Kring! Kring! Kring!
Tangannya pantas meraba mencari punat agar bunyi bising dari jam loceng itu segera lenyap. Setelah berjaya mematikan jam yang baginya cukup bising itu,segera dia kembali menyambung semula tidurnya.
"Alicia! Alicia! Masa untuk bangun!"
Suara teriakan itu membuatkan tidurnya tadi sedikit terganggu. Dia berdecit kecil. Rasa malas mahu membuka mata. Biar saja manusia yang menganggu tidurnya sebentar tadi keluar dari biliknya agar dia dapat tidur semula dengan aman.
"Icha! Bangunlah,hari ni sekolah. Icha kata hari ni Icha bertugas jaga pintu pagar sekolah kita. Jadi cepatlah bangun." Tubuhnya terasa seperti digoncang. Kalau perlahan,dia boleh terima lagi. Ini kuat macam mahu berlaku ribut. Alicia membuka matanya paksa. Terus saja memaling memandang si manusia yang baginya penganggu itu.
"Kau boleh berambus tak dari bilik aku? Aku tahulah bila aku nak bangun,kau tak payahlah nak sibuk. Pergi keluar sana!" Halau Alicia sambil membaling bantal tepat ke arah lelaki itu. Balingannya tepat mengenai kepala lelaki itu. Dia mengukir senyuman manis lalu terus saja membaling semula bantal itu ke arah Alicia.
"Jom main dengan Ali sebelum kita pergi sekolah. Main perang bantal." Ajaknya. Alicia mengetap gigi tanda geram. Hilang sabarnya dengan abang kembarnya yang satu ini. Ali hanya tersengih namun dia masih berdegil. Dia berjalan menghampiri Alicia,namun....
"Kau ni memang tak faham bahasa ke?! Aku suruh kau keluarlah,Ali bodoh!!" Tengking Alicia melepaskan geram. Terhenti langkah Ali sebentar tadi. Dia kaku ditempat dia berhenti. Merapatkan kedua tangannya bersama lalu menunduk memandang lantai.
"Ya Allah,Ali! Apa yang Ali buat dalam bilik Alicia ni? Mari sini ikut ayah. Biar Alicia bersiap dulu dan Ali boleh pergi sekolah dengan Alicia,okey?" Haji Ghazali yang terdengar bunyi jeritan anak bongsunya itu segera berlalu ke bilik anak daranya itu. Terlihat anak bujangnya yang istimewa ini sedang berdiri di dalam bilik itu,segera dipujuknya untuk keluar.
Ali hanya akur dengan kata- kata Haji Ghazali. Tidak mahu dirinya ditengking oleh Alicia lagi. Ali berjalan menuju ke dapur sementara Haji Ghazali masih berada di depan muka pintu bilik Alicia.
"Ayah tahu,kamu tak boleh terima keadaan Ali yang sekarang. Tapi tolonglah jangan layan dia macam tu sekali. Dia tetap abang kembar kamu. Kalau ayah mati nanti,tak ada siapa yang ayah boleh harapkan untuk jaga Ali kecuali kamu,Alicia." Nasihat Haji Ghazali.
"Ayah boleh saja harapkan Rudy. Diakan anak sulung kebanggaan ayah. Mungkin dia juga boleh jadi kebanggan ayah kalau dia boleh jaga Ali yang cacat tu nanti." Jawab Alicia.
"Jadi..kamu memang tak nak jaga Ali untuk ayah?" Duga Haji Ghazali. Alicia tertawa sinis. Terasa lucu soalan ayahnya ini pada pagi yang tenang seperti ini.
"Memang tak nak! Saya tak nak jaga budak cacat tu! Sampai bila-bila pun saya tak akan jaga dia. Saya ada cita-cita yang perlu saya kejar. Saya tak ada masa nak hadap muka budak terencat tu." Kata Alicia.
"Jadi..lepas SPM kamu memang nak pergi?" Sekali lagi,dia menduga anak daranya yang baru berusia 17 tahun ini. Dia tahu,hati anak bongsunya ini tidaklah seoeras hati naka sulungnya itu. Kini,Alicia hanya diam membisu tanpa jawapan. Terus saja dia mencapai tuala dan berlalu ke bilik air.
Haji Ghazali menghela nafas kesal. Dia menutup pintu bilik Alicia dan berlalu pergi.
***skip***
"Aku nak duit! Bagi aku duit!!" Teriak Rudy sambil mencengkam kolar baju Ali. Ali mengigil ketakutan.
"Ali tak ada duit. Ali tak ada duit. Along jangan pukul Ali. Ali memang betul tak ada duit. Ali tak tipu." Rayu Ali. Rudy naik angin lalu terus dia menampar muka Ali kuat sehingga Ali terjelupuk jatuh menyembah lantai. Terus saja tabung duit simpanan Ali diselongkarnya.
"Ini kau kata tak ada duit? Penipu punya budak! Rasakan ni." Kata Rudy sambil menampar kuat kepala Ali.
"Along janganlah ambil duit Ali. Ayah cakap duit tu nak buat rawatan Ali. Ayah kata Ali sakit. Ali kena buat rawatan kalau nak sihat. Along tolonglah jangan ambil duit Ali." Rayu Ali sambil memeluk kaki Rudy yangningin berlalu keluar rumah bersama duit segengam ditangan.
Rudy menyepak tubuh Ali yang memeluk kakinya. "Pergi matilah dengan rawatan kau tu! Kau tu cacat! Orang cacat macam kau ni memang tak boleh sihat. Cuma kena tunggu mati je. Daripada kau simpan duit banyak-banyak macam ni,baik kau bagi dekat aku. Boleh aku guna beli dadah dan berjudi." Kata Rudy lalu dia beredar pergi dari rumah itu.
Sewaktu ingin pergi,Rudy terserempak dengan Alicia yang kebetulan sedang menyaksikan situasi tadi. Dia hanya mengabaikan Alicia yang sedang memerhati dirinya itu dan terus berlalu pergi. Setelah kelibat Rudy hilang dari pandangan mata,dia terus saja berlalu masuk kedalam rumah.
Terlihat Ali yang sedang menangis sambil mengutip duit syilingnya yang sudah bertaburan akibat dari perebutan bersama Rudy tadi. Alicia melihat semuanya dengan jelas. Ali menoleh kearah Alicia yang sedang memandangnya dengan renungan kosong.
"Alicia...duit Ali..,"
"Aku penatlah. Kau buatlah sendiri." Belum sempat Ali hendak menghabiskan kata-katanya,terlebih dahulu dipotong oleh Alicia. Dia berjalan masuk kedalam biliknya. Ali yang masih mennagis di depan muka pintu itu hanya dibiarkan tanpa dipujuk.
"Ali? Kenapa ni? Kenapa Ali menangis dekat sini?" Terkejut Haji Ghazali yang melihat anak istimewanya ini sedang menangis di depan muka pintu yang terbuka luas. Dia baru pulang dari kedai membeli barangan untuk masak makan malam.
"Ayah...duit Ali...along dah ambil. Along ambil duit Ali. Ali cakap duit tu untuk rawatan Ali sebab Ali sakit. Tapi along tetap tak nak pulangkan semula. Along ambil semua duit Ali. Tinggal ni je duit Ali,ayah." Adu Ali sambil menunjukkan beberapa keping duit syiling yang masih tinggal setelah dikutip. Haji Ghazali terus saja memeluk Ali lalu ditenanfkan anak istimewanya itu.
"Tak pe. Nanti ayah bagi Ali duit lain. Ali simpan elok-elok ya. Tak apa. Ali jangan nangis lagi. Ayah tak marah Ali. Jangan nangis,sayang." Pujuknya. Dia membelai helaian rambut hitam milik anak bujangyang sudah sudah berusia 17 tahun itu. Namun layanannya sama seperti anak kecil berusia tiga tahun.
Alicia yang di dalam bilik hanya mendengar pujukan Haji Ghazali terhadap abang kembarnya yang menghidap kecacatan otak kekal akibat demam panas sewaktu berusia lima tahun. Alicia memandang ke arah tabung simpanannya. Dipegang tabung itu dan diperhatikan nita yang tertulis pada tabung itu.
'Untuk permulaan masuk U lepas SPM. Duit ni jangan guna kalau rasa tak penting. Beli no UPU dan bayar yuran lebih penting demi masa depan.'
Alicia menghela nafas lalu kembali meletakkan semula tabung itu ketempat asalnya. Setiap kali dia terasa ingin menggunakan duit simpanannya itu,setiap kali itulah dia akan membaca nota pada tabung itu. Terus saja dia tidak jadi untuk menggunakannya.
"Alicia,ayah nak bincang sikit dengan Alicia ni. Benda ni penting." Kata Haji Ghazali ketika melihat Alicia sedang mengulang kaji diruang tamu. Dia duduk disisi Alicia yang sedang khusyuk itu.
"Ayah dah carikan kerja untuk Alicia. Gajinya pun berbaloi. Lepas saja Alicia habis SPM,Alicia boleh terus kerja dengan dia. Kerja Alicia hanya jadi pengurus je...senang dan gaji berbaloi."
"Saya tak nak."
"Kenapa kamu tolak Alicia?"
"Jawapan yang mudah,sebab saya tak nak! Saya nak sambung belajar dan dapat kerja yang lebih baik daripada menjadi pengurus kilang tempat ayah kerja tu."
"Kalau kamu pergi,macam mana dengan Ali? Siapa yang akan jaga dia?"
"Ayah ada dekat sini untuk jaga dia. Buat apa saya nak risau. Saya nak kejar masa depan saya. Saya tak mahu seperti Ali yang dah menjadi sia-sia hidup di dunia ni."
"Kalau aya mati nanti,siapa yang ayah boleh harapkan selain kamu?"
"Ayah tak boleh harapkan saya. Ayah bawalah Ali sekali kalau ayah nak mati nanti."
"Ajal maut ni bukan ditangan ayah,Alicia. Semuanya kerja Allah. Ayah takut sesuatu jadi pada Ali nanti kalau tak ada siapa yang jaga dia."
"Tengoklah dulu macam mana."
To be coutinued....
YOU ARE READING
Still Together For You
Teen FictionAlicia dan Ali pada asalnya adalah kembar yang sangat rapat dan akrab. Kemana saja mereka pergi sering bersama malah mereka juga melakarkan impian yang sama iaitu ingin mengubah nasib keluarga mereka yang susah itu. Ayah mereka Haji Ghazali hanya be...