BAB 12

503 22 0
                                    

MATA Aqilah kembali terbuka perlahan-lahan lalu fikiran teringat tentang apa yang terjadi, terbeliak matanya lantas dia bangun daripada katil

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

MATA Aqilah kembali terbuka perlahan-lahan lalu fikiran teringat tentang apa yang terjadi, terbeliak matanya lantas dia bangun daripada katil. Tangan meraba-raba sekitar badan dan nafas ditarik dan di hembus perlahan-lahan.

Nasib! Dia masih berbaju lagi. Maknya lelaki itu tidak membuat apa-apa ke atasnya. Mata melihat sekeliling namun kelibat Lelaki itu tidak kelihatan. Kepala yang tadinya baik sahaja tiba-tiba terasa pening laju tangan memengang kepala.

"Auch!." Ngadu Aqilah, ingin sahaja dia menangis kerana teringat tentang semalam, baru sahaja ingin melepaskan diri namun lelaki itu lebih pantas mendapatkan dirinya. Ingatkan jika dia berlari ke hutan lelaki itu tidak dapat dapat jejak langkahnya namun sayang. Lelaki itu terlebih dahulu menjumpainya.

Sedang Aqilah dengan dunia sendiri, pintu bilik itu dibuka dari luar dan terlihat susuk tubuh sasa seorang lelaki yang cukup dia kenali. Siapa lagi Lelaki Misteri itu!, dia datang membawa satu plastik yang berisi makanan dan satu minuman.

"Hyee Sweety! Dah bangun?." Ejek Lelaki Misteri itu sambil tertawa. Heh baru gertak sikit sudah pengsan. Baru sikit belum puas lagi hati ini untuk membalas apa yang telah terjadi semalam. Dimana Aqilah hampir hilang.

Mujur juga dia sempat datang tapi dia tidak begitu risau kerana dia tahu Aqilah tidak dapat melarikan diri hanya dia sahaja tahu selok belok jalan di hutan ini. Semua orang tidak akan menjumpai dimana Aqilah berada, selicik polis, licik lagi permainan yang dia sedang mainkan sekarang.

Aqilah hanya membisu dan pandangan tajam di hala ke arah lelaki itu. Kali ini dia benar-benar sudah tidak tahan. Mental dimain begitu kejam, seolah-olah dia anak patung didalam permainan lelaki ini. "Merajuk ke?."

Jeda

Lelaki misteri itu menarik nafasnya lalu dilepaskan perlahan-lahan dia menarik senyuman manis. Langkah dibawa kearah Aqilah lalu dia mendapatkan tempat duduk disebelah Aqilah. Rambut Aqilah yang sedikit serabai betulkan dengan rapi agar kelihatan kemas. Aqilah masih diam dan tidak berbunyi.

Wajah Aqilah kelihatan pucat dan ada sedikit kotoran hitam mungkin kerana dia kerap jatuh didalam hutan semalam, tangan meraba kocek dan mengambil satu sapu tangan lalu perlahan-lahan dia mengelap setiap kotoran diwajah Aqilah.

"Kesian kan kau Sweety! Aku dah cakap jangan lari nak jugak lagi, kan dah kotor." Ujarnya separuh berbisik. Kedengaran lembut. Aqilah memejam mata seketika lalu dibuka kembali, dia masih diam tidak bersuara hanya membiarkan sahaja Lelaki Misteri itu lakukan hal nya.

"Meh makan aku suapkan okey." Ujarnya, masih juga Aqilah membisu. Plastik tadi dibuka dan dia mengeluarkan tapau makanan dan minuman, setelah membukanya dia mengambil sedikit makanan dan disua ke arah mulut Aqilah namun Aqilah hanya melihat sahaja.

"Makan kau perlu makan." Ujarnya. Tidak membantah Aqilah membuka mulutnya. "Kenapa kau diam? Kau marahkan aku ke?." Soal Lelaki Misteri itu. Tiada apa perlu Aqilah luahkan dia telah lelah dengan permainan Lelaki ini.

MY LOVE PSYCHOWhere stories live. Discover now