Bab 20

103 13 4
                                    

Iman dnuduk menanti dalam keadaan resah bersama Puan Fauziah. Encik Badrul bersama beberapa orang kampung juga turut membantu mencari sejak dari petang tadi masih tidak kunjung pulang. Iman merenung sepucuk surat yang ditinggalkan atas meja belajarnya. Iman menyedarinya ketika masuk ke bilik Alicia soang tadi.

'Iman,aku dan Ali nak keluar ni. Tapi entah kenapa aku rasa tak sedap hati nak keluar. Untuk menolak,aku dah janji nak bawa Ali jalan-jalan. Kalau kita orang tak balik dalam masa tiga jam,kau tolong hubungi Inspektor Chris dan cari kami. Aku percaya kau,Iman. Aku tak kisah sakit,tapi aku tak nak Ali cedera.'

'Aku sedar,aku seorang adik yang teruk. Aku kejam terhadap Ali sebelum aku sedar sebenarnya dia telah banyak menjaga aku dalam diam selama ini. Kini,giliran aku untuk menjaganya pula mengantikan arwah ayah.'

'Maafkan aku sebab aku akan menyusahkan kau dan family kau,Iman. Tapi kalau satu hari nanti terjadi sesuatu pada aku,tolong jaga Ali dengan baik. Dia tak ada sesiapa dalam dunia ni kecuali aku. Tapi....aku betul-betul berharap kau boleh jaga dia untuk aku.'

'Kakau aku sempat,aku akan jumpa sendiri. Tapi kalau tak,boleh kau tolong sampaikan salam rindu aku pada Moon? Bagi aku,dia memang seorang kawan yang baik. Kau juga kawan baik aku. Kau adalah kawan baik aku dan Ali. Terima kasih banyak,Iman.'

'Maaf sekali lagi kerana menyusahkan kau. Aku cuma berharap aku diberi lebih banyak masa untuk bersama Ali. Aku tahu dan sedar,terlalu banyak masa yang telah aku bazirkan kerana keegoan aku. Kerana aku tak boleh terima kekurangan Ali,aku bazirkan masa berharga aku bersama dia. Cuma....aku berharap agar dia menjadi manusia bertuah sekiranya ada orang yang sudi jaganya dengan baik dan sanggup terima kekurangannya itu.'

'Terima kasih sekali lagi,Iman.'

'Kawan kau,Alicia.'

"Awak akan selamat Alicia. Tak ada apa ya g akan terjadi. Saya percaya." Doa Iman sambil menungkup mukanya dengan kedua-dua tapak tangannya. Encik Badrul telah pun menghubungi Inspektor Chris dan Iman telah menceritakan semua yang terjadi. Jadi...mereka kini sedang menjalankan operasi mencari.

S
K
I
P

"Ayah,Ali!" Jerit Alicia memanggil Haji Ghazali. Mendengarkan suara Alicia itu terus saja dia bergegas mendapatkan anak bongsunya itu. "Kenapa Alicia?" Tanyanya cemas.

"Mulut Ali....mulit dia berbuih." Beritahu Alicia. Mendengarkan perkataan itu membuatkan Haji Ghazali tidak cukup tanah berlari. Dia ingin segera mendapatkan Ali yang sedang baring dalam bilik.

Haji Ghazali terkejut melihat tubuh Ali yang sudah menggeletar dan mukutnya mengeluarkan buih putih. Tubuhnya masih panas. "Ambil kunci motor ayah. Kita kena bawa Ali ke klinik." Arahnya. Alicia teris saja patuh dan mencari kunci motor buruk milik ayahnya.

Mereka bergegas menuju ke klinik. Setibanya di sana,pihak klinik terus saja membawa Ali ke hospital kerana Ali sudah mengalami sawan. Dia perlukan rawatan lanjut di hospital. Alicia diminta untuk pulang sementara Haji Ghazali kembali ke hospital melihat keadaan Ali.

"Nampaknya budak tu dah tak berguna." Beritahu Rudy  saat Alicia tiba dirumah.

"Kenapa kau cakap macam tu. Ali akan pulih seperti sedia kala." Rudy tersenyum sinis dengan kata-kata Alicia tadi.

"Kau yakin ke? Demam panas dia tu dah sampai tahap sawan. Biasanya kalau budak demam panas dan ada sawan,auto otak dia pun akan jadi sewel macam orang gila." Tawa Rudy.

"Aku rasa kau tu yang gila. Tak mungkin mudah untuk jadi macam tu,"

"Kalau kau tak percaya,kau tunggulah sampai dia kekuar hospital nanti." Kini Roza pula bersuara. Alicia hanya mengabaikan saja kata-kata Rudy dan Roza. Baginya,kata-kata abang dan kakaknya itu menang tidak masuk akal.

Still Together For YouWhere stories live. Discover now