Bab 15

81 12 7
                                    

Alicia mencari telefon pintarnya yang berbunyi menandakan bahawa ada satu panggilan masuk. Dia mencari di dalam beg sandangnya. Setelah dia berjaya menemuinya,dilihat siapa pemanggil. Alicia menyembunyikan senyumannya kerana dia terasa begitu syukur kerana mendapati Iman yang menghubunginya. Memang dia sedang menantikan panggilan daripada Iman.

"Iman? Kenapa telefon?" Tanya Alicia sambil menjeling sekilas kearah Ammar yang sedang makan burger McD dihadapannya.

"Awak lama lagi ke nak balik? Awak dekat mana ni?" Tanya Iman sedikit cemas.

"Kenapa Iman? Ada apa-apa hal ke?" Tanya Alicia ingin tahu. Dari pertanyaan Iman tadi seolah ada sesuatu yang terjadi. Iman memandang sekilas kearah Ali yang masih asyik bermain permainan video tanpa mahu bersuara atau melakukan apa-apa.

"Ali...," belum sempat Iman menghabiskan ayatnya terus saja dipotong oleh Alicia.

"Kenapa dengan dia? Apa mengamuk ke?"

"Tak. Tenang Alicia. Dia tak mengamuk macam biasa pun. Tapi...dia...dari petang tadi lepas ibu dan ayah bawa dia pergi temujanji,dia tak berhenti main permainan video. Makan tak nak. Bercakap pun tak nak. Dia tak benarkan sesiapa sentuh dia. Dia cuma nak awak." Beritahu Iman. Alicia tenang mendengar kata-kata Iman.

"Saya rasa dia takut. Ibu cerita masa mereka dalam perjalanan balik dari temujanji siang tadi...Ali ternampak Rudy. Saya rasa dia takut dengan Rudy sampai dia tak percaya sesiapa kecuali awak." Beritahu Iman lagi.

Alicia bangun dari duduknya dan menghantar isyarat kepada Ammar untuk pergi sebentar. Ammar hanya mengangguk dan meneruskan makan. "Okey Iman,sekarang kau dekat mana? Dengan Ali?" Tanya Alicia.

"Ya,saya ada dengan dia. Tapi dia langsung tak nak pandang saya,ibu dan ayah. Matanya hanya fokus pada skrin tv." Beritahu Iman. Alicia menarik nafas panjang lalu dihembus perlahan.

"Okey Iman...sekarang dengar cakap aku..kau buka speaker dan dekatkan dengan telinga Ali." Arah Alicia. Iman menurut akur. Dia membuka pembesar suara llau ditujukan telefon pintarnya ke arah Ali yang masih leka bermain.

"Ali..Ali boleh dengar tak? Ali?" Mendengar saja suara yang sungguh dia kenali itu mdmbuatkan Ali tidak keruan. Terus saja dia mencari dari mana datangnya suara itu disetiap kawasan. "Alicia,nampaknya Ali tengah cari awak."

"Tak apa. Ali...Ali boleh dengar suara Icha?"

"Icha mana? Icha dekat mana? Mana Icha? Ali nak Icha! Ali nak Icha!" Rengek Ali bagaikan budak kecil. Iman yang sedang melihat situasi itu di depan matanya kini menahan sebak. Tangan kanannya digenggam kuat ke dada sementara tangan kirinya menghalakan telefon pintarnya ke arah Ali yang masih resh.

"Icha,Ali takut. Ali takut. Mana Icha? Ali nak Icha. Ali takut Icha." Rengek Ali lagi.

"Icha dalam perjalanan balik. Janji,kurang dari sejam Icha sampai rumah. Sementara tu duduk dengan Iman,mak cik dan pak cik dulu. Ali boleh percayakan diorang." Alicia yang berada dalam talian memujuk.

"Tak nak! Ali takut. Ali nak Icha. Ali takut Icha."

"Ye,sayang. Icha tahu Ali takut. Duduk dulu dengan Iman. Tak apa,jangan risau. Icha akan segera balik. Jangan menangis. Ali boleh percayakan Iman,pak cik dan mak cik. Ali percayakan Icha?" Duga Alicia. Ali merenung Iman. Iman tersenyum lalu mengangguk.

"Icha janji Icha balik?" Tanya Ali seolah takut kehilangan Alicia.

"Ye. Icha janji Icha balik. Ali tunggu Icha sampai." Ali menyeka air matanya yang sudah mengalir. Setelah itu...Iman terus menamatkan panggilan. Ketika itu Ali kembali merengek. Dia memandang Iman dan merayu agar kembalikan Alicia kepadanya.

"Ali nak Icha." Rayu Ali. Iman berusaha memujuk.

"Alicia dalam perjalanan. Sabar ye. Ali tunggu dulu."

***skip***

"Dah siap bercakap? Jom kita pergi sekarang. Movie tu dah nak start." Ujar Ammar ketika melihat Alicia masuk kembali dalam keadaan tergesa-gesa.

"Sorry,Mar. Aku kena balik sekarang,urgent. Lain kalilah kau belanja aku tengok wayang. Bye,jumpa kau semula nanti." Kata Alicia lalu terus saja bergegas pergi tanpa menyentuh makanan yang dibelikan oleh Ammar. Ammar hanya memerhati kelibat Alicia yang semakin menghilang dari pandangan mata.

"Dia tak sentuh pun yang aku belikan ni....," ujar Ammar perlahan seakan kecewa. Dia mengetap giginya geram. "Ni mesti sebab kembar dia yang cacat tu. Aku benci budak cacat! Siap kau budak....kalau aku dapat kau,aku kerjakan kau cukup-cukup." Nekad Ammar lalu dia beredar keluar dari kedai itu.

"Mana Icha? Ali nak Icha. Ali nak Icha. Icha,Ali nak Icha." Ali masih tidak berhenti merengek. Jika tadi dia hanya berdiam diri sehingga membuatkan semua penghuni rumah risau tentang keadaannya,setelah mendengar suara Alicia melalui panggilan telefon tadi,barulah Ali menunjukkan tingkah lakunya yang ketakutan itu.

"Assalamualaikum....Ali,Icha dekat sini." Suara memberi salam itu membuatkan mereka semua lega. Ali terus bangun dari duduknya dan berlari ke arah pintu. Dia ingin segera mendapatkan Alicia. Alicia membuka daun pintu dan dirinya terus saja dipeluk oleh Ali. Ali membalas pelukan itu sambil berjalan masuk ke dalam. Tangan Puan Fauziah disalamnya.

"Icha,Ali takut. Siang tadi Ali nampak along. Ali takut along buat Ali. Ali takut dengan along dan angah." Tangis Ali dalam dakapan Alicia. Alicia mengusap lembut belakang Ali dan rambutnya agar kembarnya ini bertenang.

"Tak. Diorang tak akan berani kacau Ali lagi. Ali dah selamat dah sekarang." Pujuk Alicia. "Ali selamat sekarang. Ali ada Icha. Ali ada Iman,pakcik dan makcik. Diorang tak akan apa-apakan Ali." Pujuk Alicia sambil menenangkan Ali.

Tiga pasang mata yang sedang melihat situasi itu menahan sebak mengenangkan nasib pasangan kembar ini. Encik Badrul menahan sebaknya. Aku akan jaga diorang berdua ni macam anak aku sendiri,Ghazali. Kau jangan risau dan tenanglah dekat sana. Aku tak akan biarkan sesiapa pun cederakan Ali mahupun Alicia. Bisik hati Encik Badrul.

******

Alicia keluar dari bilik tidur Ali setelah dia mendapati Ali sudah lena. Ketika dlaam perjalanan menuju ke biliknya yang dikongsi bersama Iman,dia terlihat Encik Badrul diruang tamu sedang termenung. Alicia hanya membiarkan saja dan terus melangkah pergi.

"Alicia,mari sini kejap." Panggil Encik Badrul. Mendengarkan panggilan itu,Alicia terus melangkah ke sana lalu dia duduk disofa dihadapan Encik Badrul.

"Ali dah tidur?"

"Dah pakcik. Ali baru saja tidur."

"Macam mana dia? Dia dah okey?"

"Alhamdulillah dah okey. Cuma kena temankan dia sampai betul-betul yakin dia dah tidur sebab selama ni dia tidur dengan arwah ayah." Kata Alicia. Encik Badrul hanya mengangguk mengerti.

"Kamu macam mana? Pelajaran okey?"

"Saya? Alhamdulillah semua okey. Tapi...cuma jarang dapat balik sekali dengan Iman sebab masing-masing sibuk dengan tugasan." Jawab Alicia. Sekali lagi Encik Badrul mengangguk.

"Alicia,pakcik percaya kamu boleh harunginya. Jangan pernah berubah hati. Kesian Ali sebab nanti dia yang akan jadi mangsa." Pesan Encik Badrul. Alicia mengangguk faham.

"Saya tahu pakcik. Arwah ayah ada tinggalkan wasiat untuk saya dan Ali jaga. In sha Allah lepas saya habis kursus nanti,saya akan uruskan semua wasiat arwah tu." Beritahu Alicia jujur. Encik Badrul bangga dengan kecekalan gadis ini. Dia mengukir senyuman.

"Alicia masuk dulu,pakcik. Assalamualaikum." Pinta Alicia.

"Waalaikumsalam." Balas Encik Badrul. Dia memerhati Alicia yang hilang kedalam bilik Iman.

Ghazali,kau nampak tak? Alicia sama perangainya macam kau dan Aliya. Cekal dan tak mudah putus asa. Aku akan jaga dia dengan baik untuk kau,Ghazali.

Bersambung.......

Still Together For YouWhere stories live. Discover now