Bab 18

67 11 4
                                    

Alicia terjaga dari tidurnya ketika terdengar bunyi pintu biliknya diketuk berkali-kali. Dia perlahan-lahan bangkit dari duduknya dan melangkah ke pintu dan di bukanya. Alicia terkejut saat melihat susuk Ali yang sedang menangis di hadapan biliknya.

"Ali? Kenapa ni? Kenapa Ali menangis ni?" Teris saja Alicia memeluk Ali dan menenangkannya. Tubuhnya terus saja dipeluk erat oleh Ali. 

"Ali kenapa? Cerita dengan Icha." Pujuk Alicia sambil tangannya dengan lembut mengusap rambut Ali. Pelukan Ali masih erat pada tubuhnya. "Ali takut. Ali takut,Icha." Adu Ali.

"Ali takut apa? Bagitahu Icha."

"Ali takut. Ali mimpi Icha tinggalkan Ali. Along dan angah ambil Ali dan kurung Ali dalam bilik gelap." Beritahu Ali sambil menangis tersedu-sedu.

"Mainan tidur Ali je tu. Icha tak akan tinggalkan Ali. Tak ada siapa akan kurung Ali. Along dan angah tak akan sentuh Ali lagi. Icha akan pastikan Ali selamat." Pujuk Alicia lagi. Dia mengusap-usap belaksng Ali agar lelaki istimewa ini bertenang.

Setelah dia merasakan bahawa Ali sudah semakin tenang,dia terus membawa Ali ke biliknya. Ditidurkan semula Ali sehingga lena. Alicia duduk termenung di sofa ruang tamu. Dia mengenang semula mimpi Ali sebentar tadi. Ketika itu,dia mengingati salah satu peristiwa saat mereka kecil,dimana dia sering mendapat mimpi buruk dan mengerikan.

****FLASHBACK*****

"ARGHHHH!"

Ali memandang tepat ke arah Alicia yang menjerit sewaktu tidur itu. Dilihat wajah Alicia yang pucat lesi dan berpeluh-peluh.

"Kau...mimpi buruk ke?" Soal Ali. Alicia memandang Ali lama dan kemudian mengangguk. Ketika ini baru jam 3 petang, tapi dia sudah mengalami mimpi buruk dan sangat mengerikan. Ali tertawa kecil.

"Kau ni,terukalah! Aku tengah seram ni boleh pula dia gelak." Marah Alicia sambil Memukul dada Ali. Ali mengusap dadanya yang sakit dipukul oleh Alicia tadi. Ali tersenyum dan kemudian terus saja memeluk Alicia.

"Jangan risaulah. Mainan tidur kau je tu. Tak ada apa yang buruk akan terjadi dan aku akan selaku ada. Kitakan kembar. Aku akan selalu ada untuk kau." Pujuk Ali cuba menengangkan Alicia. Perlahan-lahan Alicia membalas pelukan Ali dan dia tersenyum kecil.

'......terima kasih,abang....'

****end flashback****

"Alicia! Alicia,bangun. Dah subuh ni." 

Alicia terjaga dari tidurnya saat mendengar suara Puan Fauziah mengejutkannya. Terus saja Alicia duduk dan mengesat kelopak matanya. Ketika itu,Puan Fauziah duduk disisinya.

"Kenapa kamu tidur diluar,Alicia?" Tanyanya prohatin. Dia memang sayang pada Alicia dan Ali malah dia telah menganggap dua beradik kembar ini sebagai anak kandungnya sendiri.

"Saya teman Ali tidur semalam ibu. Semalam Ali kata dia mimpi buruk sampai tak boleh nak tidur. Nangis-nangis dia minta saya teman dia tidur. Jadi saya pergila tidurkan dia dulu. Tak sangka pula saya tertidur dekat sini." Jawab Alicia. Dihujung gelak tawanya itu terdengar suara ketawa.

Puan Fauziah tersenyum. "Tak apa. Mungkin itu hanya mainan tidur Ali. Kamu jangan fikirkan sangat,ya." Pujuk wanita separuh usia ini. Alicia hanya mengangguk dan tersenyum. "Cepat bersiap solat. Ayah dah tunggu kita nak solat berjemaah sama-sama." Kata Puan Faiziah lagi. Terus saja Alicia bersiap untuk menunaikan kewajipannya itu.

S
K
I
P

".......Amiin ya rabbal 'alamiin."

Sepantas kilat Ali menghulur tangan untuk bersalaman bersama Encik Badrul. Dia hanya menyambut dan Ali mencium tangannya. Seterusnya dia pergi kepada Puan Fauziah dan lakukan perkara yang sama. Ali beralih kepada Alicia dan mencium tangan Alicia.

"Apa ni Ali? Sepatutnya Icha yang cium tangan Ali." Tegur Alicia.

"Tapi ayah cakap Ali kena hormat orang yang lebih tua dari Ali dan orang yang jaga Ali." Balas Ali.

"Memanglah Icha yang jaga Ali. Tapi Ali lebih tua dari Icha. Ali tu abang Icha." Kata Alicia. Ali menggaru kepalanya yang tidak gatal. Tidak mengerti. Alicia hanya tertawa kecil.

"Tak apa kalau Ali tak faham. Tapi yang betul Icha yang kena salam dan cium tangan Ali. Ingat tu?" Pesan Alicia. Ali mengangguk dan kemudian Alicia mencium tangannya. Beberapa saat selepas itu,Ali kembali mencium tangan Alicia.

"Ali?!" Ali hanya tertawa dengan panggilan Alicia. Mereka yang melihat tingakh pasangan kembar ini juga turut tertawa. Ali memang sudah biasa bersembahyang bersama mereka walaupun pada hakikatnya dia solat seperti 'manusia akal separuh'.

Ali menghulur tangannya pada Iman. Tetapi Iman tidak menyambut dan hanya tersenyum. Memberi satu isyarat kepada Ali yang istimewa. Ali menggaru kepalanya kerana tidak mengerti isyarat Iman.

"Iman dengan Ali kan tak boleh pegang tangan. Nanti berdosa." Jelas Iman setelah melihat wajah Ali. Ali sekali lagi tertawa. Dia menggaru pipinya.

"Hehehehe....Ali lupa." Katanya.

********

"Aku harap kerja kau akan selesai hari ni. Aku nak budak tu,faham?!"

"Ya. Alu fahamlah. Pandailah aku nak pancing budak tu nanti." Jawab Ammar sebelum dia meletakkan panggilan telefonnya. Dia berfikir sejenak.

"Macam mana aku nak umpan diorang masuk dalam perangkap aku?" Katanya pada diri sendiri. Setelah dia mendapat idea,dia terus tersenyum penuh makna. Dia dengan segera mendail nombor seseorang.

"Hello. Boleh kita jumpa hari ni."

"Sorry aku busy hari ni."

"Kejap je. Kalau tak ada orang jaga abang kau,kau boleh bawa dia sekali. Jomlah keluar makan. Aku belanja."

"Hmmm....tengoklah dulu macam mana. Nanti aku teks kau semula."

"Okey. Aku tunggu kau dekat tempat biasa."

Setelah selesai bercakap,dia terus mematikan panggilan dan tersenyum sumbing. Rancangannya akan berjaya kali ini.

Bersambung.....

Still Together For YouWhere stories live. Discover now