Bab 5

104 12 2
                                    

"Terima kasih." Ucap Alicia kepada penduduk kampug yang beransur balik setelah pengurusan jenazah selesai dengan selamatnya. Alicia masuk kedalam rumah lalu ditutup pintunya. Wajah Roza dan Rudy dipandang tidak puas hati. Benci rasa hatinya melihat dua orang manusia ini.

"Kenapa korang balik?"

"Ini rumah kita orang juga. Salah ke kita orang nak balik?"

"Baru sekarang nak mengaku yang ini rumah korang? Selama ni? Rudy tak habis-habis dengan dadah dan judi dia. Kau? Pelacur!" Roza yang terasa sakit dengan kata-kata Alicia tadi terus bangun dari duduknya dan melangkah masuk kedalam bilik. Dia hanya membiarkan saja. Jelingan mata tertumpu pada Rudy pula.

Rudy yang mengerti pandangan Alicia itu terus saja bangun dan pergi dari situ. Alicia duduk di sofa dan termenung. Kenapa diorang ni balik? Kalau nak kata sebab harta,Haji Ghazali tidak meninggalkan walau sebidang tanah pun pada mereka adik-beradik.

***skip***

Ali berjalan pulang kerumah. Hari sudah larut malam dan dia masih merayau diluar. Namun,tiba saja mulutnya diterkup seseorang. Ali meronta-ronta meminta untuk dilepaskan.

"Kau diamlah budak!" Bisik Rudy marah. Dia yang menerkup mulut Ali. Roza yang berada dihadapannya hanya tersenyum.

"Cepatlah buat! Aku dah tak larat nak pegang budak ni." Amuk Rudy saat Ali semakin mengganas. Roza berdecit kecil lalu dikeluarkan sebuah picagari. "Aku nak buatlah ni. Pegang je budak cacat tu,jangan sampai dia bergerak." Arah Roza. Rudy menghela nafas akur. Dia tetap juga memegang Ali yang mengganas.

Roza menghampiri leher Ali lalu disuntikkan picagari itu ke dalamnya. Bukan satu,malah dua disuntikkan pada Ali. Setelah selesai,Rudy melepaskan pegangan tangannya pada Ali. Rudy mengusap kepala Ali mengejek.

"Kesian jadi kau,budak. Nampaknya tak lama lagi...kau akan jadi penangih sama macam aku dan juga seorang perogol." Tawa Rudy. Roza juga turut tertawa. Rudy memandang ke arahnya mengharapkan agar Roza mengerti.

"Kau boleh pergi. Aku akan ajar dia apa yang sepatutnya dia buat. Jangan kacau." Kata Roza. Rudy mengangguk faham. "Dia dah khayal tu. Senang kau nak control dia nanti." Pesan Rudy lalu dia berjalan pergi dari kawasan hutan itu. Roza menolak Ali masuk ke dalam hutan dan mula melakukan tugasnya.

Alicia masuk kedalam bilik Haji Ghazali. Katil arwah ayahnya itu diduduki. Kemudian,dia memandang ke arah laci meja disisi ayahnya. Niat dihati hanya mahu membiarkan saja. Namun,entah kenapa dia tetap juga membukanya.

Sehelai surat bersama sebuah fail misteri terlihat tersusun kemas di dalam laci itu. Alicia ragu. Apakah wajar dia membuka fail itu dan melihatnya. Namun,dia tetap diturutkan rasa hati. Mencapai fail dan sepucuk surat itu.

Fail misteri yang menjadi perkara pertama yang dilihat. Dia ingin tahu,apakah yang terkandung di dalam fail ini. Setelah dilihat,sungguh Alicia terkejut dengan isi kandungan di dalam fail itu. Sesuatu yang tidak pernah dia sangka selama ini. Setelah itu,sepucuk surat itu pula yang menjadi sasarannya. Dibuka surat itu lalu dibaca.

Kehadapan anak kesayangan ayah,Nur Alicia.

Maaf sebab ayah terpaksa rahsiakan semua perkara ini daripada kamu. Maaf kerana telah membuatkan kamu hidup sebagai anak kepada orang susah selama ini. Tapi...ayah tiada pilihan lain. Ayah perlu rahsiakannya daripada Rudy dan Roza. Ayah yakin mereka sanggup lakukan apa saja untuk dapatkan tanah tu. Jadi...sebab itulah ayah rahsiakannya daripada kamu semua.

Ayah sangat kecewa Alicia. Ayah sungguh kecewa. Pada awalnya,ayah mengharapkan Rudy,anak sulung ayah bersama kembarnya,Roza untuk uruskan tanah tu. Tapi setelah lihat apa yang telah berlaku kepada mereka berdua,ayah sangat tak sangka. Jadi...ayah putuskan untuk serahkan tanah tu pada pak cik Harun.

Bila satu hari nanti kamu jumpa fail penyerahan semula tanah harta warisan ayah dan surat ini nanti,bererti ayah sudah tiada bersama kamu. Itu juga bererti ayah sudah tinggalkan kamu satu beban yang sangat susah untuk kamu laksanakan. Kamu perlu lindungi tanah warisan kita daripada jatuh ke tangan Rudy dan Roza. Ayah percaya jika mereka tahu hal ini,mereka akan lakukan apa saja untuk dapatkannya.

Tanah tu,ayah dah letakkannya di atas nama Ali. Tapi ayah percaya kamu boleh uruskannya untuk Ali kerana Ali memang sangat memerlukan kamu. Ali sangat perlukan adik kembarnya daripada kekejaman abang dan kakaknya sendiri. Jaga dan lindungi Ali untuk ayah,Alicia.

Sekiranya Rudy dan Roza tahu Ali adalah pewaris mutlak ke atas tanah tu,ayah yakin mereka berdua akan buat sesuatu untuk pastikan nama Ali digugurkan daripada menjadi pewaris. Ali anak istimewa Alicia. Sekiranya dia tidak mampu untuk menguruskan tanah itu,sekurang-kurangnya dia masih boleh percayakan seseorang untuk membantunya,orang itu adalah kamu,Alicia.

Maafkan ayah sekali lagi atas apa yang ayah dah lakukan pada kamu. Ayah betul-betul minta maaf. Ayah harap kamu boleh maafkan ayah atas segala salah silap ayah.

Yang benar,
Haji Ghazali Bin Abdul Rahim.

Sekali lagi air mata Alicia mengalir. Dia menatap fail yang mengandungi wasiat harta tanah arwah ayahnya yang kini berada dalam jagaan pak ciknya. Dia akan menyimpan fail wasiat ini dengan baik. Bila sudah tiba masanya nanti,dia akan mengambil kembali harta milik ayahnya semula.

To be coutinued....

Still Together For YouWhere stories live. Discover now