Bab 7

108 13 2
                                    

Alicia menolak tubuh Rudy kuat ke dinding. Oleh kerana terlalu taasub dengan dadah dan menjadi seorang penangih menyebabkan antibody dan ketahanan Rudy melemah. Dengan mudahnya Alicia menumbuk muka Rudy melepaskan geram.

"Baik kau bagi tahu aku,mana kau dan Roza dah bawa Ali?!" Tanya Alicia sambil mencengkam kolar baju Rudy. Jika diikutkan hati,mahu saja dibunuh abangnya yang satu ini. Namun,dia tidak mahu melakukan itu.

Rudy tertawa sinis mendengar soalan Alicia. Wakaupun muka sudah ditumbuk Alicia sehingga meninggalkan kesan,namun itu langsung tidak mengugat dirinya. "Kenapa baru sekarang kau nak kisah pasal budak cacat tu? Bukankah kau sendiri yang pernah suruh dia pergi dari hidup kau? Sekarang kau tak perlu lagi tengok budak cacattak guna tu. Aku pun suka."

Sekali lagi mukanya ditumbuk Alicia. Geram mendengar kata-kata Rudy. "Baik kau cakap! Mana Ali??!" Tengking Alicia. Rudy menghela nafas malas. Dia harus katakan juga. Jika tidak,mahu patah hidungnya dikerjakan oleh Alicia.

"Budak tu ada dengan Roza. Roza dah bawa dia ke KL. Budak cacat tu akan kerja dengan Roza sebagai boyplayer. Mungkin bila kau jumpa dia nanti,dia akan disahkan gila." Tawa Rudy sinis. Alicia mengetap giginya lalu sekali lagi dia memberikan tumbukan padu di muka Rudy. Setelah dia merasa puas,dia beredar kembali ke rumah Iman.

Setibanya dia dirumah Iman,dia bergegas kembali ke biliknya. Dia mengemas pakaiannya dan mencapai tabung duit simpanan yang pada asalnya digunakan untuk membeli nombor kemasukan universiti atas talian dan membayar yuran pengajiannya. Penutup tabung itu dibuka dan dia mengeluarkan semua wang di dalamnya.

"Alicia? Apa yang awak buat ni? Awak nak kemana?" Tanya Iman terkejut megapa Alicia mula mengira wang simpanan dalam tabungnya. "Aku nak ke KL. Aku nak jemput Ali. Dia dalam bahaya dan aku kena selamatkan dia." Kata Alicia menjawab soalan Iman.l

"Awak nak ke Kuala Lumpur sendiri? Bahayalah Alicia. Saya nak ikut." Kata Iman lalu ingin beredar ke bilikjya untuk turut bersiap. Namun,Alicia pantas menghalangnya. Dia memegang tangan Iman.

"Aku perlukan kau dekat sini untuk jaga wasiat tanah arwah ayah aku. Aku takut Rudy akan cari benda ni dan cuba rampasnya. Jadi...aku perlukan kau untuk menjaganya untuk aku sementara aku dan Ali balik." Pinta Alicia. Dia mencapai fail wasiat Haji Ghazali lalu dihulurkan ke arah Iman.

Iman menyambutnya lalu diletakkan ke dadanya. Senyuman manis diukirkan buat Alicia. "Saya akan jaganya dengan baik untuk awak Alicia." Alicia juga turut tersenyum. Dia memasukkan duit simpanannya kedalam dompet dan di simpan ke dalam beg. Telefon bimbit juga dicapai.

"Hati-hati Alicia. Jaga diri." Pesan Iman sambil menghantar Alicia ke perhentian bas. Alicia hanya mengangguk mengerti. Setelah kelibat bas mula kelihatan,Alicia mula bersedia. Sebelum dia masuk ke perut bas,sempat dia memandang Iman. "Terima kasih banyak,Iman." Ucap Alicia. Iman hanya mengangguk sambil menanti Alicia masuk ke dalam perut bas.

***skip***

Ali mengigil ke takutan. Riza dihadapannya ini masih lagi tidak berbaju. Dia menutup badannya dengan menggunakan selimut. "Angah,Ali nak balik. Bawa Ali balik. Ali takut dekat sini." Rayu Ali kepada Roza. Roza tersenyum penuh erti. Dia memegang pipi mulus Ali lalu dikucupnya bibir lelaki itu.

"Tenang Ali. Kau akan suka tempat ni." Kata Roza sambil melemparkan pakaian Ali ke mukanya. Ali mengambil pakaiannya lalu dipakai. Roza hanya melihat saja aksi Ali itu. Perbuatan Ali terhenti ketika dia merasakan bahawa dirinya sedang diperhati.

"Jangan takut. Aku jamin,kau akan suka tempat ni dan tak akan terfikir nak balik." Kata Roza lalu kembali menyambung tidurnya. Ali yang masih takut terus terpinga-pinga. Apakah yang harus dia lakukan ketika ini. Dia duduk bertelungkup di dinding. Kedua lututnya dipeluk. Air matanya mengalir.

Ayah,tolong Ali. Ali takut.

Icha...tolong selamatkan Ali.

Icha....

Tolong Ali....

Alicia membuka matanya pantas. Dadanya berombak kencang. Dia melihat sekeliling. Rupanya dia masih berada di stesen bas Gombak. Mukanya diraup dengan kedua belah tangan. Sesekali,dia menghela nafas.

"KL ni besar. Mana aku nak cari kau,Ali?" Tanya Alicia pada dirinya sendiri. Dia menutup mukanya dengan kedua belah tangan. Otaknya masih sedang berusaha berfikir pelbagai ikhtiar. Namun...bukan idea yang muncul.

Sebaliknya.....

Kenangan lamanya yang sudah lama dibuang jauh.....

***flashback 12 year ago***

Suasana di tepi sungai itu memang sangat indah. Iman yang berada ditebing hanya menjadi pemerhati sepasang kembar yang memang sedang seronok bermandi manda bersama. Dia tidak mahu menjadi penganggu.

"Iman!" Iman menoleh ke arah suara panggilan itu. Terlihat Ali sedang melambai tangannya agar Iman memandang ke arahnya. "Apa?" Jawab Iman.

"Jomlah join sekali. Seronok! Bukan selalu kita dibenarkan mandi sungai." Ujar Ali mempelawa. Alicia yang berada tidak jauh dari Ali hanya mengangguk setuju. "Nanti bila tok ketua dah larang semula,kita yang menangis nanti." Ujar Alicia. Langit mula kelihatan mendung. Ketiga mereka memandang ke langit.

"Dah nak hujan. Saya rasa baik awak berdua naik. Dah nak hujan ni. Nanti awak berdua sakit pula." Kata Iman. Pasangan kembar ini akur. Mereka naik ke kembali ke tebing. Lalu berjalan pulang bersama.

"Jumpa dekat tadika esok."  Ujar mereka kepada Iman setelah mereka selesai menghantar Iman pulang kerumahnya. Iman hanya mengangguk lalu masuk ke dalam rumah. Pasangan kembar kembali menyambung perjalanan mereka.

"Icha!" Panggil Ali. Alicia hanya memandang Ali lalu dinaikkan satu alisnya.

"Kau jadi apa-apa dekat aku nanti,kau akan tinggalkan aku atau terus bersama aku?" Perutnya ditumbuk Alicia. Ali megaduh sakit. Wajah cemberut Alicia dilihat sambil tersenyum kemenangan. Dia berjaya mengusik adik kembarnya ini.

"Kau jangan nak merepek boleh tak!" Ali tertawa setelah dimarahi begitu oleh Alicia. Siku Alicia dicuit. "Jawablah soalan aku. Kau akan tinggalkan aku atau bersama aku kau jadi apa-apa dekat aku nanti?" Ali mengulang kembali soalannya.

"Aku akan abaikan kau!" Jawab Alicia pantas tanpa berfikir panjang. Ali menaikkan alis matanya. "Ye? Kau akan abaikan aku?" Duga Ali lagi. Alicia memandang Ali. Dia menyimpan senyumnya setelah melihat wajah kecewa kembarnya ini. Alicia tertawa.

"Tak kanlah aku nak abaikan kau. Kitakan kembar. Kalau apa pun yang jadi dekat kau,aku tak akan tinggalkan kau. Aku akan jaga kau sampai akhir hayat aku. Aku tak akan tinggalkan kau." Balas Alicia membetulkan kembali jawapannya. Ali kembali memandang Alicia dengan senyuman.

"Walaupun aku cacat? Kau tetap akan jaga aku?" Duga Ali lagi. Alicia menangguk. Mereka membuat tautan di jari kelingking mereka tanda berjanji. "Aku akan tunaikan janji aku."

"Aku percayakan kau,Icha."

***end flashback***

"Ali...maafkan aku. Mafkan aku sebab mungkiri janji aku. Maafkan aku." Ucap Alicia perlahan. Dia berharap agar dia mampu memutar kembali waktu. Dia ingin kembali ke masa lalu dan membaiki hubungannya dengan Ali yang kini sudah istimewa.



To be coutinued....

Still Together For YouWhere stories live. Discover now