Bab 12

80 11 2
                                    

Okey guys...sorry sbb biarkan korang lama menunggu....sekarang...author kembali dan akan ada hadiah untuk korang sbb sabar menunggu....In sha Allah kita pergi dua chapter okey?👌

Let's go!

************

Sebulan kemudian.....

Alicia menggeliat menghilangkan lenguh kerana lebih dari lima jam dia duduk dimeja belajar. Kini,dia terpaksa membuat keputusan untuk menetap dirumah Iman walaupun pada hakikatnya dia tidak mahu menyusahkan keluarga Iman,tapi demi keselamatan Ali,dia sanggup mengambil keputusan itu.

Alicia juga sedang mengambil kursus dibahagian pengurusan perladangan yang ditaja penuh oleh ayah Iman. Sudah tentulah Iman turut serta belajar bersama dengannya. Cuma...bidang yang Iman ambil adalah kulinari. Manakala Moon pula sedang bekerja disebuah kedai serbaneka 7E yang ada di pekan.

Laptop yang dibelinya menggunakan duit simpanannya bersama Ali ditutup. Alicia mengusap lama permukaan laptop itu. Mindanya mula teringat bagaimana dia terpujuk untuk membeli juga laptop itu untuk kegunaan belajar oleh Ali.

**flashback**

"Kau biar betul ni,Iman? Ayah kau nak tanggung penuh aku belajar?"  Tanya Alicia seakan tidak percaya. Iman mengangguk menandakan bahawa dia tidak bermain-main.

"Tak kan saya nak tipu. Lagi pun tengok pada keputusan SPM awak memang bagus. Pasti kalau awak mohon mana-mana universiti,pasti dapat. Sekarang ayah saya offer,awak pilih saja mana-mana universiti dan mohon. Yuran dan segala kos ayah saya janji nak bantu." Jelas Iman.

"Aku rasa tak nak lah belajar jauh-jauh. Siapa nak jaga Ali nanti. Lepas apa yang Roza dan Rudy dah buat dekat dia,aku yakin pasti dia tak akan nak jauh dengan aku." Balas Alicia. Iman hanya tersenyum bangga. Akhirnya Alicia mampu menerima kekurangan Ali sebagai abang kembarnya.

"Tapi awak ada keinginan untuk sambung belajar kan? Awak tu kawan saya dari kita kecil lagi. Saya kenal awak." Seloroh Iman yang sememangnya faham dengan Alicia. Alicia tersenyum kecil lalu tertawa. Selain Ali,Iman juga mengenalinya.

"Tentang tu...memanglah aku nak sambung belajar lagi. Tapi mungkin aku akan ambil kursus yang ditawarkan oleh kampung kita ni saja. Kursus tu pun hanya diadakan seminggu sekali dalam tempoh tiga tahun termasuk praktikal. Selebihny hanya perjumpaan atas talian dan tugasan."  Sambung Alicia.

"Kakau awak dah putuskan macam tu,saya rasa saya nak ambil kursus tu jugalah. Nanti kita boleh graduate sama-sama." Seloroh Iman lalu tertawa. Alicia juga turut tertawa mengikut Iman.

**skip**

"Ali,aku tak nak. Ltop tu mahal. Lagi pun aku boleh gunakan siber cafe dekat balai raya kampung ni." Kata Alicia ketika Ali menunjukkan sesuatu ke arah Alicia. Ketika itu,Alicia sudah seminggu mengambil kursus. Alicia terperanjat kerana melihat harga laptop itu sedangkan dia memang memerlukannya.

"Icha kena guna benda tu untuk belajar. Nanti Icha tak boleh buat. Ali tak nak Icha kalah. Icha kena memang! Icha belilah benda tu." Pujuk Ali lagi.

"Ali,dengar sini. Aku tak ada duit nak beli benda tu. Kena menabung dulu baru boleh beli. Tunggulah dia tiga tahun aku menabung dulu baru aku beli okey?" Balas Alicia juga dengan pujukan. Ali menggeleng kepalanya.

"Ada! Kita berdua ada duit. Kita ada duit. Icha belilah benda tu." Kata Ali sambil mengeluarkan sesuatu dari dalam beg sandang yang dibawanya. Dua buah buku akaun dikeluarkan lalu ditunjukkan kepada Alicia. Alicia mengambil buku akaun itu lalu dibukanya.

Alangkah terkejutnya dia kerana mendapati bahawa dia dan Ali memiliki duit simpanan yang cukup banyak. Walaupun tidaklah sampai puluhan ribu,tetapi jika dicampurkan jumlah simapanannya dengan simpanan Ali,jumlah mereka hampir 10 ribu ringgit. Alicia memandang Ali ingin tahu. Pasti ada rahsia yang disembunyikan oleh Ali selama ini.

Ali tersenyum mengerti. Dia tertawa manis. "Ayah simpan duit setiap bulan dalam buku tu atas nama kita berdua sejak kita 5 tahun. Setiap kali ayah dapat gaji hujung bulan,Ali selalu ikut ayah ke pekan untuk masukkan duit dalam buku. Ayah kata,walaupun Ali sakit,tapi duit tu berguna untuk Icha dan Ali satu hari nanti."

Alicia menelan liurnya kelat. Hilang kata-kata. Ali mengetahuinya dan merahsiakan perkara ini daripadanya selama ini. Sedangkan ketika itu,Ali sudah pun 'sakit'. Tangan Alicia dipegang lalu ditarik. "Jadi...jomlah kita beli benda tu untuk Icha. Nanti senang Icha." Ajak Ali lagi.

Alicia menghela nafas kesal. Dia tiada pilihan lain selain menurut saja. Jika dia menolak,dia bimbang Ali akan mengamuk nanti. Kalau Ali dah mengamuk,susah untuk dipujuk. "Baiklah. Kita beli tapi sebelum tu kita kena pergi bank untuk keluarkan duit ni dulu." Kata Alicia. Ali tersenyum manis dan hanya menurut.

***end flashback***

Alicia menghela nafasnya. Apabila dia mengingati saat itu dia tersenyum sendiri. Dia ingin bangun dari duduknya dan keluar dari bilik,tiba saja satu panggilan telefon diterimanya daripada telefon pintarnya.

Ammar😒😒

Alicia mengangkat panggilan itu setelah melihat si pemanggil. "Hello?"

"Hai Alicia."

"Kau nak apa call aku ni?" Tanya Alicia dingin.

"Kalau hujung minggu ni,kau free tak?"

"Kenapa?"

"Aku nak ajak kau keluar dimasa yang sama boleh kita bincang tentang kerja berpasangan yang prof.Aisar bagi tu."

Alicia berkira-kira. Keluar hujung minggu dia memang malas. Tapi Ammar meminta dia datang untuk tujuan penting. Mereka berdua adalah pasangan dalam sebuah tugasan yang diberikan Profesor Aisar.

"Hm....bolehlah. Jumpa kau dekat 7E jam 10 pagi." Balas Alicia.

"Okey. Jumpa kau nanti."

Panggilan dimatikan. Dia menghela nafas lagi. Ammar Amirul Husni. Rakan sekelas yang sangat gila-gila. Dia mudah mesra dan selesa dengan Ammar kerana sikap Ammar yang sering mengusiknya. Sama seperti sikap Ali ketika dulu sebelum abang kembarnya itu 'sakit'.

Bersambung.....

Still Together For YouWhere stories live. Discover now