Bab 13

64 11 7
                                    

Ammar melihat jam tangannya. Dia resah menunggu. Suda tiga cawan air slupie dia habiskan sambil menunggu. Jam sudah menunjukkan jam 10:30 pagi. Seketika kemudian,bunyi loceng pintu 7E itu dibuka dan terlihat kelibat manusia yang memang sedang ditunggu.

"Sorry lambat. Abang aku ni nak ikut aku,jadi aku kena bawa dia sekali kalau tak nanti dia mengamuk." Kata Alicia sambil menjelaskan sebab kelewatannya. Sudah puas dia memujuk Ali supaya jangan ikut,namun Ali tetap ingin ikut jadi Alicia terpaksa juga membawanya bersama.

Ammar memandang ke arah sekeliling. Siapa abang yang Alicia maksudkan? "Abang? Kau ada abang? Mana dia?" Tanya Ammar seakan tidak percaya. Dia mencari sekeliling mencari kelibat siapakah abang yang dimaksudkan oleh Alicia.

Melihat Ammar yang bagai mencari sekeliling,Alicia juga turut pelik dan mencari kelibat Ali. Rupanya Ali sudah hilang dibahagian makanan ringat dalam kedai 7E itu. Segera Alicia mendapatkan Ali lalu membelikan makanan ringan untuk Ali. Setelah itu,dia membawa Ali kepada Ammar untuk diperkenalkan.

"Ammar,ini Ali. Abang kembar aku. Dan...Ali,ini Ammar kawan aku." Kata Alicia. Ali tersenyum manis dan menghulur tangannya untuk bersalaman dengan Ammar. Ammar menyambutnya ragu-ragu.

"Semua kawan Icha kawan Ali juga. Kami kembar dan saling berkongsi. Selamat berkenalan." Beritahu Ali. Ammar hanya mengangguk dan melepaskan pegangan mereka. Alicia meminta Ali duduk dimeja sebelah sementara mereka ingin berbincang. Telefon pintar Alicia diberikan pada Ali untuk Ali menghabiskan masa dengan bermain game.

"Icha? Icha tu kau ke? Kenapa dia panggil kau Icha?" Tanya Ammar ingin tahu mengenai Ali.

"Ya. Dia panggil aku panggilan tu sejak dia 'sakit'. Sampai sekarang dia panggil aku dengan panggilan tu sampai aku pun jadi tak kisah kalau dia nak panggil aku macam tul"

"Sakit? Abang kau sakit apa?"

"Dia mula sakit lepas dia kena demam panas masa kami 5 tahun. Sejak tu,dia jadi macam tu. Perangai macam budak umur lima tahun walaupun umur sebenarnya dah 18. Doktor kata,dia mengalami kejutan dibahagian otak dan mengalami kerencatan untuk tumbesaran otaknya."

"Jadi....abang kau....OKU?" Alicia mengangguk perlahan sambil tersenyum tenang. Dia tidak lagi malu untuk mengaku keadaan sebenar Ali. Dia boleh terima Ali sepenuhnya walau apa jua keadaan kembarnya itu. Ali adalah darah dagingnya. Ammar hanya mengangguk dan mereka kembali kepada tujuan asal pertemuan mereka hari itu.

***skip***

"Icha,Ali penat. Ali nak tidur." Pinta Ali sambil memberikan telefon pintar Alicia setelah puas bermain game. Alicia mencapai huluran Ali sambil menarik tangan Ali duduk dikerusi sebelahnya. "Ali tidur dekat sini dulu boleh. Nanti bila kita nak balik,Icha kejut Ali." Ujar Alicia. Ali hanya menurut.

Ammar memandang kosong kearah Ali. Hakikatnya dia tidak menyukai Ali sejak tadi. Dia rasa jijik dengan Ali tapi dia tidak boleh menunjukkan reaksi itu dihadapan Alicia. Dia hanya turutkan saja walaupun hatinya memberontak.

"Aku rasa,kita kena start buat kaji selidik dekat setiap kedai yang ada dibandar ni. Baru mudah nak tikis laporan kajian nanti sebab kena sertakan denga kaji selidik." Cadang Alicia.

"Betullah cakap kau. Tapi setiap syarikat,pasti pengurusan mereka banyak. Masa operasi,kewangan pemasaran. Perakaunan semua tu kita kena ambil kira dalam laporan."

"Alu tahu memang penting. Tapi aku rasa baik mita buat kaji selidik dulu dan akhirnya kita akan buat kiraan sendiri dan buat penilaian. Baru tulis dalam laporan." Ammar mengangguk dengan penjelasan Alicia.

"Aku okey je mana-mana. Jadi...kita akan start dengan kaji selidik. Tapi kita nak pergi mana?"

"Ada satu restoran maju dekat tengah pekan ni. Restoran tu memang terkenal betul. Apa kata kalau kita cuba disana." Ammar pantas menggeleng. Ali berkerut kening.

"Restoran tu dah biasa dan laporan kita akan pada C sebab disangka ciplak laporan pelajar senior."

"Jadi....kau ada perancangan yang lebih baik?" Ammar mengangguk lalu menunjukkan sekeliling kawasan.

"Kita guna 7E. Kedai serbaneka kedengaran unik. Aku teringin nak tulis laporan tentang pengurusan kedai serbaneka. Pasti seronok."

"Kedengarannya bagus. Bila kita boleh mula?"

"Esok."

"Esok?!" Terkejut Alicia mendengar kata putus Ammar. Ammar hanya mengangguk.

"Kau ingat nak buat laporan kaji selidik ambil masa empat lima hari? Jadi kalau kita start cepat,lagi bagus sebab kakau siap awal boleh buat sedikit pe,betulan sebelum submit." Jelas Ammar. Alicia tiada pilihan lain. Dia terpaksa menurut juga walaupun dia kurang bersetuju.

Bersambung.....

Okey guys,dua chapter ni okey?
Sebagai tanda maaf dan terima kasih kerana support author,author hadiahkan korang satu chapter sebagai tanda terima kasih atas kesetiaan kerana menunggu.

Okey...lepas ni author akan publish dua chapter sekali gus....in sha Allah...

Stay tune👋

Still Together For YouWhere stories live. Discover now