seketika sebelum dia tiba-tiba tertawa mendengar apa yang Aqilah katakan. "Lawak ya kau ni! Sedangkan kau aku boleh buat macam ni apatah lagi nyawa keluarga kau Aqilah Maisara aka My Sweety!. Dan jangan cabar aku! Sebab nyawa mereka ada ditangan kau." Dia tertawa sebentar dan terlihat tubuh Aqilah kembali mengera. Heh sangat comel baru dikatakan begitu sudah takut. Aqilah tetap gadis yang manja.

Yang masih memerlukan keluarga disisi cuma sekarang semunya hilang hanya Aqilah disini seorang diri yang berteman kan dirinya. Tawa halus diberi.

"Nak taknak kau kena ikut aku! Faham maksud aku! Aku betul-betul perlukan kau! Aku sayang kau! Itu yang aku mahu! Aqilah Maisara Binti Faizal! Aku nak kau jadi isteri aku! Itu aku mintak."

Sepi.

Dia hanya melihat anak mata Aqilah yang berair dan hidung yang mancung sudah kemerahan. Namun lagaknya masih tenang. Heh gadis ini suka begini padahal sudah hancur.

"Jangan sentuh keluarga aku! Dan aku takkan berkahwin dengan kau! Itu pinta aku." Apa yang dikatakan oleh Lelaki Misteri itu hanya diabaikan membuatkan mata Lelaki itu kembali tegang. Dan kelihatan tangannya semakin menaham geram dan urat-urat di tangan semua menjadi tegang.

Rahang bergerak-gerak menahan rasa ingin marah. Dia kecewa dia benci beberapa kali perempuan itu menolaknya terlalu kejam. Apa yang dia minta bukan susah hanya mereka berdua berkahwin dan duduk jauh dari semua orang. Mereka berhak bahagia lagi-lagi dirinya.

"JANGAN BUAT AKU SEMAKIN GILA AQILAH MAISARA!!." Tengking Lelaki Misteri itu agak kuat hingga bahu Aqilah terhinjut naik. Seram rasakan lelaki itu sedang memukul kepala sendiri dan meramas rambutnya. Dan perlahan-lahan dari mata helang lelaki itu terus tepat masuk kedalam matanya.  "Puan Aminah mak kesayangan korang bertiga adik-beradik! Aqilah jangan sampai nanti kau tengok jasad dia ops atau kubur dia?. Kau tahu semua orang halang kita untuk bersama?."

Aqilah pejamkan matanya sesaat dan nafas ditarik dalam-dalam. Didalam hati sedang berdoa kepada sang pecipta. Agar semua rancangan itu musnah. Hati tidak tenang. Dia tidak mahu apa-apa terjadi kepada keluarganya.

"Jangan sentuh mak aku." Marah Aqilah.

"Maka kahwin dengan aku! Sebelum dalam masa dua puluh empat jam keluarga kau musnah." Lelaki itu berbicara terselit amaran. Apa yang keluar itu pasti akan terjadi membuatkan Aqilah bingung dan ketakutan mulai dirasai. Dia tidak mahu keluarganya di sentuh oleh lelaki durjana jahanam ini. Dia benci lelaki ini. Manusia yang bertopengkan manusia.

Nafas ditarik dalam-dalam dan tanpa berfikir panjang dia terus membuat keputusan yang dia rasakan paling bodoh namun demi menyelamatkan keluarga sendiri dibunuh dia sanggup.

"Okey fine!. Aku akan berkahwin dengan kau. Cuma suatu hari nanti aku akan pastikan kau lepaskan aku dan pada waktu itu aku sudah temui bahagia aku." Mata mereka masih bertentangan dan selepas berkata begitu perlahan-lahan air mata yang lama ditahan jatuh jua dan senyuman tercalit dibibir Lelaki Misteri itu. 

Apa yang dikatakan oleh Aqilah dibiarkan menjadi sepi. Akhirnya! Aqilah menjadi miliknya. Selamanya dan hingga akhir nafasnya.

"Aku akan layan kau seperti bidadari selepas sah kau menjadi isteri aku My Sweety!." Aqilah hanya memberi senyuman sinis dalam tangis. Dia tidak akan sesekali menerima Lelaki ini walaupun apa sekalipun.

BADANNYA ditolak kasar masuk kedalam kereta dan sekali lagi dia dapat melihat suasana luar dulu sekali waktu dia hampir terlepas. "Kita nak pergi mana?." Soal Aqilah. Kini hanya bertawakal kepada tuhan agar tidak akan jadi apa-apa kepada dirinya. Maafkan Adik ma,pa along,angah. Hanya itu diluah didalam hati.

Mungkin juga harini atau esok dia akan menjadi isteri seseorang tanpa dia tahu siapa bakal suaminya. Dan tanpa rela dia terpaksa menerima lelaki itu demi keselamatan keluarga sendiri. Itu lebih penting dari pada hilang nyawa mereka lebih rela dia berkorban.

"Ikut sahajalah Sweety!." Balas lelaki itu yang baru sahaja masuk kedalam kereta.

"Jangan panggil aku Sweety!." Dia tidak suka lelaki itu kerap memanggilnya dengan pangilan yang manja itu. Mahu muntah rasa.

"Baru sekarang nak tegur?. Well Sweety! Big no! Aku tetap akan panggil kau dengan nama tu, aku suka!." Sindir Lelaki Misteri itu.

"Aku benci kauu!!." Ujar Aqilah.

Lelaki itu hanya tersenyum dan ikatan di tangan Aqilah dilepaskan lalu mask dan hoodie hitam diserahkan kepada Aqilah.

"Pakai ni! Kau perlu macam aku biar dua-dua jadi Misteri. Lagi satu! Kau dulu sama macam ni mula-mula benci lama-lama sayang. So Sweety. Please jangan nak benci sangat." Ujar lelaki itu senada dan Aqilah membungkam. Sungguh dia tidak faham akan cerita yang baru sahaja lelaki ini memberi tahu.

"itu perkara paling tak patut aku tahu. Dan aku suka sebab aku tak ingat pun fasal kau. Tak gitu Encik Misteri!." Sindir Aqilah lagi. Sudah berapa kali
Mereka asyik menyindir antara satu sama lain rasa seperti kelaka pula.

"Itu perkara paling indah untuk kita berdua, cuma terhalang kerana perbuatan manusia!." Keluh Lelaki itu. Dia berbicara separuh berbisik. Kenapa perlu ada halangan? Kenapa perlu ada tembok menghalang dia untuk bahagia?.

"Tak faham. Aku nak tidur."

"Pakai ni dulu!." Tegur Lelaki Misteri itu Aqilah merenung Mask dan hoodie yang diberi lelaki itu tadi. Mata baru sahaja mahu terpejam. Ada-ada sahaja lelaki ini. Dan dia mengambil lalu menyarung sahaja begitu dan mask disangkut pada kedua-kedua telinganya. Terus bahagian belakang hoodie di tutup untuk menutupi kepala dan rambut lepaskan ke hadapan. Mata dipejam biar dia membuang rasa yang sakit ini. Tenang. Mungkin.

Lelaki Misteri itu menoleh kepada Aqilah. Maafkan aku Aqilah. Hanya itu yang dia ingin ungkapkan. Bukan sengaja mahu menyiksa perempuan kesayangannya dan bukan sengaja mahu menculik Aqilah dengan cara yang kejam. Kerana takut sekiranya suatu hari nanti Aqilah bahagia bersama yang lain. Dia tidak mahu itu terjadi.

Perasaan didalam hati ini terlalu tulus dan dia paling benci sekiranya mana-mana lelaki mendekati Aqilah. Kalau boleh dia mahu Aqilah terkurung dan biarkan hanya dia sahaja dapat melihat. Kecantikkan Aqilah hanya untuknya bukan untuk orang lain. Maka dia perlu jauhkan Aqilah dari semua orang termasuk. Musuh pertama mereka untuk bersatu iaitu keluarga Aqilah sendiri.

Kini matanya menoleh ke hadapan untuk memandu. Perjalanan yang membawa masa berjam-jam untuk diambil dan dia sudah pastikan kerja yang dia lakukan clear. Tiada siapa tahu Aqilah bersamanya. Semua identiti Aqilah  sudah di rahsiakan. kini masanya mahu membawa Aqilah ke Thailand dimana mereka akan bernikah disana. ini memang kerja gila, Mereka tidak menggunakan jalan udara tetapi menggunakan jalan darat. Dan pastinya semua sudah dia lakukan dengan jayanya.

Ada beberapa orang di upah untuk tunggu mereka di sempadan Malaysia dan Thailand. Dan dia tahu pihak berkuasa masih mencari Aqilah. Namun sedikit demi sedikit mereka dapat menjumpai jejak langkah Aqilah.

  Sedikit benci. Semua orang mahu menghalang dia bersama Aqilah padahal ini cinta mereka. Kejam sungguh kah dia? Yang hanya mahu bersama Aqilah?. Gadis yang dicintai dari dulu hingga sekarang, yang tiada ganti di hatinya hingga akhir nafasnya. Apa terjadi dulu memang menyakitkan hati dia tidak mahu terjadi lagi. Musuh yang menghalang mereka perlu bermain jauh-jauh kerana kali ini dia akan bersama Aqilah dan jalani hidup yang bahagia. Namun matanya menoleh sebentar kearah Aqilah.  Nafas dilepaskan perlahan-lahan. Mampukah mereka bahagia?.

JGN LUPA VOTE HEHE sorry kalau ada tersalah dari segi ayat atau cara penulisan ya. 🫶🏻

MY LOVE PSYCHOWhere stories live. Discover now