PETANG yang agak redup dan suasana yang indah apatah lagi taman dipenuhi dengan kanak-kanak yang sedang seronok bermain. "Hm sedapnyaaa." Satu suapan Salad sosej bakar dimasukkan ke dalam mulutnya. "Ehem i dah cakap yang i ni memang pandai masak!." Puji lelaki itu sambil itu bibirnya tidak lengkang dengan tersenyum.
"Amboi! Ee tahulah masak sedap tapi jangan riak sangat boleh?." Balasnya lagi buatkan lelaki itu makin tersenyum. "Tak salah mana tahu one day nanti kan you nak masak macam ni untuk i." Kata
Lelaki itu lagi."Eee taknak i! Tapii you bagi i resepi ni! I nak makan every morning!.." pintanya lagi. "Ye nanti bagi oke! you makan dulu." Dia menghulur lagi makanan kepada gadis itu. Mereka berdua tersenyum menikmati hari-hari yang indah itu.
BIBIR tersenyum tidak henti-henti. Kenangan yang bermain fikiran kini berputar kembali. Kenangan hanya dia sahaja yang mampu ingatkan kembali. "Awak okey?." Suara seseorang menyentak lamunan. Lantas kepalanya melihat kearah suara itu.
"Asal? Tengok aku macam aku ni tak okey ke?." Soalnya kembali. Matanya tajam menikan anak mata Aqilah, buatkan Aqilah menalan air liurnya berkali-kali. "Duduklah! yang tak duduk ni kenapa?." Tegurnya buatkan Aqilah laju mengambil tempat duduk dihadapan suaminya."Kau memang minat makan macam ni ke?." Tanya Rayyan ingin tahu. "Err ya kenapa tak suka ke?." Tanya Aqilah kembali. Kot-kot lelaki ini tidak suka makanan yang dia masak.
"Takdalah macam dah biasa makan, aku suka." Pujinya dan terus dia menjamah beberapa potongan sosej yang berada di atas pinggan nya."Maaflah tak tahu makanan favourite awak."
Sunyi. Aqilah pun turut terdiam. Erk dia ada salah cakap ke? rasanya tiada. Dah kenapa mamat ni diam semacam?."Aku suka ni! Kau tahu makanan favourite aku!. Thanks." Ungkapan itu buatkan Aqilah terkejut. Pulak dah! Tadi cakap sudah biasa makan ini pula makanan kegemarannya pula. Sungguh dirinya tidak pernah sesekali mahu mengambil tahu tentang makanan kegemaran lelaki ini. atau sengaja lelaki ini berkata begitu?. "Owh ye erk? saya buat sahaja tadi. Tak sangka pulak makanan favourite awak, makanlah." Pelawa Aqilah lagi.
mereka berdua menjamah sarapan pagi yang agak simple sahaja. Kedua-dua mereka menyepi tanpa bicara. Hinggalah makanan yang dijamah licin habis dimakan, "Alhamdullilah, aku kenyang! sedap kau masak. Sama macam dulu." Puji Rayyan ikhlas. Makanan yang di buat oleh isterinya sungguh enak, sama seperti dahulu dimana dia memberi resepi ini kepada Aqilah dan gadis itu mencuba dengan berjaya. Betapa dia ingat gadis itu tersenyum gembira bila dapat buatkan dia sarapan pagi setiap hari.
Dahulu antara dia dan Aqilah pastinya dia yang selalu membawa makanan dan yang penting dia masak sendiri. Pada awalnya Aqilah seronok selalu dia pelawakan makanan namun semakin lama Aqilah menjadi tidak selesa maka dia meminta setiap resepi makanan yang dia selalu bawakan. Dan Aqilah pun pandai akhirnya.
"Dulu saya pernah buat ke? Apa maksud awak?." Soal Aqilah ingin tahu. Jiwa benar-benar ingin tahu tetapi lelaki dihadapan dia sekarang bukan reti memberi tahu dia, malah banyak mengelak tidak pun diam sahaja.
"Nothing! Kemas ni! aku nak pergi bilik bacaan nanti kau bawakan aku air coffee dan aku nak yang baru!." Arah Rayyan dan dia terus berdiri dari tempat duduknya lalu meninggalkan Aqilah seorang diri bersama arahan perlu Aqilah lakukan."Haih mamat ni! Ingat aku ni tukang gaji dia? Aku ni isteri dia! asyik buat yang dia suruh sahaja! Takpalah janji bukan sepak terajang ye tak?." Gumam Aqilah sendiri dan dia pun mulai bersihkan setiap dapur itu. Geram hati juga mahu membuat kek tapi disebabkan banyak arahan perlu dia ikutkan maka dia terpaksa kuburkan rasa mahu membuat kek. "Haih apalah nak jadi dengan diri ni."
Aqilah mengeluh dan terus mencuci setiap bekas yang sudah dipakai tadi. dalam diri kini dia perlu bersabar dengan sikap suaminya. Ini takdir dia dan ini ujian perlu dia hadapi dan dia pasti suatu nanti dia mampu ubah takdir ini dan kembali kepada keluarganya. Mohon doa kepada tuhan sentiasa tidak putus-putus. Berharap akan keluar dari sini.
"Lama pulak aku kemas! Baik buat air untuk dia tu! Nanti aku pulak jadi mangsa amarah dia! Ish taknak aku." Laju-laju Aqilah lakukan kerja yang di arah suaminya tadi. Dia perlu cepat kerana takut dek lelaki itu mengamuk pula dia lama-lama di dapur. Seolah sengaja pula tidak mahu lakukan tugasnya.
SAZZY termenung memikirkan keadaan sahabat baiknya. Bilalah wajah itu dia mampu lihat?. Gambar dia dan Aqilah ditatap dengan sayu, airmata ditahan agar tidak gugur jatuh. Rindu yang dia tidak mampu tipu mereka berdua sudah seperti adik-beradik dan semestinya rapat. Setiap saat setiap masa ada-ada sahaja mereka akan bermesej bertanya khabar kadang-kala menjadi teman gossip nombor satunya.
Tetapi kini sudah berbulan telefon bimbitnya tidak lagi ada tertera nama Aqilah dan tiada lagi wajah seorang perempuan yang ketawa tidak ingat dunia.
"Aku rindu kau lah Aqilah! Mana kau!." Tanya Sazzy sendiri. Di hadapan orang ramai dia seperti tidak apa-apa tetapi bila sendiri jiwa yang kuat ini rapuh juga. Siapa sahaja tidak sedih atau kecewa apabila seorang sahabat yang rapat dengan kita tiba-tiba menghilang. Khabarnya tiada. Apa dia baik-baik sahaja kah? Argh dia benar-benar buntu memikirkan itu."Aku tak kuat weh! Aku perlukan kau! Mana kau?." Sazzy terus menyoal tanpa suara menjawab.
"Kau tahu family kau tak henti-henti cari kau dan abang-abang kau sampaikan tak cukup tidur siang malam cari kau. Apatah lagi mak bapak kau yang sedih mencari kau!." Luah Sazzy dan akhirnya dia menangis. Sekiranya rasa ragu yang berada di jiwanya kini benar! Maka dia akan memarahi Aqilah tetapi dengan bukti-bukti yang sudah ditemui sama ada Aqilah di culik atau sememangnya lari mengiikut lelaki. Dan dia memilih percayakan Aqilah.Dia kenal siapa sahabatnya dan dia tahu Aqilah tidak akan lakukan hal-hal bodoh seperti itu. Dan dia tahu Aqilah kini pasti sedang meminta tolong. Dari zaman mereka belajar lagi dia tahu banyak yang membencikan Aqilah. kerana perangai sombong Aqilah dahulu itu membuatkan banyak orang sakit hati dan bermusuh dengan Aqilah.
Dia takut sekiranya mereka-mereka itu yang menculik Aqilah. Dan berharap juga bukan. Dia benar-benar buntu sekarang mahu lakukan sesuatu apalah daya seorang gadis seperti dia?. Jika orang lain sudah mencari tidak dapat apatah lagi dia?. Hanya doa sahaja yang dia dapat lakukan. Moga-moga sahabatnya baik-baik sahaja.
RAYYAN leka duduk di kerusi salah satu dalam bilik bacaan itu. Jam di tangan dilihat sudah hampir lebih 20 minit Aqilah masih lagi belum tiba. Haih, lama-lama pula buat air! Sudahlah dia takut benar jikalau Aqilah mencuba untuk lari. Bukan dia tidak tahu Aqilah itu cukup licik. Kalau tidak mana mungkin Aqilah mahu larikan diri dahulu bernasib baik juga hutan dahulu hanya dia sahaja yang tahu.
"Lama betul!." Rungut Rayyan. Dia kembali membaca buku yang di ambil tadi. Ini juga salah satu hobi buatnya dimana dia sering kali akan pergi ke bilik bacaan dan semestinya perlu ada air bersamanya kerana itu dia mahu Aqilah buatkan Air untuknya agar dia sentiasa segar untuk membaca tetapi Aqilah pula lama betul buatkan air.
Tuk tuk tuk.
Bunyi ketukkan pintu dari luar membuatkan Rayyan berhenti membaca dan dia terus memandang kearah pintu bilik itu. "Masuk!." Arah Rayyan serius. Dan pintu pun terbuka, wajah Aqilah kelihatan tersengih sedikit "err sorry saya tadi berpusing-pusing cari bilik ni." Kata Aqilah dan dia terus melangkah kearah suaminya. "Alasan! Terang-terang lagi dekat luar tu ada tulis bilik bacaan takkan tak nampak buta ke apa? Aku kahwin dengan perempuan yang elok normal kau pulak acah nak buta tak nampak!." Marah Rayyan secara tiba-tiba dan buku diletakkan ke tepi dia terus merenung anak mata seorang perempuan yang nampak kelihatan ketakutan.
"Maaf lagi sekali. Betul-betul saya tak nampak, rumah awak besar sangat." Aqilah mencuba untuk betulkan maksud suaminya itu, haih main tuduh sahaja! Tak tahu ke rumah dia besar macam apa. Lebih besar dari rumah keluarga dia! Haih sabar Aqilah. "Padahal rumah mak bapak kau pun besar!." Sinis sahaja ungkapan yang di lontarkan untuk isterinya. Membuatkan Aqilah mencuba untuk menahan sabar.
Melihat Aqilah diam membisu dan hanya berdiri menundukkan wajah terus tangan Aqilah ditarik hinggakan gadis itu terdorong ke depan dan kini dia betul-betul terduduk di paha Rayyan.
"Aaa!." Jerit Aqilah.
"Shhh Sweety! Kalau kita dalam bilik ni kita perlu diam! shhh aku tahu cara macam mana nak diamkan kau!."DONE bab 24 maaf tak update! Kekurangan idea ;) jgn lupa vote comments ye semua. Maaf jugak kalau ada typo!
YOU ARE READING
MY LOVE PSYCHO
RomanceCinta atau mati? Hidup seorang yang bernama Aqilah Maisara mulai tidak aman selepas selalu diganggu oleh seseorang. "Aku sayang kau." - Lelaki Misteri "Apa benda semua ni!!." - Aqilah Maisara Hidup mulai dalam ketakutan. Yang dulunya ceria kini b...