Bab 1

116 12 4
                                    

Alicia bersiap seadanya untuk pergi ketaman. Disana sudah menunggu kawan-kawannya yang lain untuk sama-sama mengulang kaji pelajaran. Memandangkan hanya tinggal beberapa bulan lagi sebelum Sijil Pelajaran Malaysia,Alicia mahu lakukan yang terbaik dalam hidupnya. Beg sandang yang sudah tersedia didalamnya terdapat buku-buku yang berkaitan terus dicapai lalu diletakkan dibahu.

"Icha! Icha nak pergi mana? Ali nak ikut." Tuntas Ali ketika melihat si kembarnya itu seakan ingin keluar. 

"Tak boleh! Aku nak jumpa kawan-kawan aku dekat taman. Aku tak nak kawan-kawan aku tahu yang aku ada kembar cacat macam kau. Pergi sana!" Halau Alicia lalu dia mencapai basikalnya dan berlalu pergi meninggalkan halaman rumah. Ali hanya memandang Alicia yang semakin menghilang. Terus saja dia mengukir senyum lalu kakinya mengorak langkah mengekori Alicia tanpa disedari oleh gadis itu.

***skip***

"Alicia! Apasal kau lambat? Lama dah kita orang tunggu." Rungut Moon ketika dia melihat kelibat basikal Alicia yang memasuki perkarangan taman itu. Alicia hanya memusigkan bola matanya tanda malas mendengar bebelan Moon.

"Nak buat macam mana? Aku sorang je anak perempuan dalam rumah tu. Jadi...kenalah buat apa yang patut dulu sebelum keluar." Balas Alicia sebekum dia melabuhkan punggungnya diatas kerusi yang disediakan di taman itu. Dia mengeluarkan buku sejarah bersama dengan sebuah buku nota.

"Jadi...Alicia,awak ada bawa nota yang saya suruh awak bawa tu?" Tanya Iman ketika dia juga bersedia untuk mengulang kaji bersama Alicia dan Moon. Terus saja Alicia menunjukkan nota matematik yang telah lengkap dia siapkan.

"Mestilah. Ini dia nota yang kau minta tu. Cuma...aku harap kau fahamlah dengan nota aku. Sebab aku buat nota berdasarkan kefahaman aku." Kata Alicia. Iman mengukir senyuman lalu terus menjawab.

"Sebab tulah saya suka pinjam nota awak. Ringkasan yang awak buat memudahkan saya untuk hadam dan buatkan saya lebih faham." Tiga kawan ini meneruskan ulang kaji mereka selama tiga jam. Setelah tiga jam lamanya mengulang kaji bersama dan berbincang mengenai topik yang agar sukar.

"Lepas SPM ni,apa perancangan korang?" Tanya Moon memulakan perbualan santai mereka.

"Saya nak ambil kursus kemahiran. Bidang kulinari dan pastri sebab saya nak buka sebuah restoran pasta." Jawab Iman. Alicia dan Moon mengangguk dengan perancangan Iman. Lagi pun sudah mereka tahu bahawa masakan Iman memang sedap kerana mereka pernah merasanya.

"Kau pula,Alicia?" Tanya Moon lagi.

"Aku nak mohon UPU dan nak daftar dekat universiti kerajaan. Aku nak sambung belajar sampai aku ambil PHD dalam bidang kejuruteraan." Balas Alicia. Kini Iman dan Alicia memandang pula ke arah Moon.

"Kau pula macam mana? Sibuk betul tanya pasal kitaorang. Apa perancangan kau lepas ni?" Tanya Alicia. Moon hanya tersenyum. Mula terasa rendah diri dengan dua orang temannya ini.

"Aku? Mungkin aku ambil form 6 je. Sebab aku sedar,aku tak lah sepandai Alicia nak mohon UPU dan aku tak minat kemahiran seperti Iman. Jadi...aku rasa lebih better aku ambil form 6 je." Balas Moon. Bahunya dia tepuk lembut oleh Alicia.

"Jangan risau. Kalau result kau okey...kau akan berpeluang untuk jejakkan kaki ke universiti. Masa tu nanti...aku akan tunggu kau." Kata Alicia sambil mengenyitkan matanya. Ketika itu,ada seorang lelaki sedang memandang ke arah tiga gadis itu,kemudia terus saja dia meluru ke arah kelompok itu.

"Icha! Icha! Ali dah jumpa Icha." Sorak Ali sambil melabuhkan duduknya duduk disebelah Alicia. Ketika itu,Alicia sudah mula resah. Bagaimana Ali boleh berada disini? Moon dan Iman memandang Alicia yang bagaikan tidak keruan. Moon menarik tangan Alicia agar dia menjauhi Ali.

"Apa yang budak gila ni buat dekat sini?" Tanya Alicia sinis.

"Kenapa awak cakap macam tu,Alicia? Dia ni tak gilalah. Mungkin dia ni sakit."

"Kalau dia tak gila,kenapa dia berjalan tak pakai selipar?" Duga Alicia sambil menunjukkan kearah kaki Ali yang berkaki ayam. Ali juga turut memandang ke arah kakinya lantas menggaru kepala yang tidak gatal.

"Ali lupa nak pakai selipar tadi. Ali nak cepat nanti tertinggal...,"belum sempat Ali hendak menghabiskan kata-katanya terus saja Alicia menariknya dan membawa Ali pergi jauh dari kawan-kawannya.

"Apa yang kau buat dekat sini?" Tanya Alicia dingin. Sebenarnya dia sangat marah pada Ali.

"Ali nak ikut Icha. Kita boleh makan ice krim. Ali ada bawa duit. Ayah bagi Ali duit tadi,ayah suruh beli ice krim. Ali nak beli untuk Icha satu." Kata Ali sambil mengeluarkan duit kertas bernilai lima ringgit dalam poket seluar pendeknya. Alicia menghela nafas lalu terus saja dia menolak Ali agar Ali pergi dari situ.

"Aku tak tengok muka kau dekat sini. Pergi! Aku tak kenal kau,berambus dari sini." Halau Alicia kasar. Dia terus menolak tubuh Ali memaksa lelaki itu untuk beredar pergi dari situ. Setelah kelibat Ali sudah tiada,Moon dan Iman datang.

"Kau kenal ke dengan budak tadi tu?" Tanya Moon ingin tahu.

"Tak. Aku tak tahu. Kau kenal ke dengan dia tu?" Soal Alicia pula setelah memberi jawapan pada Moon.

"Tak kenal sangat sebenarnya. Baru hari ni aku nampak dia. Selama ni aku cuma dengar cerita je tentang dia. Dia sebaya kita tapi fikiran dia macam budak lima tahun. Bak mata mak aku,masa dia lima tahun,dia kena demam panas teruk sampai dia jadi terencat macam tu." Jawab Moon.

"Kesiannya dia. Kalaulah dia normal,mesti dia dah dapat rasa kehidupan sama macam kita." Ujar Iman meluahkan rasa simpatinya.

"Ya. Dan...dia tak akan menyusahkan semu orang disekelilingnya." Kata Alicia perlahan. Sangat perlahan. Moon memandang ke arah Alicia bagaikan terdengar sesuatu dari mulut Alicia.

"Kau ada cakap apa-apa ke tadi?" Segera Alicia tersedar bahawa dia sudah terlepas cakap.

"Eh! Tak! Aku tak cakap apa-apa." Jawab Alicia.

"Korang,dah petang ni. Aku balik dulu lah. Nanti ayah aku risau pula. Jumpa korang nanti." Kata Alicia lalu terus berjalan ke arah basikalnya dan mengayuh pergi dari situ. Dia tidak mahu menerima sebarang soalan yang akan memerangkap dirinya sendiri. Selama ini,tiada siapa yang tahu bahawa Ali itu adalah kembarnya kerana dia tidak pernah membawa Ali keluar bersama dengannya.

To be coutinued....

Still Together For YouWhere stories live. Discover now