BAB 8

399 28 0
                                    

2016
Malam menjelma dan dapat dilihat dari sisi cermin yang sedikit bercahaya. Kelihatan bulan dan bintang di atas langit. Wajah yang suram akhirnya tersenyum. "Cantik jugak bulan malan ni." Ujarnya seorang diri. Namun dia teringat sesuatu. Beberapa hari lepas ada surat yang diberi oleh Sazzy kepadanya. kali ini kerap juga surat diterima namun sama. Dia tidak akan membaca kerana hatinya hanya untuk Khalif dan buat apa mahu melayan surat-surat dari student lelaki di university ini?

"Baca ke tak?."

Aqilah termenung seketika.

Fikiran mulai bermain alah setakat baca sikit tidak mengapa kan? Kebetulan pula Sazzy masih lagi pulang lewat malam. Untuk menghilangkan bosan apalah sangat baca surat-surat ini. Untuk hiburkan hati dapat juga tertawa membaca kata-kata cinta mereka.

Err geli!

Aqilah melihat satu-persatu sampul surat itu, lucu juga. Ada berwarna merah ada berwarna pink dan ada jugak berwarna putih. Setiap surat ada nama pengirim di tulis namun satu surat tertera nama "MAISARA" ya namanya. Dan surat itu adalah surat tempoh hari.

Dimana surat yang diberi oleh Sazzy kepadanya. Menarik. Sampul surat berwarna hitam dan terikat dengan tali berwarna coklat. Dia tersenyum. Pasti lelaki ini romantik.

"Kalau Khalif tahu ni mahunya aku kena marah." Kata Aqilah seorang diri. Surat bersampul hitam itu diletak ketepi dahulu.
Lantas dia membuka satu sampul.

"Dari Azil. Hye Aqilah! Saya dah lama suka awak sejak pertama kali saya tengok awak. Awak bagaikan puteri." Aqilah membaca setiap isi surat itu hampir semua dibaca dan membuatkan dia tertawa seorang diri.

Air mata yang terkeluar kerana tawanya tadi di lap menggunakan tangan.

Selesai membaca setiap isi surat yang lain kali ini dia mengambil surat yang bersampul hitam itu. Ikatan tali dibuka lalu surat yang berada di dalam di tarik perlahan-lahan keluar. Wangi. Ya surat itu wangi. Bau yang maskulin dan membuatkan diri l hanyut dengan bau wangian itu.

"Pasti anak orang kaya!."  Kerana bau perfume itu bukan dari wangian perfume biasa.

Dia membuka lipatan surat itu.

'Hye Maisara, and Hye sweety. I love you always love you, apa yang akan berlaku nanti please-please. Stay with me! Saya akan jaga awak. Tentang Khalif! Tolong berhati-hati, i watching you my sweety!."
- M

Surat terlepas dari tangan kali ini dia senyap. Tidak tertawa tidak mampu membuka kata. Lidah jadi kelu. Apa sudah terjadi? Surat ini membawa maksud apa? Tentang Khalif kenapa dengan kekasihku?. Soalan dijawab dengan soalan diri sendiri bergaduh sesama sendiri.

Siapa M? Siapa dia. Kenapa diri ini perlu dilindung? Apakah Khalif sedang sembunyikan sesuatu. Argh kepala jadi buntu. Lantas kertas itu di masukkan semula kedalam sampulnya. Dan semua surat-surat itu disimpan rapi kedalam kotak Hadiah. Lalu dia melihat kotak itu di bawah katilnya.

"Sengaja mahu aku dengan Khalif berpisah!." Ngomel Aqilah geram. Namun dia masih memikirkan siapa pemilik surat ini.

Pintu bilik usang itu dibuka perlahan-lahan lalu ditutup kembali rapat. "Hye! Sweety." Tegur Lelaki Misteri itu. Aqilah mendengus geram. Dia benci lelaki ini dan apa salah dia yang membuatkan dirinya diculik. Dan di seksa. Ya allah kali ini dia benar-benar risaukan semua orang. Apa perlu dia lakukan untuk keluar dari rumah usang ini.

Ya. Dia pasti.

Dia tidak akan dapat keluar melainkan bantuan sudah dihantar untuk menolong nya yang masih tergapai-gapai meminta pertolongan. Aqilah melihat lelaki itu berjalan kearahnya sambil membawa makanan dan minuman.

MY LOVE PSYCHOWhere stories live. Discover now