Alicia duduk disebuah stesen bas lama. Dia menilik jam tangannya. Sudah jam 8 malam. Namun dia masih belum menjamah apa-apa sebaik saja tiba di Kuala Lumpur. Dia berjalan bagaikan tiada hala tuju yang tepat. Dia memandang ke seberang jalan. Terdapat sebuah kedai serbaneka. Terus saja dia melangkah ke arah kedai itu.
Alicia terussaja berlalu ke arah peti menempatkan banyak aneka minuman dan dia menuju ke arah bahagian makanan. Dicapai beberapa bungkus roti lalu terus ke kaunter pembayaran. Sementara menanti barangnya dikira,dia memandang sekeliling. Tiba saja matanya terpandang ke arah sebuah bungkusan gula-gula coklat yang menjadi kegemaran Ali.
"Semua sekali RM5." Ujar penjaga kaunter itu.
"Tolong kira ini sekali." Kata Alicia lalu menyerahkan dua batang coklat toblerone diatas meja kaunter. Penjaga kaunter itu hanya akur dan mengira harga coklat tersebut.
"RM 7.45." Katanya. Alicia terus saja menyerahkan not merah kepada penjaga kaunter tersebut. Setelah urusan pembayaran selesai,terus saja dia keluar dari kedai serbaneka itu.
***skip***
"Angah,Ali tak nak buat! Ali nak balik rumah. Hantarlah Ali balik. Ali tak suka duduk sini. Ali tak nak buat." Rengek Ali disaat dirinya dipaksa merosakkan seorang perempuan. Riza menghela nafas kesal. Duit sudah Jet serahkan padanya pagi tadi dan separuh daripadanya sudah diserahkan kepada Rudy.
"Cuba dulu satu malam. Kau akan suka nanti." Pujuk Roza sambil dia mencapai tangan Ali lalu disuntik sesuatu pada tangan itu sehingga menyebabkan lelaki yang tidak berdosa ini khayal.
Setelah melihat Ali yang bagaikan sudah dikuasai sepenuhnya oleh dadah yang baru saja disuntik,Roza tersenyum bangga. Dia membelai rambut Ali. "Bagus. Macam nilah budak baik. Sekarang ikut aku dan aku akan tunjukkan perempuan yang akan layan kau malam ni." Kata Roza sambil menarik tangan Ali agar mengekorinya.
"Inspektor,kami ada terima laporan baru mengenai pusat pelacuran tu." Kata Khai sambil menyerahkan sebuah kertas atas meja Chris. Chris terus saja mengambil kertas itu lalu dibaca. Setelah itu,dia memandang ke arah Khai.
"Kami dapati mereka juga melakukan kerja memperdagangkan tubuh kanak-kanak terutama sekali kanak-kanak lelaki." Jelas Khai memberi laporan. Chris menghela nafas. Kenapa dia harus berurusan dengan kes yang tidak bermoral seperti ini.
"Baiklah. Mari lakukan serbuan sekarang dan selamatkan mangsa yang tidak bersalah." Kata Chris memberi kata putus. Khai mengangguk akur. Dia terus keluar dari pejabat Chris bagi mengumpulkan anak buahnya. Chris termenung seketika. Sekali lagi dia menghela nafas kesal.
"Jet,kenapa kau jadi macam ni,adik? Kenapa rosakkan anak orang dan masa depan mereka?" Gumam Chris sendiri. Setelah itu dia menarik nafas panjang ssbelum dihembus perlahan. Lalu dia bangun dari duduknya dan berjalan keluar dari pejabat.
Alicia membuka matanya yang masih terasa berat. Dia benar-benar mengantuk dan letih. Sudah jauh dia berjalan,namun dia masih tidak tahu kemana harus mencari abang kembarnya itu. Dia berjalan sambil memisat-misat matanya. Namun langkahnya terhenti tepat ke arah sebuah restoran yang sedang menyiarkan sebuah berita pagi yang boleh dikatakan hangat pagi itu.
"Pasukan polis telah membuat serbuan disebuah pusat pelacuran di Jalan Seksyen 7,Gombak malam tadi. Dilaporkan terdapat kejadian memperdagangkan kanak-kanak dan remaja dari kalangan remaja dan kanak-kanak lelaki di pusat pelacuran itu. Mereka yang terlibat telah ditahan polis manakala mangsa-mangsa yang didapati telah diberikan dadah telah diselamatkan dan kini akan diberi rawatan di Hospital Gombak."
"Salah seorang mangsa yang didapati telah diberikan dadah secara berlebihan dan telah didapati menghidap penyakit neurolisme mengalami trauma dan kini juga dihantar ke HKL untuk diberikan rawatan dan pemeriksaan lanjut."
YOU ARE READING
Still Together For You
Teen FictionAlicia dan Ali pada asalnya adalah kembar yang sangat rapat dan akrab. Kemana saja mereka pergi sering bersama malah mereka juga melakarkan impian yang sama iaitu ingin mengubah nasib keluarga mereka yang susah itu. Ayah mereka Haji Ghazali hanya be...