Bab 10

94 13 3
                                    

Alicia bersandar di sebuah bangku taman hospital tempat Ali dirawat. Kepalanya di dongak memandang langit biru yang cerah. Hari ini mendung dan sedikit nyaman. Tapi tidak pula cuacanya menunjukkan tanda seperti bakal turun hujan. Dia menghela nafas kejap. Teringat pula pada perjumpaannya bersama Dr.Anis pagi tadi.

***flashback***

Mata Alicia tekun memandang ke arah skrin pancaran sinar X yang ditunjukkan oleh Dr.Anis yang merupakan seorang doktor pakar psikatari. Dia juga adalah doktor yang merawat Ali sejak dari hari pertama Ali tiba di hospital ini.

"Jadi...abang saya menghidap sakit mental?" Duga Alicia masoh belum mengerti sepenuhnya. Segera Dr.Anis menggeleng kepalanya.

"Bukan. Ali tak sakit mental. Cuma....Ali jadi begini adalah disebabkan kejadian dia diperkosa oleh kakaknya sendiri?" Persoalan Dr.Anis membuatkan Alicia menggeleng kepala. Matanya kini merenung meja tulis doktor perempuan itu.

"Dulu....masa kami berusia lima tahun,Ali demam panas. Demam panas dia teruk sampai dia sawan dan dimasukkan ke hospital. Sejak dari hari tu Ali disahkan menghidap kecacatan mental seumur hidup. Doktor sahkan bahawa pertumbuhan otaknya terbantut di usia kanak-kanak berusia lima tahun. Dan dia juga memiliki emosi bagaikan kanak-kanak." Jelas Alicia. Dr.Anis mengangguk mengerit. Dia memang sangat mengerit pada kata-kata Alicia itu. Sama seperti apa yang dia sangkakan sebelum ini.

"Tak ada ubatkah untuk pulihkan Ali?" Terpantul soalan itu dari bibir gadis yang berusia 18 tahun ini. Dr.Anis memandang Alicia seakan tidak percaya. Alicia kembali menyambung.

"Maksud saya...bukan ubat untuk pulihkan abang saya menjadi remaja dan manusia normal kembali kerana saya percaya itu adlaah mustahil. Tapi apa yang saya maksudkan adalah ubat untuk pulihkan traumanya dan buatkan dia lupa pada apa yang pernah terjadia padanya." Jelas Alicia.

"Setakat ini memang tidak lagi ubat untuk itu. Tapi jika dia sentiasa didorong dan dijaga dalam suasana yang baik dan cukup nyaman,saya percaya....lama kelamaan,Ali pasti akan lupakan peristiwa itu." Alicia mengerti. Dia faham maksud tersirat dari kata-kata Dr.Anis itu.

"Icha...," panggil Ali manja sambil menarik sedikit lengan baju panjang yang dipakai Alicia. Alicia dan Dr.Anis memandang tepat ke arah Ali.

"Ali nak main dekat taman boleh?" Tanya Ali meminta kebenaran Alicia. Alicia mengangguk. Ali tersenyum  lebar. Dia menepuk tangannya tanda suka. "Terima kasih,Icha." Ucap Ali sambil berlari keluar dari pejabat Dr.Anis. Dr.Anis hanya memerhati sambil tersenyum tingkah pasangan kembar ini.

"Icha? Sedap nama panggilan tu." Puji Dr.Anis. Alicia hanya tersejgih sambil tertawa kecil.

"Ya. Sejak Ali disahkan menjadi kanak-kanak istimewa,Ali memanggil saya dengan panggilan tu." Jelas Alicia. Dia sedar,pada awalnya dia tidak ingin dipanggil begitu oleh Ali. Dia akan marah dan meradang saat Ali memanggilnya dengan panggilan itu terutama sekali di khalayak ramai sehingga Alicia tidak sanggup mengaku bahawa Ali adalah abang kembarnya.

"Kamu dan Ali kembar?" Alicia mengangguk lagi dengan soalan Dr.Anis.

"Ali tua lapan minit daripada saya. Tapi saya rasa sekarang saya terpaksa jadi kakak dia." Seloroh Alicia sambil tertawa kecil. Dr.Anis juga turut tertawa mendengar seloroh Alicia itu. Tangannya yang berada teguh di atas meja di pegang lembut oleh Dr.Anis.

"Tak mengapa. Allah sayang kamu berdua. Selagi mana kamu boleh terima kekurangan abadi Ali sebagai anak syurga,in sha Allah segalanya akan berakhir dengan baik dan indah walaupun permulaannya bukan seperti yang kita rancang." Pujuk Dr.Anis. Dia faham bahawa gadis muda seperti Alicia ini mempunyai impian besar. Mana mungkin anak kelahiran kempung dan datang dari keluarga yang susah tidak memounyai impian yang besar.

Still Together For YouWhere stories live. Discover now