BAB 18

355 20 0
                                    

NAMA itu seperti pernah dia dengari. Nama yang mungkin pernah disebut-sebut pada ketika dahulu? Dan wilson? Adakah ini anak Aunty Aishah?. Wanita tua yang dahulu selalu bertemu dia cuma sebelum dia diculik mereka berdua sempat bertemu. seminggu sebelum  Aunty Aishah berkata dia akan pulang ke US bersama suaminya dan anak bongsu mereka. Dan dia pernah berkata ingin melamar Aqilah untuk anak sulungnya. Jadi dia ini anak sulung atau yang bongsu?. Argh siapa lelaki ini?.

"Tengku Rayyan Mikael Wilson?." Sebut Aqilah kembali. Lelaki itu tersenyum.

"Yess Sweety!." Lembut dan menggoda.

"Ingat nama ni tau! Aku nak kau taman dalam otak kau! Taklah kau jadi bodoh macam ni sampai lupa aku siapa! Geram aku!!."

Aqilah tidak tahu mahu memberi riaksi apa sesungguhnya bukan dia saja-saja mahu melupakan lelaki ini? Dan ingatan tentang lelaki ini satu pun tidak ada apatah lagi mahu mengingati nama lelaki itu. Sudahlah nama panjang betul.

"Sakitlah awak! Dari tadi asyik tunjal kepala saya! Ya! Memang saya lupa siapa awak tapi tak bermaksud awak boleh buat saya macam ni! Jangan cakap awak saja yang terseksa! Saya ni terseksa dengan keadaan lupa semua benda! dan sekali pun saya terlupa tentang awak saya mintak maaf!." Luah Aqilah sedikit kuat. Sakit hati dipermainkan begini. Semua benda tidak kena.

Lelaki itu terdiam dia kembali duduk ke tempat asal wajahnya tidak lari dari memandang Aqilah. Sekarang mereka bermain dengan emosi sendiri. Semakin tinggi suara dia semakin tinggi suara Aqilah. Terasa panas bilik ini dengan suasana perang dingin antara dua manusia itu.

"Pergi tidur! Sebelum aku betul-betul tak tahan dengan kau sekarang!." Kata Lelaki itu matanya tajam melihat Aqilah.
   "Esok kau akan jadi isteri aku!." Aqilah yang baru sahaja mahu mengangat tubuh terus terhenti.
"Saya tahu." Balas Aqilah ringkas terus dia menuju kearah katilnya. Selimut ditarik hingga menutupi separuh tubuh dan mata dipejam dengan rapat.

Malas mahu melayan lelaki itu kalau boleh dengan dia sekali boleh jadi gila!. Fikiran mulai berfikir bagaimana dia mahu bernikah dengan lelaki psiko? Yang terlalu obses pada dirinya. Dan paling bahaya lelaki ini mampu memukul dia. Aqilah memikir nasib yang malang akan menimpanya. Ini demi keluarganya dan dia tidak mahu salah satu keluarganya mati di tangan lelaki itu di sebabkan dia. Tidak mahu!.

Kedengaran pintu bilik di tutup dengan kuat itu menandakan lelaki itu sudah keluar dari bilik ini. Mata dibuka kembali. Aqilah bangkit dari baringan lalu dia melihat ke hadapan. Tidak menyangka air mata jatuh membasahi pipi. Sekian lama tidak menangis harini baru dia merasakan betapa sakitnya hati menyeksa diri. Apa akan terjadi pada esok hari? Menjadi isteri kepada seorang yang ada masalah psiko!. Mampu atau tidak bertahan hingga temui titik nokhtah terakhir?.

Kenapa? Semua yang berlaku ini seolah tanda tanya kepada dia?. Lelaki itu siapa? Kenapa seolah dia memang pernah hadir namun satu ingatan tentang lelaki itu tidak pernah terlintas dalam fikiran? Apakah cerita yang diberitahu lelaki itu hanya rekaan semata-mata?. Dan Aunty Aishah. Nama itu yang kembali muncul di dalam benak fikirannya.

Wanita tua itu dari dulu hingga sekarang tetap misteri. Aunty Aishah tidak pernah memberi tahu dirinya siapa sebenarnya Aunty Aishah itu. Muncul secara tiba-tiba sewaktu dia baru sahaja kemalangan dan tidak ingat apa-apa hingga sekarang Aunty Aishah tetap bersamanya hingga terlupa yang wanita itu dahulu orang yang tidak dikenalinya.

Dia tahukah yang anaknya menculik dia sekarang? Mana Aunty Aishah?. Kenapa dia menjadi terseksa begini? Kenapa semua orang senyap sahaja?. Apa yang berlaku diluar semua dia tidak tahu. Dari malaysia ke thailand untuk bernikah tanpa wali?. Sekali lagi tangisnya jatuh. Allahu.

Ini bukanlah yang dia pinta untuk bernikah tanpa keluarga disisi dan dia tidak mahu buat perkara bodoh ini! Namun disebabkan terdesak kerana keluarga di ambang mati. Dia sanggup berkorban agar tidak terjadi apa-apa kepada keluarganya. Berharap selepas ini dia dapat lepas dari perkahwinan bodoh ini.

UWAIS menekan nombor telefon seseorang. Hari ini mahu bertanya khabar Yan kawan baiknya itu dan mahu meluah sedikit tentang kes adiknya yang hilang. Dan dia bersyukur pihak polis sedikit demi sedikit dapat mencari bukti. Nampak penculik itu tidaklah selicik mana. Hanya cara penculik itu sahaja pantas tanpa dijejaki, tetapi lama-kelamaan dapat juga mereka mencari bukti.

Baru-baru ini ada beberapa CCTV dikawasan yang tersembunyi menampakkan wajah seakan mirip Aqilah dan seorang lelaki. Cuma kes masih dalam siasatan pihak berkuasa.

"Hello bro!." Panggil Uwais setelah panggilan bersambung dengan orang disana.
"Hye! Nak apa kau call aku malam-malam ni?."  Soal Yan. Uwais tertawa, iya dia tahu sudah mengacau kawan baiknya itu mana tidak dia menelefon Yan pada jam tepat 12 malam. Tetapi dia tahu lelaki itu masih lagi belum tidur.

"Saja! Eh bro esok free?." Soal Uwais.
"Tak free aa aku ada hal, kau kenapa nak jumpa." Laju sahaja jawapan yang diberi oleh Yan tanpa kata putus. Uwais buat muka.

"Waktu-waktu macam ni laa kau takda, aku nak bawak kau lepak esok dan aku serba sedikit nak cita pasal adik aku." Keluh Uwais. Pada waktu begini dia hanya mahukan Uwais ada untuk mendengar ceritanya. Ini bukan bermaksud dia cepat lemah atau suka menceritakan tentang masalah sendiri.

Cuma padanya apabila bercerita dengan sahabat sendiri itu lain rasanya kerana keluarga sendiri tidak kenal diri kita sebenar melainkan sahabat kita. Dia tidak mahulah nampak terlalu lemah cuma mahu luah rasa dihati dan ingin juga merasakan tenang apabila sudah meluahkan sesuatu perkara.

"Ohh, hah asal ada apa-apa update ke?." Soal Yan ingin tahu. Makanya mereka hanya mampu bercerita melalui telefon memandangkan si Yan ni tidak dapar berjumpa dengannya pada esok hari.

"Polis ada jumpa beberapa klip rakaman CCTV di tempat-tempat bersembunyi dan dimaklumkan ada beberapa rakaman CCTV tu betul-betul sebijik muka Aqilah." Cerita Uwais. Kisah semalam dimana satu keluarga dapat melihat beberapa saat video yang terakam dari CCTV tersebut.

Dimana wajah seakan milik Aqilah itu terlihat keluar dari kereta dan menuju ke tandas awam yang berdekatan dengan beberapa kedai disana dan ada seorang lelaki yang berpakaian semua hitam pula keluar dari kereta dan masuk ke sebuah kedai 7E.

pada mulanya mereka semua tidak syak apa-apa cuma apabila wajah seakan mirip adik nya itu seolah tanpa sengaja membuka topeng diwajah buatkan mereka terkejut dan yakin itu Aqilah. Namun beberapa saat kemudian wajah yang mirip adiknya itu terus menutupi wajah seolah baru sahaja dimarahi oleh lelaki yang tidak kelihatan wajahnya.

"Hello Yan?." Panggil Uwais namun tiada sahutan tetapi tiba-tiba panggilan diletakkan. Uwais berkerut dahi dan dia terus melihat kearah screen telefon miliknya. "Lah dia tutup? Ni mesti takda line! Haih potong betullah! Baru nak cerita!." Bebel Uwais sendiri. Dia terus meletakkan telefonnya diatas meja kopi. Mata melihat kearah langit yang gelap. Dia berharap sangat-sangat adiknya dipertemukan dalam keadaan baik-baik sahaja.

"Along janji, Along cari Qilah."

JANGAN LUPA VOTE 🫶🏻

MY LOVE PSYCHOWhere stories live. Discover now