BAB 7

452 27 2
                                    

Tangis semakin kuat membuatkan ruang bilik kecil itu bergema. Sudah berapa hari dia disini? Hati ingin pulang sekarang juga, tolonglah sesiapa selamatkan dia disini. Dan dia tidak tahu apa akan jadi lagi selepas ini. lelaki diluar itu gila! Manusia yang menyerupai Setan. "Kau termenung apa Sweety?." Tegur Lelaki Misteri itu yang muncul secara tiba-tiba, Aqilah menoleh dan melihat kearah nya.

Aqilah terus berlari menuju kearah Lelaki Misteri itu sambil menangis. Kaki lelaki itu dipegang dengan kuat.
"Tolong lepaskan saya!! Saya mintak maaf kalau saya ada buat salah tapi tolong lepaskan saya." Jerit Aqilah bersama tangis yang tidak henti-henti. Lelaki itu hanya merenung sahaja kebawah.

Lelaki itu menyepak Aqilah dengan kuat lantas dia duduk mencangkung dihadapan Aqilah, Rambut Aqilah ditarik kebelakang. "Tak penat ke asyik menangis? Masuk hari ke 5 dah. Masih jugak nak menangis?." Soal lelaki itu tegas dan garang. Mata hazelnya terus melihat tepat kearah mata Aqilah. "Tolongggg saya mintak maaf kalau ada buat jahat dekat awak , awak nak duit saya boleh bagi tapi tolong lepaskan sayaa!!." Rayuan Aqilah hanya diketawakan sahaja. Bagi dia duit itu tidak penting yang penting sekarang hanyalah.

AQILAH.

"Shh aku tak nak duit. Aku hanya mahukan kau. hanya kau." Suaranya kedengaran romantik dan mengoda. Membuatkan Aqilah geli mendengarnya. Aroma wangi yang kuat dari Lelaki Misteri itu masuk ke dalam ruangan bilik itu.
   "Wangi? Hmm aku tahu kau tergoda dengan aku!." Aqilah menendang kerusi dihadapan nya. "Kau asal bodoh sangat ni?." Soal Lelaki Misteri itu. Dia menarik rambut Aqilah sekuat-kuatnya, Aqilah menangis.

"Ikut cakap aku! Aku akan jaga kau baik-baik."

Diam

"Jawab sayang hmm."
Prak!! Botol kaca yang berada disebelah mereka di baling kuat oleh Lelaki Misteri itu.

"Aku tanya tolong jawab setan!!!!."

Pang!!

Tamparan kuat hinggap di pipi kanan Aqilah, Dia merasakan sekeliling kabur rasa sakit semakin terasa dan akhirnya kabur.

"Sayang tidur ye, nanti aku datang balik." Dia terus pergi dari situ, Jasad Aqilah yang sedang pengsan dibiarkan begitu sahaja. Kini dia perlu pergi dari bilik itu sebelum emosi nya tidak terkawal.
Hati berat dan bersalah kerana menampar wajah seseorang yang dia sayang namun perempuan itu yang buat dia tidak dapat mengawal diri hingga dia tanpa sengaja menampar wanita itu.

"Maafkan aku sayang.." ujarnya dan satu tumbukkan ke arah dinding di lepaskan. sakit tanganya sakit lagi hati yang sedang rasa bersalah. "Aku perlu kawal! Macam mana kalau sayang aku mati? Macam mana keadaan dia dekat dalam?." Soalnya sendiri dan secara tiba-tiba moodnya berubah kearah ketakutan yang terlampau. "Tapi siapa suruh buat aku macam tu dulu kan? Hahahahah padan muka!." Kini wajahnya bertukar menjadi tegang dan ganas. Dalam masa yang sama senyuman sinis dilepaskan.

kau datang bawa cinta kau pergi bawa maut Aqilah!.



KEADAAN dirumah keluarga besar Aqilah masih lagi huru-hara ramai saudara mara datang ke rumah mereka ada sesetengah ahli keluarga mereka cuba untuk memberi semangat untuk keluarga Aqilah. Ramai masih terkejut dengan kehilangan Aqilah secara misteri dan ada juga sesetangah mereka mengatakan hal buruk tentang kehilangan Aqilah. "Macam mana? Ada berita?." Soal Puan Aminah kepada Encik Faizal. tangisnya dari tadi tidak henti-henti, Sudah nya yang hilang itu adalah satu-satunya puteri di dalam keluarga mereka dan lagi-lagi Aqilah anak bongsu. Orang tua mana yang tidak takut akan kehilangan anak secara misteri.

Encik faizal mengucup dahi isterinya dan badan isterinya di tarik kedalam dakapnnya lalu perlahan-lahan dia menggosok bahu Puan Aminah. Sebagai seorang bapa kepada anak-anaknya dan sebagai seorang suami. dia tidak mahu nampak lemah walaupun tidak ada setitis pun air mata jatuh dia perlu kuat untuk isterinya. Kehilangan Anak bongsu mereka menjadi tanda tanya.

MY LOVE PSYCHOWhere stories live. Discover now