Badan terkaku keras kerana kesejukkan. Awal pagi lagi dia di kejutkan dengan air yang tersangatlah sejuk dengan cuaca di awal pagi masih hujan lebat. Menggigil satu badan. Benar. Dia kini sedang di seksa dengan baju yang masih basah tiada satu pun tuala diberi kepadanya.
Pandangan melihat kearah seorang lelaki yang serba-serbi hitam dengan rambut yang menutupi mata serta mask hitam untuk menutupi mulut dan hidung. Dia sedang duduk di kerusi bersama buku bacaannya. Pandai pula Lelaki ini membaca!.
Aqilah melirik mata keatas. Menyampah dengan lelaki itu dia benar-benar penat! Untuk melayan kerenah lelaki itu. Boleh kah satu hari dia bebas tanpa diseksa?. "Sejuk sweety?." Sindir Lelaki Misteri itu. Aqilah hanya diam, Dia meletakkan buku yang dibaca tadi di sebelah meja yang berada dekat dengannya. Lantas kaki dibawa menuju kearah Aqilah.
Rambut basah Aqilah yang menutupi sedikit dibahagian mata di bawa ke belakang. "Nampak cantik dan seksi!." Aqilah menelan air liur. Entah mengapa perasaan takut menjelma. lelaki itu memandangnya dengan senyuman yang penuh menggoda. "Aku suka kau dekat dengan aku!." Luahnya tetapi tidak bagi Aqilah. Dia tidak suka dengan lelaki psiko seperti Lelaki Misteri ini.
"Aku nak kau? jom kahwin."
Aqilah ketawa sinis, nak kahwin? Dengan dia? Seribu kali ditanya seribu kali juga dia takkan terima lelaki sejenis psiko begini. Dia sudah cukup terseksa apatah lagi nanti berkahwin dengan lelaki ini.
"Jawablah!!." Kepala Aqilah ditunjal berkali-kali."Sakit!." Ngadu Aqilah.
"Kita kahwin." Kata Lelaki Misteri itu lagi.
"Aku taknak kahwin dengan lelaki psiko macam kau! Aku tak kenal kau dan aku tak cintakan kau Encik Lelaki Misteri! aku penat tolong lah faham! Kau faham takk!." Bentak Aqilah dia memukul lelaki itu sekuat hati. "Kita kahwin! Kau cintakan aku Aqilah Maisara! Kau bodoh, kau lupakan aku! Aku cintakan kau separuh mati kau? Kau lupa aku?." Lelaki Itu semakin mengamuk.
Aqilah tersentak dengan setiap apa yang dikatakan lelaki itu. Apa maksudnya yang dia sudah lupakan lelaki itu? Apakah mereka pernah kenal? Atau lelaki ini memang orang yang dia kenal?.
"Aku nak kau! Kau tu tolong faham aku boleh tak? Kau tak kesian ke dekat diri kau? Jadi mangsa dera aku. Kau tu yang degil sampai aku hilang sabar! Akh nak kau faham aku sayang aku itu pun susah ke hah?." Pipi Aqilah di cengkam dengan kuat hingga Aqilah mengadu sakit.
"Kau! Kaa..u yang gila setan!!!." Lawan Aqilah dengan sekuat hati-hatinya. Dia benci lelaki ini.
"Kau cakap aku gila? Kau nak tengok aku betul-betul gila ke? hmm sweety?." Suara yang dingin bertukar menjadi lembut. Argh lelaki ini memang Gila!. Aqilah perlahan-lahan kebelakang apabila melihat lelaki itu mulai membuka baju kemejanya."Kau nak buat apaa?." Jerit Aqilah.
Lelaki itu hanya tertawa. Semakin Aqilah kebelakang semakin itu dia ke depan hingga kini kedudukan Aqilah terkunci kerana tangan sasa lelaki itu terlebih dahulu mengunci pergerakkan nya untuk melarikan diri. "Tolong jangan apa-apakan saya!." Rayu Aqilah, semakin kuat tawa lelaki itu.
Mana tidaknya tadi berkau aku sekarang apabila ingin melepaskan diri bersaya awak pula. Kali ini tiada maaf bagi gadis itu. Dia hanya mahu gadis itu menjadi miliknya sepenuhnya.
"Tolong saya takut!! Jangann." Kepala Aqilah semakin pening imbasan satu memori seolah muncul kembali.
''Jangan apa-apakan i tolong!!."
''No sayang, kali ni i memang nak sangat dekat you hm.""Arghh!." Jeritnya. Kepala benar-benar sakit kerana imbasan memori lepas dan dada semakin kuat, kejadian apakah yang baru sahaja dia ingat tadi?. Kenapa yang terjadi sekarang seolah pernah terjadi.
Mata semakin kuyu pandangan lelaki yang berada di hadapannya semakin kabur. Kepala berdenyut dengan kuat apa yang terjadi sekarang dia sendiri tidak tahu. Suara lelaki itu semakin menghilang dan Akhirnya gelap.Uwais termenung melihat air yang masih lagi tidak disentuh dari tadi. Fikiranya mulai melayang memikirkan tentang Aqilah. Adik perempuannya. Kehilangan Adiknya masih lagi dibawah kes polis. Hari berganti hari masih lagi berita kehilangan adiknya belum dijumpai. Hanya beberapa kehilangan barang yang penting seperti
passport, ic, serta telefon pintar Aqilah. Hanya itu sahaja yang diambil. Yang lain masih terselamat dirumah.Fikiran mulai memikirkan tentang benda yang tidak baik. Setiap kali dia pulang ke rumah setiap kali juga dia melihat orang tuanya bersedih. Kerana mulut-mulut saudara-mara sendiri dan rakan-rakan kedua orang tuanya. Sakit hati. Ya di benci orang mengatakan hal tidak baik tentang adiknya selagi belum ada bukti.
"Yow Uwais." Teguran seseorang membuatkan lamunan Uwais kembali ke dunia nyata. "Weh Yan!." Tegur Uwais kembali. Yan seorang sahabat baiknya sejak zaman sekolah menengah lagi. Cuma terpisah selepas habis spm. Kerana keluarga Yan berpindah ke thailand untuk urusan kerja, cuma mereka banyak bertanya khabar hanya melalui telefon pintar sahaja. Dan sekarang baru dapat bertemu secara bersemuka.
"Apa khabar is?." Soal Yan, bahu Uwais ditepuk sebelum dia mengambil tempat duduk dihadapan Uwais. "Alhamdulillah baik, kau? Aku nampak makan happy sahaja." Tanya Uwais kembali. Dia tidak menafikan Yan antara kawan-kawan mereka yang paling kacak kerana darah yang mengalir di tubuh badan lelaki itu malaysia bapanya dan ibu pula memang bukan asli malaysia iaitu orang U.S.
Tambahan pula dia dilahirkan di negara asal ibunya. Memang paling top pelajar disekolah dahulu."Alhamdulillah baik, erm is! Aku ada dengar tentang
kehilangan adik kau, aku bersimpati atas apa yang terjadi, aku mintak maaf lambat nak jumpa kau." Uwais terdiam dengan kata-kata yang keluar dari mulut sahabat nya itu. Uwais berdehem."Takpa, aku tahu kau sibuk dengan urusan kerja. Dan ya thanks bro! Aku sekarang buntu serius aku betul-betul lost! Adik aku weh, aku hilang adik aku. Aku penat aku hampir give up. Macam-macam orang maki mak bapak aku cakap adik aku ikut jantan lain. Padahal satu bukti pun belum dijumpa." Luah Uwais, mata kembali dingin. Dia benci dengan tuduhan mereka semua termasuklah Maksu Hasnah yang tidak habis-habis mahu malukan keluarga mereka.
Yan mendengar setiap luahan sahabat baiknya itu. Dia mengerti dan faham akan kehilangan orang yang disayang, kerana dia pun pernah merasa akan kehilangan seseorang. Hampir separuh jiwa hilang pergi. Dan apatah lagi sahabatnya yang merasakan kehilangan itu. Dia bersimpati.
"InshaAllah dia baik-baik, kita sentiasa doakan dia agar dia baik dan tidak ada apa-apa yang berlaku. Benar atau tidak hanya dia sahaja tahu. Kita hanya mampu berdoa." Nasihat Yan kepada Uwais, dia tahu Uwais penat dan stress. Terlihat dari raup wajah lelaki itu yang kelihatan kurang tidur.
Kemungkinan kerana kerja yang banyak dan disambung pula mencari adiknya yang hilang. Pasti beban ditanggungnya sungguh berat.
"InshaAllah Yan aku harap adik aku baik-baik saja,
oh ya berapa lama kau dekat malaysia ni?." Tidak mahu terus bersedih dan serabutkan fikiran. Laju Uwais menukar topik perbualan mereka.
"Aa aku? Tak tahu lagi weh mungkin masih lama lagi dekat sini. Kebetulan dapat bercuti lama, memang nak explore lagilah malaysia ni!." Uwais ketawa, "itulah selalu tak balik malaysia!." Sindir Uwais. Memang ada sahabatnya pulang ke malaysia cuma masa belum dapat bertemu.Lagi-lagi dua-dua sibuk dengan hal kerja masing-masing. Kadang-kadang Dia ke luar negara baru Yan pulang ke malaysia. Dan sekarang baru dapat bertemu dan banyak benda mereka luahkan pada malam itu. Dapat jugak mengurangkan sedikit resah dihati. Harap-harap semua baik-baik sahaja.
DONE! Jgn lupa vote :) maaf sekiranya ada salah ejaan, inshaAllah akan diperbaiki. Enjoy
![](https://img.wattpad.com/cover/271221769-288-k248937.jpg)
YOU ARE READING
MY LOVE PSYCHO
RomansaCinta atau mati? Hidup seorang yang bernama Aqilah Maisara mulai tidak aman selepas selalu diganggu oleh seseorang. "Aku sayang kau." - Lelaki Misteri "Apa benda semua ni!!." - Aqilah Maisara Hidup mulai dalam ketakutan. Yang dulunya ceria kini b...