Bab 4

102 13 2
                                    

Hari berganti hati. Bulan berganti bulan. Kini tiba,saatnya yang dinanti oleh Alicia. Hari ini adlah penentu hala tujunya selepas ini. Kemana saja dia akan pergi bergantung pada peperiksaan ini. Dia memeriksa begnya,agar tidak ada yang tertinggal.

"Okey! Semuanya dah ada. Aku dah sedia untuk berperang. Inilah penentu masa depan aku." Ucap Alicia memberi semangat pada dirinya sendiri. Terus saja dia berjalan keluar dari bilik sambil menggalas beg galasnya.

"Icha!" Langkah Alicia terhenti ketika dia mendengar suara panggilan itu. Dia menghela nafas bosan. Mengapa dia harus mendengar suara manusia itu. Ali berlari mendapatkannya sambil menghulurkan sesuatu. Alicia hanya memandang dengan ekor matanya saja.

"Ambillah ni. Ali buat sendiri,ayah yang ajar. Namanya cekodok udang istimewa Ali. Icha bawalah kesekolah. Ambillah,ya." Beritahu Ali ceria. Alicia hanya menghela nafas dan berlalu pergi. Namun,Ali tetap terus mengekori Alicia hingga kesekolah. Alicia menjadi bosan.

"Kenapa kau suka cari masalah dengan aku? Aku tak naklah!" Tengking Alicia. Ali masih dengan wajah polosnya walaupun dia sudah dimarahi oleh Alicia,dia tetap ingin bersama gadis ini. Bekas yang mengandungi cekodok buatannya itu masih dipegang.

"Icha bawalah ya. Nanti tak ada siapa nak makan yang Ali buat." Rayu Ali. Alicia sekali lagi menghela nafas. Dia ingin saja menampar Ali namun niatnya terhenti kerana kelibat Haji Ghazali muncul di muka pintu.

"Ini duit belanja kamu. Ambillah dan jawab periksa tu elok-elok. Mungkin esok ayah tak boleh hantar kamu macam ni lagi." Ucap Haji Ghazali sambil tersenyum manis. Dia berjalan menghampiri Alicia lalu tubuh anak bongsunya itu dipeluk erat bagaikan tidak akan berjumpa lagi.

"Ayah sayang anak ayah ni. Jadi anak yang baik,ya. Ayah dah maafkan segala dosa kamu pada ayah. Jaga diri baik-baik okey." Ucap Haji Ghazali. Alicia terus saja meleraikan pelukan mereka.

"Kenapa dengan ayah ni? Pagi-pagi lagi dah buat saya panas. Janganlah mengarut." Kata Alicia memarahi ayahnya.  Haji Ghazali hanya tertawa dengan tingkah anak bongsunya itu. Dia tetap memeluk Alicia penuh sayang.

"Jangan balik lambat sangat nanti. Tak sempat pula kamu nak jumpa ayah nanti." Pesannya lagi. Setelah itu dia mengucup ubun-ubun Alicia dan Ali penuh kasih. Terus saja dia berjalan menuju ke arah motosikal buruknya. Ali terus berteriak memanggilnya.

"Ayah! Balik nanti,belikan Ali gula-gula,ya." Pesan Ali. Haji Ghazali tersenyum memandang pasangan kembar ini. Setelah itu,dia berlalu pergi meninggalkan kawasan rumah. Alicia pula menunggang basikalnya menuju ke sekolah.

***skip***

Alicia menggeliat menghilangkan sengal di setiap bahagian sendinya. Kertas terakhirnya untuk hari ini dia berjaya jawab dengan penuh yakin. A+ sudah berjaya dipegang untuk setiap kertas yang dia jawab hari ini.

"Lagi dua minggu lagi untuk kita merdeka!" Sorak Moon sambil mereka berjalan menuju ke tempat letak basikal. Iman dan Alicia hanya menggeleng kepala dengan tingkah teman mereka yang satu ini.

"Kau ingat,lepas SPM kita merdeka ke?" Duga Alicia kepada temannya yang satu ini. Moon dan Iman hanya memandang dua temannya ini kemudian menghela nafas bosan. Dia faham mengapa Alicia bertanya soalan seperti itu kepadanya.

"Fine. Aku fahamlah yang lepas SPM pun kita kena belajar juga. Aku cuma maksudkan merdeka tu ialah...sekurang-kurangnya kita tak perlu pakai seragam seperti pelajar sekolah." Jelas Moon. Iman dan Alicia tertawa dengan tingkah Moon. Mereka berpecah sebaik saja sampai dilorong yang menuju ke rumah masing-masing.

"Jumpa awak esok,Alicia." Kata Iman sebelum mereka berpisah. Alicia hanya mengangguk sebelum dia kembali menyambung semula kayuhan basikalnya. Ketika melalui jalan yang akan membawanya ke rumah,dia lihat Ali yang sedang duduk ditepi jalan. Melihat saja kelibat Alicia,terus Ali mendapatkannya.

"Kau ni kenapa? Kalau aku jatuh tadi,macam mana?" Marah Alicia. Dia terpaksa menghentikan kayuhan basikalnya secara mengejut kerana takut akan melanggar Ali. Ali hanya menunjuk tepat ke arah rumah mereka. Berkerut kening Alicia dengan perbuatan Ali itu.

"Kau ni kenapa? Aku nak balik rehatlah!" Tengking Alicia tidak puas hati. Balik sekolah mesti kena hadap muka budak tak cukup sifat ni. Ali masih menunjuk ke arah rumah mereka.

"Ada orang. Ramai orang dekat rumah kita. Ali...Ali..cari ayah. Tapi ayah tak ada. Along dengan angah balik. Ali tak tahu sebab apa. Ali takut." Alicia terkedu dengan kata-kata Ali. Tanpa berfikir panjang,dia terus mengayuh basikal meninggalkan Ali disitu. Sekuat hati dia mengayuh basikalnya pulang kerumah.

Sebaik saja Alicia tiba,seperti yang dikatakan oleh Ali. Rumah mereka memang dipenuhi dengan penduduk kampung. Van jenazah putih juga terdapat diperkarangan rumah. Perlahan-lahan Alicia melangkah masuk ke dalam rumah dengan langkah yang berat dimasa yang sama,dia berusaha mengusir pelbagai sangkaan buruk dalam fikirannya.

Sekujur tubuh yang sudah tidak bernyawa terbaring ditengah ruang tamu itu. Lemah lututnya. Terus saja dia mencari dinding menjadi tempat berpaut. Ramai penduduk kampung yang membantu menguruskan jenazah itu. "A...ayah?" Panggil Alicia. Dia mula teringat kata-kata Haji Ghazali sejak kebelakangan ini.

"Ini gula-gula terakhir yang ayah belikan untuk Ali."

"Ayah takut ayah tak boleh jumpa kamu nanti."

"Jangan balik lambat tau,nanti tak sempat pula kamu jumpa ayah nanti."

"Mungkin esok ayah tak boleh nak hantar kamu macam ni lagi."

"Sayang anak ayah ni. Jaga diri baik-baik,ya."

Tanpa diminta,air mata Alicia mengalir. Dia tidak sangka,dia baru berjumpa dan berbual bersama ayahnya pagi tadi. Kini,dia hanya melihat susuk ayahnya yang sudh terbaring tidak sedarkan diri. Wajah Rudy dan Roza kelihatan dari jauh. Terus saja dia menyeka air matanya kasar. Tidak mahu dianggap lemah dihadapan abang dan kakaknya yang satu itu.

To be coutinued....

Still Together For YouWhere stories live. Discover now